(AP Photo/Manu Brabo) |
Sebagai contoh, sikap menghormati rumah ibadat dan strategi tidak menghapuskan tanaman telah menjadi identiti kepada tentera Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Tentera Islam dikenali membawa rahmat dan keadilan, bukannya menghancurkan dan memusnahkan segala yang dimiliki pihak lawan.
Strategi ‘scorched earth’ dan ‘demolition’
Di dalam penggempuran kejam yang berlaku pada 14 Ogos di Medan Rabaah dan Nahdhah, pelbagai bentuk serangan telah berlaku. Selain penembakan rambang dan penembakan spesifik menggunakan penembak tepat (sniper), taktik serangan yang juga dilakukan ialah taktik 'scorched earth' dan 'demolition'.
Strategi 'scorched earth' ialah strategi penghapusan sebarang bentuk infrastruktur atau aset yang menjadi kekuatan pihak lawan. Strategi ini dilaksanakan melalui pembakaran atau merobohkan (demolition) infrastruktur dan sumber (air/elektrik/perubatan) yang dijangka memberi kelebihan (advantage) kepada pihak lawan. Strategi ini telahpun dilarang menurut salah satu protokol di dalam Konvensyen Geneva 1977.
Hanya beberapa negara yang tidak mengikuti larangan ini antaranya Amerika Syarikat dan Israel. Disebabkan mereka tidak terikat dengan peraturan ini, strategi ‘scorched earth’ dan ‘demolition’ ini amat kerap digunakan oleh mereka terutamanya di dalam peperangan-peperangan yang terkini seperti yang terjadi ke atas Iraq, Afghanistan, dan Gaza.
Strategi ini juga sebenarnya merupakan strategi yang telah digunakan oleh ramai pemerintah kejam seperti Stalin pada tahun 1941, Hitler pada tahun 1945 melalui Nero Decree, dan yang terkini oleh Bashar Al-Assad di dalam perang sivil yang sedang berlaku di Syria.
Identiti Serangan Tentera Mesir Di Rabaah
Strategi ganas dan tidak berperikemanusiaan ini didapati digunakan oleh Tentera & Polis di Mesir yang menyerang Medan Rabaah dan Nahdhah. Mereka melampaui batas apabila Masjid Rabaah Al-Adawiyah yang berada di Medan Rabaah juga turut dibakar hangus.
(Khaled Desouki/AFP/Getty Images) |
(AP Photo/Hassan Ammar) |
Hal ini mendedahkan betapa sebenarnya Tentera & Polis di Mesir mempunyai kaitan dengan tentera-tentera lain yang menggunakan strategi kejam yang sama, khususnya Amerika Syarikat dan Israel. Samada mereka menerima arahan langsung untuk bertindak sedemikian, ataupun mereka telah dilatih untuk melakukan strategi yang sama ke atas Umat Islam di Mesir.
Respon Antarabangsa Dan Badan Hak Asasi
Melalui penggunaan strategi ini, Tentera Mesir telah meletakkan diri mereka pada baris yang sama dengan tentera dan pemerintah kejam yang lain di dunia ini, yang telah banyak melakukan kemusnahan dan bertindak kejam ke atas Umat Islam.
Hal ini sepatutnya mengundang respon segera dan tindakan yang keras daripada seluruh warga dunia dan badan-badan hak asasi manusia yang bertaburan di pelbagai negara. Malangnya bukan itu yang berlaku.
Ternyata sesetengah negara dan badan yang kononnya memperjuangkan hak asasi tidak menyatakan sebarang pendirian keras terhadap kerajaan tidak sah yang berlaku kejam di Mesir.
Sikap ‘double-standard’ dunia terhadap mereka yang berhimpun secara aman dan dizalimi serta dibunuh kejam di Medan Rabaah ini harus berakhir. Mereka harus disokong, dan Kerajaan Kudeta Mesir harus segera didakwa dan dibicara.
soccer jerseys, longchamp, abercrombie and fitch, reebok shoes, ferragamo shoes, herve leger, nike huarache, soccer shoes, mont blanc pens, new balance outlet, north face outlet, ugg soldes, ugg outlet, giuseppe zanotti, wedding dresses, babyliss pro, celine handbags, ghd, instyler ionic styler, barbour, mcm handbags, marc jacobs outlet, hollister, nike trainers, lululemon outlet, beats headphones, mac cosmetics, uggs on sale, roshe run, valentino shoes, vans outlet, chi flat iron, p90x workout, jimmy choo shoes, abercrombie and fitch, birkin bag, uggs outlet, insanity workout, asics shoes, ugg, rolex watches, north face jackets, nfl jerseys, nike roshe, bottega veneta
ReplyDelete