March 20, 2012

Di sebalik Maulid Al-Hussain (2)

Mengimbau sejarah penjajahan British di Mesir, seruan dan cadangan Cheryl Benard berkaitan Sufism bukanlah sesuatu yang asing.

Penjajah British sudah terlebih dahulu meletakkan strategi ini sebagai pendekatan mereka untuk mematikan semangat penentangan rakyat Mesir terhadap mereka. Penjajah British berjaya menjadikan Islam sebagai satu tembok sempit pemikiran masyarakat, malah ke tahap ia menjadi 'candu' yang mengendurkan semangat juang masyarakat.

Kemunculan pelbagai tariqat Sufi yang hidup bukan dalam hakikat tasawuf yang difahami Islam ini menjadi arus perdana pada zaman penjajahan British tersebut.

* * * *

Masalah yang lahir bukanlah berpunca daripada amalan-amalan penyucian hati, amalan mencintai Rasulullah dan orang-orang soleh, juga amalan mengingati mati, seperti yang ditekankan di dalam sebahagian ajaran tariqat-tariqat tersebut. Bahkan perkara tersebut adalah disanjungi di dalam Islam.

Masalah utama yang menjadikan tariqat-tariqat dan kegiatan kesufian ini suatu kelebihan buat penjajah British ialah kegagalan para pengikut ini melihat Islam dalam bentuknya yang paling lengkap, luas, dan menyeluruh. Cara pandang dan cara fikir yang sempit ini memberi kesan langsung kepada cara bertindak mereka dalam kehidupan seharian. Penumpuan usaha dan penumpuan masa diberikan kepada satu juzuk Islam sahaja, dan juzuk-juzuk lain di dalam Islam jika pun disentuh, hanya lewat bicara-bicara yang kebanyakannya tidakpun menyeru kepada perasaan juang dan 'izzah ke atas orang yang menindas mereka di bumi mereka sendiri.

Juga yang menjadi kelebihan buat British pada ketika itu, ialah budaya di dalam tariqat-tariqat yang ada, kurang menjurus ke arah pencerahan ilmiah terhadap Islam. Kata-kata guru tariqat bahkan ditanggapi sebagai sesuatu yang mulia, jikapun tidak seperti hadis Rasul s.a.w. Maka sekiranya guru-guru tariqat ini mengarahkan semua pengikutnya bersabar dan menjauhkan diri daripada urusan politik dan pemerintahan, maka begitulah ia akan dituruti oleh para pengikutnya.

* * * *

British berpindah keluar dari Mesir, namun kegiatan tariqat sufi yang mereka suburkan kekal berbekas hingga ke hari ini. Sehingga ke hari ini, tariqat-tariqat ini masih bernyawa dan mempunyai pengikut dan peminatnya yang tersendiri, terutama di luar kota Kaherah yang semakin moden dan celik.

Strategi British yang halus ini sebenarnya diteruskan secara tidak langsung oleh rejim-rejim moden yang muncul. Banyak pihak mengakui bahawa di zaman pemerintahan Mubarak sendiri, sekali lagi kesempitan cara pandang dan cara fikir yang terzahir di kalangan pengikut tariqat-tariqat Sufi, dijadikan alat untuk menjustifikasi 'keislaman' pemerintahan Mubarak.

* * * *

Berdasarkan sorotan ringkas ini saya kira agak jelas rasional cadangan yang dikemukakan Cheryl Benard tersebut.

Malang sekali hakikat ini gagal dilihat oleh ramai orang Islam, menyebabkan mereka akhirnya terjerat sendiri dengan 'perangkap agama' yang digunakan oleh musuh Islam.

2 comments:

  1. Salam ya akhi karim, rakyat mesir yang datang ke masjid saidina hussain tu datang untuk menyambut maulid saidina hussain dan sambutan ini merupakan salah satu cara menunujukkan tanda mahabbah dan cinta kita kepada ahlibait rasulullah SAW,dan kita sebagai umat islam memang dituntut untuk mencintai ahli bait , jadi sambutan ini tiada kaitan dengan lemahnya Islam atau sempitnya Islam ,Sesungguhnya kemunculan tarikat2 ini tiada kene mengene langsung dengan barat atau penjajah , Ajaran Sufi tidak langsung ade kaitan dengan kemunduran umat islam sekarang malah ajaran sufilah yg menjadi tonggak kekuatan umat islam , syeik2 yang mengajar di masjid Al-Azhar masing2 ade tarikat mereka , malah mufti mesir sendiri merupakan tonggak kekuatan tarikat2 ini, dan beberapa bulan yang lalu Al-Azhar sendiri mengadakan nadwah yang bertajuk Attasawwuf manhajul islah yang diadakan di ACC yang dihadiri oleh ramai ulama besar , mufti , syeikhul Azhar , Habib Ali Al jufri dan ramai lagi ulama besar yang lain ,tasawwuf x de kene mengene dgn kemunduran islam , malah ianya dalah salah satu alat untuk mengislahkan mujtamak,
    Adapun yang berkaitan politik , bukan sejak sekarang sahaja tarikat menjauhkan diri dari politik malah sejak dari dahulu lagi zaman sahabat , tabiiin , tabik tabiiiin dan ulama sepanjamg zaman sebahagian besar mereka menjauhkan diri dari politik ,
    Contoh zaman sahabat ketika fitnah kubra iaitu perang jamal dan perang siffin jumlah sahabat yang terlibat x lebih dari puluhan orang seperti yang dirkiwayatkan oleh ibnu sirin majoriti sahabat yg ribuan orang ketika itu hanya senyap dan tidak menyertai urusan politik ,Selepas itu ,apabila saidina Ali meninggal dunia dunia islam terbahagi kepada dua satu dibawah muawiyah penduduk syam baiah muawiyah dan satu lagi dibawah saidina hassan penduduk kufah baiah saidina hassan ,akhirnya saidina hassan mengambil keputusan menyerahkan seluruh pemerintahan kepada muawiyah dan menjauhkan diri selepas itu daripada politik , selepaas itu ketika berlakunya perpindahan kuasa kepada yazid bin muawiyah , berlaku fitnah yang besar kali kedua , dan sebahagian sahabat mengambil sikap menjauhkan diri , antaranya saidina abdullah ibni umar , dan begitulah seterusnya para tabiin, dan imam2 besar hinggalah ke hari ini kebanyakan mereka menjauhkan diri daripada politik,
    Adapun dari segi amar makruf nahi mungkar , sejak zaman dahulu lagi sejak zaman sahabat sehinggalah sekarang jika terdapat pemerintah yang buat x betul maka mereka tegur, Amar makruf nahi mungkar x boleh disamakan dgn politik , sejak dari dulu lagi begitu ramai para ulama yang berhadapan para pemerintah yang zalim dan menegur , imam malik , imam ahmad ,imam sufyan assauri , imam al hassan albasri , syeikhul islam ibnu taimiah dan ramai lagi yang kedepan memberi nasihat dan teguran kepada pemerintah apbila pemerintah berlaku zalim dan tidak mengikut perintah Allah , dan dalam masa yang sama mereka menjauhkan diri daripada politik , apabila mereka diberikan jawatan sebagai qadi hampir semua daripada mereka menolaknya , tidak pula mereka muncul kedepan di hadapan manusia untuk masuk dalam urusan pemerintahan
    Fahaman bahawa apabila ulama itu apabila tidak menyertai politik maka maksiat atau kezaliman yang dibuat oleh pemerintah dibiarkan begitu shaja adalah salah, Tidak semestinya nak makruf nahi mungkar kene masuk politik baru boleh....
    Syamil Nazmi...

    ReplyDelete
  2. Mantap..pnjelasan yg menarik dri komen di atas..harap pemilik blog sedar akan realiti sebenar kehidupan..jgn lah kita pandang sufi ini adlh mslh kepada Islam..sbb sufi inilah jalan2 utk kita lbih ma'rifatuLLAH..

    jgnlah golongan yg belajar dalam bidang agama ini merosakkn agama sndri..renung2 kn lah..dunia semakin kpd pnghujungny,fitnah akn berleluasa...jd berfikir lah dgn Iman n Ihsan smge kita tdk dikawal oleh nafsu kita...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails