Di musim ibadah tarawih ini saya teringat kenangan sewaktu menunaikan tarawih di masjid di rumah saya sewaktu masih kecil dahulu.
Apabila sahaja solat tarawih hendak dimulakan, akan ada seorang pakcik yang menjegilkan biji matanya dan di tangannya sebilah rotan. Dia akan berjalan di sepanjang saf yang dikhaskan untuk kanak-kanak sambil dengan tegas meminta semua kanak-kanak berdiri lurus dalam saf dan tunaikan solat bersama. Setelah semua kanak-kanak yang ketakutan tadi berdiri senyap untuk solat baharulah pakcik tersebut akan menyertai jemaah yang sedang solat.
Kami (saya dan adik beradik) memang takutkan pakcik tersebut. Rasanya kanak-kanak yang lain pun begitu juga. Apabila pulang dari tarawih kami selalu akan bercerita (mengumpat, astaghfirullah) tentang apa yang pakcik itu lakukan untuk mendiamkan kanak-kanak dan menyuruh mereka solat bersama.
Hari ini setelah beberapa belas tahun berlalu baharulah saya mengerti nilai ketegasan pakcik tersebut. Jikalau bukan kerana beliau, tentulah kanak-kanak di kawasan perumahan saya tidak belajar erti menghormati masjid dan menghormati orang yang menunaikan solat. Dan tentulah lebih ramai yang akan memiliki kenangan bermain di masjid lebih daripada kenangan mendirikan tarawih sewaktu kecil.
Saya rasa para ibubapa dan orang dewasa lain yang menunaikan tarawih di masjid itu juga berterima kasih kepada pakcik tersebut yang sanggup mengorbankan dirinya untuk bersikap tegas walaupun dia tahu itu akan mengundang kebencian sementara di hati kanak-kanak di masjid kepada beliau.
Setahu saya, hari ini, setelah kanak-kanak yang pernah dimarahi oleh beliau membesar dewasa, mereka menjadi rapat dan baik dengan pakcik tersebut.
Pengajaran daripada kisah ini:
Di dalam masyarakat, kita memang memerlukan watak yang tegas dan tidak emosional dalam menegakkan prinsip dan menunjukkan apa yang benar. Meskipun watak ini selalunya mengundang rasa jengkel sesetengah orang yang 'makan cili' lalu terasa pedasnya, peranan yang dimainkan oleh watak ini selalunya menjadi taruhan kepada wujudnya suatu kondisi masyarakat yang stabil.
Hanya dengan wujudnya watak beginilah beberapa kelompok masyarakat yang mindanya kebudak-budakan dan masih belum matang (membezakan hak dan batil) akan belajar menjadi matang dan dewasa. Dan seperti di dalam kisah yang saya ceritakan, watak ini selalunya tidak disukai malah adakalanya dicerca ketika dia tegas bersuara. Namun apabila tiba masanya kelompok masyarakat yang tidak matang tadi sedar dan diberi kematangan memahami kebenaran, di saat itu baharulah watak tersebut akan mula dihargai.
Itulah tabiat masyarakat manusia. Sekadar kata-kata nasihat yang lembut tidak mampu menyedarkan semua. Demi keselamatan dan kestabilan masyarakat, watak yang tegas dengan tindakan yang tegas adalah kritikal.
Pada pandangan anda, siapakah yang sedang memainkan watak ini di dalam masyarakat anda?

No comments:
Post a Comment