July 10, 2010

Seputar hamba. (Israa' & Mi'raj)



Ada yang amat menarik hati jika diperhatikan, pada ayat-ayat suci yang memberi gambaran peristiwa agung Israa' dan Mi'raj.

Dr. Ahmad Ismail Al-Mansuri, pensyarah di Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, dalam kupasan beliau yang memikat, bercerita tentang satu perkara yang acapkali tak terpandang selayaknya.



Bagaimana Allah Rabbus samaa' menceritakan lewat kalam sucinya tentang peristiwa tersebut, dengan penggunaan kalimah dan tatabahasa yang mendalam dan bermakna.

Dan yang paling bermakna ialah kata ganti nama yang digunakan. Bermula dari ayat yang pertama, tidak dengan kalimah Muhammad dan tidak dengan kalimah Rasul. Bahkan Allah menyebut perjalanan agung tersebut, berlaku dengan 'hamba'nya.

Mengapa hamba?

Demi memahami rahsia ini, ayat-ayat suci dari awal surah al-Israa' ini harus terus disoroti dan direnungi. Jika begitu kalimah yang digunakan pada ayat yang pertama, perhatikan pula apa yang digunakan pada ayat yang kelima :
"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah.."

Dr. Ahmad Ismail menambah lagi, jika kita perhatikan pula pada ayat-ayat suci lain yang bercerita tentang para utusan Allah ('alaihim as-salam), ternyata kata ganti nama yang digunakan, juga ialah hamba.

"Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya.." (Surah Sad : 41)

Rahsianya banyak, dan yang terbesar ialah tentang nilai ubudiyyah yang utama.

Dan tentu sekali, jika di dalam ayat kelima surah Al-Israa', yang digambarkan akan menghancurkan kekuatan Yahudi, dan kembali memasuki Masjid Suci Al-Aqsa, ialah 'hamba-hamba', maka generasi yang layak menempati watak tersebut, tentulah mereka yang mempunyai watak-watak 'hamba-hamba Ar-Rahman', seperti yang digambarkan oleh Al-Quran :

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.

Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal."
(Surah Al-Furqan : 63-76)

Semoga kitalah hamba-hamba yang terpilih itu.

7 comments:


  1. شركة مكافحة حشرات بجدة
    تشكل الحشرات خطر كبير على حياة الإنسان عند تواجدها داخل المنازل والبيوت، ولهذا يجب أن يتم القضاء عليها باستخدام أفضل الطرق الأمنة، ولذا فأنت بحاجة إلى واحدة من شركات مكافحة الحشرات وهي الذي أصبحت أكثر انتشاراً بالمملكة ولكن عند التعامل مع واحدة من تلك الشركات يفضل أن تكون شركة يثق بها الجميع، ويثق في أدائها بالعمل، واليوم سوف نحرص على أن نقدم إليكم واحدة من أكبر الشركات الرائدة في مجال مكافحة الحشرات بجدة، وهي شركتنا شركة مكافحة حشرات بجدة، فشركتنا تحرص على استخدام أقوى المبيدات الحشرية القاتلة للحشرات بأقل وقت ممكن، كما أن
    شركة تركيب طارد حمام بجدة

    شركة مكافحة حشرات بجدة
    شركة مكافحة صراصير بجدة
    شركة مكافحة البق بجدة
    شركة مكافحة النمل الابيض بجدة
    شركة مكافحة الفئران بجدة
    https://ahbabelmadina.com/شركة-مكافحة-حشرات-ورش-مبيدات-بجدة/


    ReplyDelete

  2. Cleaning company in Medina شركة تنظيف بالمدينة المنورة Cleaning skill is one of the most important cleaning operations. Keeping your health and safety from infection starts from being in a clean, disease-free environment. The company understands the importance of cleanliness so its team sends the trainer and the expert to do all kinds of cleaning as soon as possible.
    https://fajr-sate3.com/cleaning-company-medina

    Cleaning Company in Yanbu شركة تنظيف بينبع Cleaning from the basics to maintain health and neglect in cleaning and laziness in its performance is a serious problem and the traditional methods of cleaning may exacerbate the problem as a result of the use of unknown substances that may adversely affect human health
    https://fajr-sate3.com/cleaning-company-yanbu/

    Furniture Transport Company in Yanbu شركة نقل اثاث بينبع" It requires the transfer of furniture to a craftsman and a special way of dealing so as not to be subjected to scratching or scratching or even cracking so be careful to choose the companies moving furniture and choose their workers carefully and this is what the company is keen to have the strongest group of workers trained to transfer all kinds of furniture in a literal and keen to understand Furniture and carrying each piece in a certain way and put in cars in a correct manner and leisurely and cars are dedicated to the transfer of furniture is clean and dry from the inside and well-ventilated even the driver is trained to avoid obstacles and the way the company offers special prices to suit all categories to reach all classes
    https://fajr-sate3.com/furniture-movers-yanbu/

    ReplyDelete
  3. Cleaning Company in Yanbu شركة تنظيف بينبع The cleaning company of its branch in Yanbu recommends that the following points be taken care of to keep the place clean
    https://www.allsaad.com/شركة-تنظيف-بينبع-2/

    Furniture Transport Company in Yanbu شركة نقل اثاث بينبع The company provides a very large number of modern appliances used in the process of moving home furniture and also provide a large number of Carpenters specialized in their field and are able to deal with all types of furniture and rooms
    https://www.allsaad.com/شركة-نقل-اثاث-بينبع-2/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails