Rentetan isu dan peristiwa berkaitan mahasiswa khususnya di Malaysia banyak membuka mata dan mengetuk minda saya. Saya mengikuti sekadarnya, dan akhirnya, ada dua perkara penting yang saya kira perlu dijadikan noktah renungan buat diri saya, dan semua yang membaca.
1. Tanpa menafikan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ada yang boleh kita pertikaikan, persoalan yang lebih asasi yang perlu kita ukur ialah, sudahkah mahasiswa khususnya di Malaysia menggunakan ruang yang sedia ada semaksimumnya?
Kebimbangan saya (dan nampaknya mutakhir ini banyak peristiwa menjadi bukti) ialah fokus dan proriti mahasiswa tertumpu kepada perkara yang dikatakan menyekat dan menjadi pertikaian. Tenaga, masa, dan pemikiran dialirkan kepada isu-isu ini, sedangkan jika ditilik-tilik, di dalam komuniti mahasiswa sendiri terdapat banyak lagi isu lain yang lebih besar peratus kewujudannya, dan lebih patut dirisaukan lantaran kesannya yang besar kepada peribadi seorang mahasiswa, khususnya yang beragama Islam. Contoh yang saya kira paling jelas ialah budaya hedonisme di kalangan mahasiswa.
Di sini kita mampu mengukur satu realiti yang sedang terjadi - kebanyakan semangat mahasiswa tidak dilatari oleh kefahaman yang sepatutnya terhadap Islam dan tanggungjawab asasi seorang Muslim. Lebih spesifik, kebanyakan mahasiswa melihat aktivisme dan perjuangan menegakkan kebenaran dalam definisi yang teramat terhad, dan sangat bersifat jangka pendek.
Sebagai seorang pelajar di Universiti Al-Azhar, saya berkesempatan menyaksikan aktivisme para mahasiswa Ikhwan Al-Muslimin ketika rejim Mubarak masih berkuasa. Saya kira sekatan dan ancaman ke atas aktivisme mereka jauh lebih ganas dan menekan berbanding yang dihadapi mahasiswa di Malaysia.
Meskipun begitu, ruang yang sedia ada mereka gunakan sebaiknya. Mereka merupakan mahasiswa yang paling aktif menawarkan khidmat bantuan akademik kepada mahasiswa lain, dan mereka juga yang paling aktif menyuburkan kefahaman terhadap isu Palestin dan dunia Islam.
Yang membezakan mereka, dan yang menjadi faktor mereka terus aktif dan bergerak meski ditekan sekuatnya ialah kefahaman yang tepat dan luas terhadap Islam, dan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim.
Barangkali mahasiswa di Malaysia juga harus memikirkan hakikat ini, dan kembali mencari ruang yang lebih layak diberi prioriti, dalam keadaan Islam di Malaysia semakin hari dikikis kedaulatannya.
2. Hero-hero mahasiswa yang muncul di dalam akhbar tempatan mutakhir ini membuktikan kepada masyarakat seluruhnya, bahawa mahasiswa dan pemuda sentiasa mempunyai potensi untuk melakukan perkara-perkara di luar jangkaan. Keberanian, kelantangan, kelasakan menghadapi risiko, adalah nilai-nilai emas pada insan bergelar mahasiswa.
Bayangkan nilai-nilai ini dimanfaatkan bukan sekadar pada ruangan aktivisme politik sahaja?
Pandangan saya, yang menjadi perhatian para pimpinan di Malaysia, baik kerajaan mahupun pembangkang, ialah bagaimana nilai-nilai ini dialirkan menjadi satu kekuatan kepada agenda politik mereka. Ini tidak salah pada pandangan saya.
Yang salah ialah, dalam hal berkaitan aktivisme mahasiswa di Malaysia yang berhubung rapat dengan politik dan pengurusan kuasa pemerintahan, para mahasiswa diberi panduan dan sokongan yang cukup baik. Manakala dalam hal-hal lain, seperti perkembangan kajian akademik, pembinaan jatidiri dan peribadi yang komprehensif, pengembangan kemahiran kerja, dan lain-lain lagi, perhatian yang diberikan tidak pula sebegitu rupa.
Harus diingat, jika semangat orang muda tidak dipandu oleh kebijaksanaan orang lama, pelbagai musibah boleh berlaku. Jika tidak sekarang, ia akan berlaku pada masa akan datang.
* * * *
Dalam urusan membina dan mengembangkan keperibadian seorang mahasiswa, ketelitian yang diperlukan ialah seumpama ketelitian mengurus aset dan saham dalam urusan kewangan, kerana mahasiswa sesungguhnya, ialah aset dan saham bukan sahaja untuk negara, malah untuk dunia dan umat Islam seluruhnya.
Mubarak dah tahap kuku besi.. Najib pon macam Mubarak ka?? kalau haku kata agu tuh,hangpa marah,,najib kan bapak kesayangan hangpa.. tok guru nik aziz, tog guru hadi semua hangpa tibai..Najib hangpa semua tak penah nak jentik telinga dia sikit pon..apa lagi teloq dia..
ReplyDeletelupa plak hangpa ISMA memang tak sayang ulama'
apa ISMA dah buat secara maksimum untuk kebajikan mahasiswa? musyrif pon takdak..kalau akhawat ISMA kena rogol kau nak kata dah usaha dan tawakal????
kalau ISMA memang bangsa pengecut, jangan mengakulah Ikhwan Muslimin mentor hangpa semua..naya malu ka depa ja..bodoh!
hang budak kecik apa hangpa tau budak Ikhwah dah ramai yang kena buang Al-Azhar zaman Mubarak tok menakan hangpa tu.
satu penulisan yang menarik..jgn kita sempitkan peranan kita sebagai mahasiswa..
ReplyDeleteKEPADA anonymous,
ReplyDeletekalau anda seorg yg perjuangkan AUKU,sudah pasti anda mempunyai dan bersedia melakukan anjakan paradigma dalam pemikiran dan lebih beradab dalam mengeluarkan hujah,
bukan mengutuk,menghina
Buktikan anda adalah mahasiswa yg kritis dlm intelektualnya dan kata kata,kalau anda mahu menjadi mahasiswa yg berpemikiran kritis seperti mahasiswa di Universiti Malaya pd tahun 1970 an,
Lawak jugak baca orang yang komen guna emosi tanpa akhlaq dan ilmiah.
ReplyDeleteTerima kasih saudara Anonymous (kalau ada nama senang sikit nak ucap terima kasih, tapi dah baca komen saya pun faham kenapa tak nak letak nama)
ReplyDeleteAllah menjadi saksi tulisan saya, juga menjadi saksi tulisan saudara.
Semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah untuk buat usaha yang paling dekat dengan cara yang Rasulullah dah ajarkan kepada umatnya.
nice one.
ReplyDeleteisu utama tak selesai,
agenda mahasiswa secara umum tidak terbentuk kepada perkara yg besar.
Paling kurang pun kalau terbentuk kepada membangunkan negara sekalipun sudah mampu membentuk sifat yg lebih baik dari sudut aktivisma.
Apakan daya, mungkin tiada contoh yg sebegitu dipentas sekarang.
ataupun pentas baru akan dicipta ;)
"Membangun Ummah Beragenda"
apa pasal? ISMA toksah nak mengaku Ikhwan laa.. kalau sahabat pemuda Ikhwan Muslimin dibuang universiti dulu pon nhangpa nak gelapkan..
ReplyDeleteapa yang takdak adab? hangpa ni beradab sangat ka dengan jemaah2 lain? PAS dah cukup terbuka untuk dikritik..setakat hangpa penulis jalanan.. ptuihh!!
Mr Anonymous, you can stay anon since you are not relevant and cannot form a proper paragraph without acting like a gangster. An old one at that. Are you really from PAS? Because people from PAS are much better than you, Anon.
ReplyDeleteFrom, Anon.
Sangat membingungkan mengapa tulisan penulis jalanan ditanggapi dengan peluru-peluru berlabelkan parti politik.
ReplyDeleteSerasa saya amat jelas tiada parti politik yang dimaktubkan di dalam tulisan jalanan ini.
Tahniah bro! Pandangan daripada sudut yang lebih luas.
ReplyDeleteAmbillah kritikan yang membina. Moga bermanfaat.
Abaikan kritikan yang tak matang dan 'mengkasihankan'. Moga diampunkan.
salam saudara.
ReplyDeletetahniah atas buah fikiran y sy kira ckup cantik dan enak dibaca. saya menyatakan persetujuan sy atas beberapa perkara dalam penulisan saudara.
pun begitu, saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara y melihat menyelesaikan masalah akhlak (hendonisme) lebih penting dari apa y dilakukan oleh mahasiswa di malaysia sekarang. ini mungkin kerana saudara tidak pernah dikongong oleh AUKU dek kerana AUKU tidak tergunapakai di luar negara.
saya sendiri berpengalaman melihat usaha rakan2 y ingin menyelesaikan masalah sosial di universiti saya dengan memberikan cadangan agak pemisahan kolej kediaman antara siswa dan siswi dilakukan ditolak mentah-mentah oleh nain canselor y mempunyai kuasa budi bicara yang sangan luas dalam hal pentadbiran universiti. alasan penolakan adalah kerana beliau berpendapat sekiranya pemisahan ini dilakukan, maka "mental block" akan berlaku dikalangan mahasiswa/i. adakah ini benar? siapa mengajar untuk kita mengamalkan budaya sebegini? siapa y menggalakkan?
dalam situasi ini juga saya melihat, pihak pentadbiran universiti saya tidak menyahut pun usaha y diakukan oleh rakan2 sy ini sedangkan ini merupakan perkara y baik sepertimana saranan saudara di atas.
kaitan situasi y dialami ini dengan keadaan di malaysia skg, boleh disamakan. mahasiswa mempunyai idea y baik untuk negara mahupun agama, tetapi tidak diendahkan pihak pentadbiran negara. sbg contoh, diskusi bersama ahli2 politik y bukan dari pihak kerajaan y mempunyai kepakaran di dalam sesuatu bidang tidak dibenarkan untuk diadakan. ugutan dari pihak atasan diberikan. "kalau berdegil jugak, batalkan shj program itu".
adakah ini tidak memberikan kebaikan kpd mahasiswa/i di universiti? saya kira ia memberikan seribu satu manfaat sekiranya ia dibenarkan untuk diadakan. namun sayang, ia tidak berlaku sepertimana y diinginkan.
maka, secara kesimpulan dari pandangan sy, sy melihat untuk merubah sesuatu perkara kearah y lebih baik, ia mesti bermula dari pihak atasan. jangan semata-mata menyalahkan mahasiswa/i y memberontak mahukan perubahan. mereka cuma mahu menyumbang kpd agama dan negara. benar kata saudara, mahasiswa/i di malaysia, ramai y punya semangat y mampu membuatkan mereka melakukan perkara-perkara di luar jangkaan. namun semangat ini seolah-olah tidak pernah untuk di lihat sekalipun dengan ekor mata oleh pihak atasan. ini sesuatu y amat perlu dikesali.
SALAM MAHASISWA MALAYSIA.
Terima kasih MAHASISWA MALAYSIA.
ReplyDeleteSaya memahami situasi yang saudara sebutkan. Cuma maksud saya di dalam tulisan, penyelesaian yang saya cadangkan ialah pembinaan peribadi yang benci dan jelas bahaya hedonisme.
Jika pun 1000 peraturan dipersetujui untuk dilaksanakan oleh pihak atasan, sedang jiwa mahasiswa dijangkiti gejala-gejala hedonisme dan mencintai budaya ini, 1000 peraturan tersebut hanya memberi bantuan 5% untuk menyelesaikan masalah.
Untuk komuniti mahasiswa yang bersih, yang diperlukan ialah peribadi mahasiswa yang bersih, dididik oleh rakan mahasiswa yang bersih. Kemudian bolehlah perhatian dialihkan pula kepada pihak atasan.
Terima kasih sekali lagi atas pandangan dan kesudian saudara membaca.
salaam...entry yg menarik...dan sy stuju dgn saudara israa'...bg saya, utk mencapai daulah islamiyah yg cemerlang, tidak boleh tidak perlu bermula dgn individu yg cemerlang, kmudian m'bntuk kluarga, sterusnya masyarakat islam yg berakhlaq dan barulah daulah islamiyah e2 tercapai.
ReplyDeletebkn dgn ambil jalan mudah, trus pergi ke pihak atasan, inginkn biah solehah n etc, but at the end, individu2 ini yg blum lg terbentuk akhlaqnya dgn baik, still akan lakukan ape yg dia nak. tamsilnya, pihak atasan keluarkn arahan, plajar2 x boleh m'dgr lagu2 yg melalaikn di kampus, jika plajar ni mmg sudah sebati dgn hiburan2, dia still akan m'cari hiburan d tmpat laen...ini hanya skadar contoh..jd sebenarnya, pembentukan individu e2 adalah yg pling utama...
sy x cakap org laen, sy ckp diri sy sndiri sbg plajar, sahabat2 sy sgt sukakan hiburan, masih ada lg yg hisap rokok, kdg2 bgn subuh lewat...perkara2 begini lah yg menentukan pembentukan daulah islamiyah...bila bercakap pemimpin,dia lah lantang kluarkn hujah, tp subuh slalu lewat...sy bkn nak mengata org lain, tp sbg guidelines kt sume...
adakah semua perintah Allah telah kt laksanakan dgn itqan?? adakah akhlaq kt sudah mumtazz?? skadar renungan kpd diri dan sahabat....syukran 3la kullie haal
aiman