Irshad Manji |
Ada apa dengan wanita yang bernama Irshad Manji ini?
Bagi saya, wanita ini, meski di dalam laman blognya terpamer pengenalan yang panjang dihiasi pelbagai pengiktirafan, peribadi wanita ini lebih mudah digambarkan sebagai sebuah produk kekeliruan Islam, yang akhirnya kini memperjuangkan apa yang disangkanya 'pencerahan' di dalam Islam.
Disebabkan gambaran ini, saya rasa, ada pemerhatian yang seharusnya dilakukan ke atas wanita ini. Kebanyakannya, dikongsi bersama oleh ramai juga manusia lain hari ini yang dijulang masyarakat sebagai figur pembawa nafas baru dalam Islam, mengikut kacamata mereka.
Dari mana lahirnya gagasan idea-idea wanita ini?
Hampir kesemua idea dan gagasan selain daripada Islam, di dunia ini, mempunyai titik punca yang serupa : kesan buruk ketidakpuasan hati dan penindasan yang terjadi ke atas mereka yang mengasaskan idea serta gagasan tersebut.
Jika kita soroti sejarah pengasas fahaman seperti sosialisme, kapitalisme, komunisme, nazisme, dan lain-lain, kesemuanya lahir daripada tokoh-tokoh yang mengalami pengalaman hidup ditewaskan, ditindas, atau dinafikan hak, secara langsung dan tidak langsung.
Irshad Manji, dan yang sama saf dengannya, tidak terkecuali. Hal ini nyata tertulis di dalam pengenalan dirinya :
"Irshad grew up attending two types of schools: the secular public school from Monday through Friday and, for several hours every Saturday, the Islamic religious school or madressa. While excelling in the public school environment, Irshad got kicked out of the madressa at age 14 for asking too many questions."Sejarah pengasasan idea dan fahaman yang begini, menyebabkan kesemua fahaman dan idea tersebut tidak mampu menyaingi apa yang ada di dalam gagasan pemikiran Islam yang asli.
Islam lahir dan muncul bukanlah sebagai produk penafian hak dan penindasan, malah wawasan Islam lahir dalam bentuk yang tersendiri, sebagai wahyu dari yang Maha Tinggi, dan bukan sama sekali sebagai sebuah kesinambungan bagi mana-mana fahaman ciptaan manusia sebelum itu.
Kesan buruk ketempangan sistem pendidikan Islam
Di dalam pengenalan dirinya, Irshad ada mengulas tentang pengalaman peribadinya mengikuti sistem pendidikan Islam :
"Throughout those years, and to this day, Irshad studies Islam in the belief that what she received at the madressa was not education but indoctrination."Tidak saya nafikan ada kemungkinan hal ini dibesar-besarkan oleh Irshad. Boleh jadi ada sebab-sebab lain Irshad dibuang daripada madrasahnya, dan boleh jadi apa yang digambarkan oleh Irshad sebagai indoktrinasi di zaman persekolahannya, tidak sebegitu rupa pada hakikatnya. Kisah yang benar, hanya Irshad sahaja yang tahu.
Namun bukanlah suatu yang menghairankan jika apa yang diceritakan Irshad, benar-benar terjadi kepada dirinya. Sorotan sejarah menyaksikan sememangnya wujud sistem pendidikan Islam yang tidak bersifat holistik, komprehensif, dan relevan dengan perkembangan semasa. Samada dari sudut sistem pengajaran mahupun dari sudut guru yang mengajar, serta teks yang digunakan. Ini tidak dapat dinafikan.
Irshad Manji, dan saya yakin, ada lagi figur-figur lain di zaman ini, ialah kesan sampingan kelemahan dan ketempangan sistem pendidikan Islam tersebut. Ketika zaman di mana Irshad sepatutnya dipupuk dengan gambaran Islam asli yang harmoni dengan fitrah manusia, dia hanya diberi gambaran Islam yang terpecah-pecah, berselirat, dan mengaburkan minda mudanya. Ditambah lagi dengan ketiadaan contoh dan model peribadi Islam sejati yang wujud dalam persekitarannya (sekitar Vancouver, Canada), pengalaman buruk yang dialami oleh Irshad menjadi semakin rumit dan bertimbun.
Jika ditanya kepada mana-mana ahli pendidikan yang memahami falsafah pendidikan yang diajar oleh Islam, apa yang dialami oleh Irshad di dalam pengalamannya mengikuti sistem pendidikan Islam di madrasahnya, sama sekali tidak patut terjadi.
Gadis seperti Saidatina Aishah r.a sendiri, yang muda dan juga banyak bersoal kepada Rasulullah s.a.w, boleh dikendalikan dengan baik oleh Baginda Rasul s.a.w, hingga malahan berjaya dibentuk menjadi seorang yang paling arif tentang Islam di kalangan wanita, tanpa perlu muncul dengan idea-idea yang menyimpang daripada perkara-perkara asas di dalam Islam.
begitu juga mereka yang ditekan diMalaysia,
ReplyDeletewalaupun tekanan tersebut tidaklah menutup pintu untuk berjalan dengan agenda Islam,
Namun dilihat untuk praktis Islam yang syumul itu sudah kurang releven dan perlu dimoderatkan.
Maka Islam syumul itu pada nama, namun intipati dan objektifnya sudah lari jauh.
Maka hujah untuk membenarkan tindakan mereka adalah 'oppresion' yg mereka lalui dan dapat dari UMNO ataupun selainnya.
Lama kelamaan, tidaklah tinggal Islam melainkan syiar.
erm..ternanti perjalanan politik umat yang mana Al-Banna kerap umpamakan seperti seorang manusia :)
Opression from UMNO.. Wah, teori menarik ni Syeikh.. Terma yang menarik dan mungkin ada benar jugak ..
ReplyDeleteDapat ulasan lagi ilmiah comey jugok tu ..
religious skepticism
ReplyDeleteInilah yang akan terjadi jika kita sekali lagi pihak yg membawa nama "Islam" telah salah langkah dan tindakan.
ReplyDeleteSejarahnya beliau ditendang keluar dari madrasah kerana terlalu byk bertanya,tapi dialu2kan untuk bertanya ketika ditinggalkan oleh bapanya di bawah jagaan pihak gereja semasa kecilnya hanya krn penjagaan "percuma". Disamping hubungan keluarga yang sangat "worst"...Ayahnya lebih mempraktikkan gaya kepimpinan diktator yang sangat ekstrem dirumah dgn keluarga mahupun org sekeliling.
Kesimpulannya disini,orang yang membawa nama islam itu sendiri sebenarnya menyebabkan lahirnya insan seperti Irshad Manji ini. Inilah asakan dan makanan minda beliau yang di semat ketat di kotak fikirannya sekian lama...malahan selama hayatnya. Itulah yang disuap dan diasak masuk hingga menjadi nadi dan darah yang mengalir di setiap inci urat dan setiap nafasnya.
Salah satu contoh yg dapat saya ketengahkan disini adalah sikap pilih kasih pihak2 berkepentingan dalam memberi bantuan yang di peruntukkan kpd umat islam. Hingga ada yang terdesak krn tidak mendapat layanan bagi rayuan bantuannya,meminta bantuan dari pihak kristian (gereja). Bukan shj kes Irshad...malahan di Malaysia hari ini juga perkara ini sudah lama berleluasa.
Jangan kita salahkan pihak gereja jika mereka menarik masyarakat untuk berpaling kpd agama mereka kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka kepada agama mereka,sebaliknya cermin diri kita (terutama kumpulan2 yang membawa nama islam spt ustaz,pendakwah,pegawai agama dan seumpama dengannya)apakah usaha kita untuk menghalang perkara ini terjadi. Antara contoh terbaik adalah mentaliti masyarakat kita tentang kanak2 dan surau/masjid dan mentaliti penganut dan pengamal agama kristian,anak2 dan gereja mereka. Dimasjid,hanya "kaum2 mereka" sahaja yang dialu2kan. Kanak2 akan dihalau dgn alasan "buat bising". Tapi bg penganut kristian,mereka mengalu2kan kanak2,remaja malahan masyarakat untuk join program mereka. Bukan anak2 bangsa dan seagama mereka malahan sesiapa sahaja yang berminat (ini cara halus mereka menarik masyarakat untuk berpaling ke agama mereka
. Mereka mengedarkan makanan percuma,bkn hanya kpd penganut kristian tapi kpd siapa sahaja yang pergi dan meminta malahan yang tidak meminta juga mereka alu2kan. Tapi kita? Tidak syak lagi,akan terjadi lagi apa yang kita sebut sbg "kronisme/pilih bulu"
Jangan kita lahirkan lagi insan seumpama Irshad Manji ini,kelak Islam akan lenyap dimuka bumi.Dengan ideologi dan corak pemikiran beliau,saya berpendapat beliau bukan memperjuangkan atau mengubah agama. Ia lebih kepada ideologi "tiada agama" bila segala perkara didebatkan beliau sehingga ada satu baris ayat beliau berpendapat --Beliau sangat bertuah kerana hidup didalam kelompok masyarakat yang tidak hanya berpandukan pd Al Quran seolah2 Al Quran sahaja buku pertama atau buku tunggal seseorang, seolah-olah ianya satu-satunya sumber kekayaan hidup--
https://www.irshadmanji.com/malay-edition/89
Saya bukanlah ilmuan mahupun penganut Islam yang sempurna. Tapi saya sayangkan Islam.
If this is the case, then the body doesn't want to burn off any more fat, rather it
ReplyDeletewants to conserve and build fat for when times are really bad and no food is available.
There are different brands that produce only quality products.
It was a time when it seemed that everyone was looking to the future, and the future was 'space aged'.
Also visit my site; knights and dragons hack
تلال
ReplyDeleteشركات تنظيف المنازل في أبو ظبي
شركة تنظيف مباني في أبو ظبي