February 11, 2011

11022011


Revolusi 18 hari di Mesir menggegar juga akhirnya kerusi Mubarak. Lalu turunlah si tua itu dari tampuk.

Rakyat Mesir tentu ramai yang berani bangun dari tidur mereka selepas ini.

Harap-harap semua yang terjadi ada faktor tambah kepada perjuangan dakwah Islam di Mesir. Jangan kita lupa politik Mesir semuanya tercatur, dan yang kita saksikan sekarang ini ialah permainan bonekanya. Entah apa yang boleh terjadi selepas ini. Tapi inshaAllah, dakwah Islam di Mesir akan memanfaatkan apa sekalipun peristiwa yang terjadi demi Islam.

* * *

Hati kecil rasa terkilan. Saat pejuang medan Tahrir melaung lafaz syukur, saya menghulur pasport di lapangan terbang Jeddah untuk pulang ke Malaysia. Segan.


Saya tanamkan tekad untuk tetap mencari semula peluang hidup bersama dalam ruh perjuangan rakyat Mesir. Jika tidak semasa di Malaysia, akan saya tebus bila pulang nanti ke Mesir!


"Bagi Allah segala kemuliaan, dan bagi rasul-Nya, dan bagi orang Mukmin" -Al-Quran-

3 comments:

  1. Apa lagi, suruh pilot tukar arah ke Cairo. Bila sampai Malaysia?

    Cantik tarikh tu. Sehari sebelum ulangtahun syahidnya IHAB.

    Di sini shai arab tak tahu mahu cari di mana.

    ReplyDelete
  2. Tiba di KLIA jam 2.40 pagi 12 Februari 2011. Nak suruh u-turn tak tahu pula si Mubarak tu dah turun. In flight news rosak pulak.

    Ada orang kata Mubarak pilih tarikh tu. Apa signifikan?

    Lain kali bawa balik sekotak kecil 'Arousa pun jadi. Tapi di Jeddah teh Rabe'a boleh tahan juga.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya kalian pulang juga. Lega.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails