April 19, 2011

Tak payah tunggu

Manshiyyah, di bawah bukit Muqattam, Kaherah. Orang barat gelar 'garbage city', sedih.

Tak payah tunggu Mubarak turun pun boleh bersihkan jalan depan rumah.

Tak payah tunggu Mubarak turun pun boleh berhenti buang air di dinding.

Tak payah tunggu Mubarak turun pun boleh pandu cermat jiwa selamat.

Tak payah tunggu Mubarak turun pun boleh beratur buat urusan.

Tak payah tunggu Mubarak turun pun boleh bersungguh siapkan kerja.

Tapi dulu nak tunggu juga Mubarak turun.

Sudahnya Mubarak turun pun tak boleh juga nak buat.

Memang betul : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
[Ar-Ra'd : 11]

* * * *

Orang-orang yang bermimpi besar mahu ubah kerajaan ubah sistem ubah pemerintahan tapi masih banyak benda dalam diri sendiri tak berubah, tak payahlah bersusah-susah lagi bermimpi.

Mana-mana pun, Mesir atau Malaysia, sama saja hukumnya.

4 comments:

  1. Buatlah versi Bahasa Arab atau 'Ammi Mesir ke ;)

    ReplyDelete
  2. hehe. betul gak. kensa share dgn arab nih~

    ReplyDelete
  3. mungkin mereka take time nak berubah.. ana pun penah fikir gitu jugak..

    ReplyDelete
  4. @Mampir :
    Idea bagus, tapi ingat nak suruh orang lain tolong buatkan. Siapa-siapa yang biasa berseni dalam bahasa arab.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails