July 06, 2014

Berkahwin awal

Apabila tiba cuti musim panas bagi mahasiswa luar negara (dan sebahagian mahasiswa dalam negara), maka tibalah juga musim mendirikan rumahtangga.

Selaku salah seorang yang juga mendirikan rumahtangga ketika masih lagi sedang belajar di peringkat degree, saya ucapkan tahniah kepada semua mahasiswa yang berani dan diberi rezeki oleh Allah s.w.t untuk mendirikan rumahtangga di usia yang muda. Berkahwin awal di zaman ini bagi saya ialah suatu kaedah umum untuk menjaga generasi muda dalam masyarakat. Berkahwin lambat pula ialah kes khas bagi yang tiada pilihan dan belum berpeluang.

Saya tidak pernah menyesal kahwin awal. Perkahwinan yang dibina datang dengan seribu satu cabaran, dan hanya cabaran yang boleh mendewasakan pemikiran seseorang. Apa lagi yang diharapkan kepada pemuda-pemuda di zaman ini selain daripada munculnya kematangan dan lenyapnya perangai dan pemikiran yang kebudak-budakan?

Saya titipkan ucapan 'barakallahu lakum wa baraka 'alaikum wa jama'a bainakum fi khair' buat yang sudah berjaya melaksanakan akad nikah. Buat yang sedang menghitung hari; perhatikanlah niat anda, sucikan, dan perbanyakkanlah ia, moga-moga niat-niat yang dipasang itu menjadi pagar kepada rumahtangga yang dibina daripada ancaman-ancaman nafsu dan syaitan.

8 comments:

Related Posts with Thumbnails