May 30, 2011

Passion


Saya pasti semua orang setuju, demi kecemerlangan dalam peperiksaan, orang sanggup buat apa saja yang terdaya.

Berusaha sebanyak mungkin membaca buku dan belajar.
Berusaha sekuat mungkin memahami dan mengingat.
Berusaha sedaya-upaya memanfaatkan masa, walau sedetik amat bermakna.
Berusaha sehabis kudrat mengurangkan masa makan dan masa tidur.
Berusaha sebolehnya untuk bangun setiap 2/3 akhir malam untuk munajat memohon kepada Tuhan.

Apa sahaja. Tolak ke tepi semua letih dan penat. Usah layan keinginan bersantai dan berehat. 
Penuh segenap fikirannya memikirkan segala apa yang mungkin menyampaikannya kepada keputusan peperiksaan yang dihajatkan.

Tiba-tiba seolah-olah kita insan yang sangat efektif, produktif, cergas, tersusun, dan penuh kehendak yang meluap. Apa dorongannya?

Orang putih kata passion.
"Passion is an intense emotion compelling feeling, enthusiasm, or desire for something"  -wikipedia
* * * * 

Saat kita membaca pelbagai kisah mujahid Islam dan ramai tokoh-tokoh dakwah, kita adakalanya berasa takjub dan hairan, dari mana lahir kehebatan dalam diri mereka.

Contohnya kisah masyhur Imam Al-Banna yang menghabiskan hampir keseluruhan harinya bermusafir dari bandar ke bandar, menyampaikan dakwah dan berjumpa manusia, namun masih tekun beribadah di malam hari, saat teman musafirnya Ustaz Umar Telmesani, sudahpun terbaring keletihan.

Dan kisah lain seperti kisah mujahid-mujahid HAMAS yang siangnya mereka habiskan untuk berkhidmat dan bekerja untuk rakyat, dan malamnya pula mereka habiskan untuk berjaga dan beribadat.

Ajaib sekali kemampuan insan-insan begini.
Sampai kita sering terasa mustahil untuk mereka ini dicontohi dengan kemampuan kita sekarang.

Tapi barangkali kita lupa, kesemua mereka juga manusia biasa, yang akhirnya menjadi luar biasa, juga kerana adanya passion di dalam diri mereka.

* * * *

Jadi passion bukan sifat yang calang-calang.
Wujudnya sifat ini mampu mengubah seekor kijang menjadi singa.
Kita rasai sendiri semua ini, saat kita diresapi sifat ini yang membara dalam misi memburu kecemerlangan akademik.

Jadi rasanya amat elok sekali kalau dalam urusan-urusan agama juga kita punya passion yang sama.
Tak mustahil sejarah akan datang juga akan menyenaraikan kita dalam senarai keemasan pejuang agama yang layak dicontohi, betul?

Peringatan buat diri saya, juga untuk semua. Semoga bermanfaat inshaAllah.



10 comments:

  1. Cantik.
    'Passion' untuk kecemerlangan dalam pelajaran itu hadir dan mampu kekal kerana adanya dateline atau tarikh luput.tamat peperiksaan,tamatlah passionnya (kebanyakan).
    Sedang untuk 'passion' dalam agama pula,tarikh luputnya tiada.Samaada menang,ataupun shahid.Tiada habuan/kesan depan mata.
    Jadi,untuk kekal istiqamah bersama semangat itu,sukar.Melainkan perlu ada pemahaman yang sahih dan teman yang sejati untuk saling mengingatkan.Betul?

    Moga Allah golongkan kita dalam golongan yang sabar dan thabat atas Jalan-NYA dan ketaatan pada-NYA sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. Apa pulak passion menulis entri blog di kala exam yang bakal menjelang ;)

    Jazakallah di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. @ziarah : passion berkongsi yang meluap-luap :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Baik sekali peringatan ini.
    Mohon untuk dikongsi, boleh?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous : Silakan jika bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah keluar dengan jemaah tabligh dulu. Salah seorang pernah pesan kepada saya: Passion tidak kekal, hanya kefahaman yang membantu sepanjang jalan.

    ReplyDelete
  7. @162 : Tepat sekali. Tapi itu sikitpun tak menjejaskan pentingnya menyalakan passion. Kalau tidak, apalah manisnya kefahaman.

    ReplyDelete
  8. Passion melahirkan hamasah, kefahaman melahirkan wa'ie. Kedua-duanya tak boleh dipisahkan, sebab hamasah perlu sentiasa bersama wa'ie.

    ReplyDelete
  9. @ziarah : tepat! atau kata lain; hati & akal. Dua-duanya perlu selalu di tahap yang tertinggi.

    ***
    Dulu zaman Rasulullah, bukan semua sahabat bijak-bijak dan cepat faham. Tapi semuanya serah jiwa raga bila diseru untuk jihad. Mana datangya kekuatan menyahut itu?

    ReplyDelete
  10. Oh macam tu... Terima kasih ya. Jazakallah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails