July 06, 2014

Sebelum rumah dicuri

Kepada sesetengah orang Islam yang kepalanya sibuk memikirkan bagaimana meng'islah' hal-hal di dalam negara ini; jangan tidak tahu ketika anda sibuk dengan hal-hal tersebut ada pencuri dari luar yang menanti masa yang sesuai untuk mencuri 'rumah' anda. Jika 'rumah' sudah dicuri tiada guna lagi usaha-usaha murni membaiki paip, mengecat dinding, dan menampal atap.

Adakah itu maknanya kerosakan kecil di dalam rumah tidak penting? Ianya penting. Tetapi kerja membaikinya tidak harus melalaikan anda dari menyedari bahawa 'rumah' anda ini adalah sebahagian daripada 'kawasan kejiranan' global yang sentiasa diintai oleh pencuri-pencuri handal!

Keselamatan 'rumah' ini perlu dipertahan dengan sebaiknya - dengan kuasa kepimpinan & kesatuan - kemudian pada ketika itu anda boleh berikan pula perhatian untuk membaiki hal-hal dalam rumah sambil sentiasa mengawasinya daripada dicuri.

Ini ialah pesan Al-Juwaini kepada generasi selepasnya; menjaga perkara yang paling penting - agama (melalui kuasa) - sebelum perkara-perkara lain - harta, nyawa, akal, dan maruah/keturunan - secara keseluruhan.

---------
Firman Allah s.w.t: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman." (Ali Imran: 100)

Sabda Rasul s.a.w: "Akan tiba suatu masa kamu semua (umat Islam) akan diratah oleh bangsa-bangsa manusia sepertimana manusia mengerumuni dulang makanan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails