Ada satu pengalaman menarik untuk disaksikan semasa revolusi, juga selepas revolusi di Mesir.
Bermula semasa revolusi tempoh hari ketika semua umat Islam yang berhimpun di Tahrir berjemaah menunaikan solat bersama-sama dengan satu imam, tanpa mengira mazhab, jemaah, dan aliran pemikiran, hinggalah sekarang ini selepas revolusi, Mesir menyaksikan kesatuan golongan kuat Islamis dari Salafi, dan Ikhwan Muslimin.
Arus kuat yang dibawa golongan liberal dan sekular yang semakin jelas menonjol di dalam media Mesir demi menyebar gambaran salah bahawa Mesir akan menjadi 'Iran kedua' (negara agama) jika golongan Islamis memenangi pilihanraya akan datang, menguatkan lagi sebab untuk golongan Islamis ini bersatu bergandingan menentang dan membawa semula kedaulatan ruh Islam di Mesir.
Dalam satu ceramah oleh Dr Raghib As Sarjani yang sempat saya hadiri, saya menyaksikan sendiri kepelbagaian golongan yang hadir mendengar penyampaian beliau, yang makruf dikenali ramai membawa pemikiran Ikhwan dalam ceramah dan penyampaiannya.
Dari golongan berjambang sarat dengan syimagh menutup kepala (gaya Salafi), hinggalah yang berambut panjang dengan pakaian ranggi, semuanya hadir kerana cinta dan inginkan arus Islam yang sejati mengalir semula, tidak dikalahkan oleh arus liberal, dan memainkan peranan dalam pembinaan semula kehidupan di Mesir.

Jadi idea penyatuan umat Islam yang dahulu pernah tampak mustahil, tidaklah mustahil jika begini suasananya.
Jika golongan Islamis kekal jelas di titik mana mereka perlu bergandingan, dan di titik mana mereka perlu saling menghormati perbezaan, pelbagai tindakan ajaib boleh muncul, menundukkan tokoh-tokoh liberal muslim kepada kefahaman Islam yang benar yang jauh dari sangkaan mereka yang buruk.

Benarlah ayat Allah :
"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." [al-kahf : 14]
Ketika pemuda-pemuda Kahfi bangun dan berdiri di hadapan kebatilan dan kezaliman demi membentangkan yang haq, iaitu aqidah yang benar, dan ubudiyyah serta ketaatan kepada Allah, Allah tautkan dan kuatkan hati mereka. Allah kurniakan solidariti yang bernilai kepada kumpulan pemuda ini, hingga mereka sentiasa bersama menempuh semua rintangan, hinggalah Allah memberikan kemenangan.
Barangkali inilah juga hikmah yang dijumpai dalam Revolusi Tahrir.

nice...=)
ReplyDeletesebab tu lah idea penyatuan yang dilontarkan adalah masing-masing buat kerja masing2 dan kembangkan diri masing2 dengan bersungguh2.. akhirnya kesatuan akan terhasil biiznillah..
ReplyDeletejordan punda nk start serious..
ReplyDelete