March 20, 2011

Tuhanku, bagi-Mu segala puji.


Revolusi di Mesir memang banyak mengundang peristiwa-peristiwa yang tak dijangka.

Sekali imbas, semuanya tidak pernah dirancang langsung. Tapi perkataan yang layak luncur di bibir hanyalah 'alhamdulillah'.

Dulu saya pernah sepenuh hati dan akal menyusun perancangan masa depan, untuk beberapa tahun ke hadapan. Memanglah di hujungnya saya sisipkan sepatah 'inshaAllah', namun seperti sesiapa pun, kita selalunya lebih percaya dan berharap semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Revolusi di Mesir, dan apa yang terjadi selepasnya, samada ketika dievakuasi dari Kaherah ke Jeddah, atau ketika sebulan di Malaysia, mahupun bila pulang nanti ke Mesir, semuanya tidak pernah tercatat dalam lembaran perancangan saya. Baik perancangan ilmu, tarbiyah, mahupun perancangan hidup.

Tuhan mengajar dan menyusun dalam pelbagai cara. Subhanallah. Benarlah kerdil sungguh manusia.

Saya berusaha mengambil pelajaran dari rencana Tuhan.

Seperti ketika Musa a.s mengambil pelajaran dari rencana Tuhan yang terlaksana di tangan Khidir a.s. Pelajaran-pelajaran yang halus, dalam, dan bermakna, yang mengubah cara Musa a.s melihat dunia. Tuhan menyulam iman dan menatah makna qadha' dan qadar yang sejati di hati Musa a.s. Musa a.s akhirnya meneruskan hidup dalam perjuangan, tenggelam dalam erti iman yang sempurna, dengan cara pandang dunia yang melangkaui kesempitannya.

Semoga Tuhan izinkan ia berlaku kepada kita semua.
Semoga kita sentiasa menjadikan peristiwa-peristiwa yang ditadbir Tuhan, dalam apa jua urusan kehidupan, sebagai peluang menilai semula iman dan agama kita.
Semuanya ialah peluang membuka semula lembaran baru kefahaman dan perjuangan.


___________________
Doakan saya selamat pulang ke Mesir.
Dari KL ke Kaherah melalui Bahrain pada 20.3.2011, inshaAllah.


3 comments:

  1. Take care & have a safe journey. InshaAllah. Banyakkan berdoa.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, saya akan menyusul. Tolong jengukkan pejabat, ya? Risau.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails