March 09, 2012

Musuh-Ku, dan musuhmu!


Husnu Dzon (bersangka baik) itu bagus, tapi ada batasnya.

Sesama orang Islam, ia sangat dituntut.

Tetapi dengan orang yang tidak mengucapkan syahadah di bibir dan hati, Husnu Dzon itu malah mungkin memberi kesan sebaliknya.

Barangkali terkesan dengan tekanan dan perjalanan arus realiti, sekarang ini, terlalu banyak rasanya sangka baik yang kita taruhkan kepada golongan bukan Muslim.

Juga barangkali terbatas penglihatan kita pada apa yang zahir di mata dan dekat di sekeliling kita sahaja, kita lupa bahawa setiap sesuatu yang zahir, ada hakikat di sebaliknya, yang biasanya lebih besar daripada yang kita sangkakan.

Di zaman kolonial British memijak tanah kita satu masa dahulu kita barangkali tidak pernah menyangka, bahawa di sebalik zahir keinginan mereka meratah hasil bumi kita, sebuah hakikat besar tentang punca kedatangan mereka ke tanah-tanah Islam nusantara di zaman itu - penerusan misi perang Salib, yang sekian lama belum pernah padam kesumatnya.

* * * *

Kini, jika dinyatakan hakikat-hakikat besar tentang misi golongan-golongan tertentu di Barat ke atas orang Islam, yang seringkali dilempar ialah "ia hanya satu teori konspirasi".

Sehinggalah kita membaca dan meneliti sendiri apa yang mereka akui dalam penulisan-penulisan mereka, baharulah kita perlahan-lahan memikirkan : "Oh, rupa-rupanya pertembungan Islam dan Batil nyata terjadi!"

Itupun jika terketuk hati kita untuk percaya.

* * * *

Bagaimana boleh muncul gejala ini?

Bagaimana boleh hilang daripada dhamir diri kita, bahawa selamanya, Islam takkan dibiar selesa?

Dalam Al-Quran, berulang-ulang hakikat ini dilantunkan.

Malah Allah s.w.t dengan terang jelas menyatakan bahawa :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu.."
(Al-Mumtahanah : 1)

Musuh-Ku, dan musuhmu!

* * * *

Melewati ayat-ayat Al-Quran di permukaannya, tanpa memahami, merenungi, mengaitkan, mengkaji, dan cuba meletakkannya dalam situasi semasa - tidak syak lagi inilah puncanya.




1 comment:

  1. Macamana pulak kalau isteri & anak-anak tu musuh?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails