20. Keluarga Akid meminta saya membawa mereka pergi ke tempat lain, untuk makan dan lain-lain. Akid mencadangkan City Stars, dan saya bersetuju. Ketika bertanya kepada pihak pengurusan hotel, saya dimarahi, dan diberi amaran agar tidak keluar dan menangguhkan sebarang urusan di luar sehingga esok pagi selepas Subuh. Kata mereka terlalu bahaya, dan jalan semuanya tertutup. Saya jelaskan arah tuju kami, dan saya yakinkan mereka tiada apa-apa akan terjadi, dan sekiranya terdapat bahaya di tengah jalan, saya akan segera berpatah balik.
21. Sebelum bertolak saya sempat bertanya kepada polis yang sedang berkawal tentang jalan mana yang disekat. Dia memberi arahan ringkas tentang jalan yang selamat.
22. Saya meredah jalan menuju ke Ramses berpandukan peta yang diberi oleh pihak hotel. Tidak sampai 2 km dari hotel, di jalan besar Tahrir (Kournish Nil), kelihatan jalan raya ditutup oleh barisan polis dan FRU. Asap berkepul-kepul muncul dari sebalik barisan polis ini. Rupanya kelompok besar orang yang berdemonstrasi berada betul-betul di depan kami. Tembakan canister gas beracun dilepaskan betul-betul di hadapan mata kami, sebelum saya mengambil langkah berani menyusur jalan lain. Malangnya hampir kesemua jalan yang saya tahu secara pasti, sudahpun tersekat oleh polis, dan dipenuhi mereka yang berdemonstrasi.
23. Setelah mencuba pelbagai lorong dan jalan yang tidak diketahui, saya akhirnya tiba di belakang stesen Ahmad Hilmi, Ramses. Kelihatan ramai yang menunggu tremco mundar-mandir di tepi jalan. Tremco hampir-hampir tiada kelihatan ketika itu. Seorang lelaki yang saya tanya kepadanya jalan menuju ke City Stars, kebetulan ingin pergi juga ke sana. Kami akhirnya meneruskan perjalanan ke City Stars dengan panduan arah dari lelaki tersebut. Di sepanjang jalan kelihatan gas beracun dilepaskan, dan mereka yang berdemonstrasi bertempiaran lari sebelum berkumpul semula dan meneruskan demonstrasi.
24. 30 minit kemudian kami tiba di City Stars. Saya tinggalkan ibubapa Akid, dan bersama Akid saya menuju ke Abbasiah untuk mengambil sepupunya di ARMA. Dalam perjalanan dari City Stars ke ARMA hanya satu jalan yang disekat oleh polis dan FRU iaitu jalan utama An-Nasr di hadapan bulatan Rab’ah menuju ke arah Nadi Sikkah. Saya menyusur ke Hayy Saadis sebelum memasuki lebuh Salah Salem dan segera ke kawasan ARMA.
25. Sebelum memasuki simpang kanan di bangunan Taki sempat saya lihat ke arah kawasan Darrasah dan Al-Azhar. Al-Azhar dikhabarkan pada hari sebelumnya sebagai salah satu tempat yang paling utama akan berlakunya demonstrasi . Kelihatan asap hitam berkepul-kepul naik ke udara.
26. Selesai mengambil sepupu Akid di ARMA, saya bergegas semula ke City Stars untuk mengambil ibubapa Akid. Kami menuju ke Restoran Hadhramaut selepas itu untuk makan tengahari dan malam.
27. Melalui televisyen di restoran saya dapat tahu tentera sudah mula mengambil alih peranan menjaga keselamatan di sekitar Tahrir. Rakaman video Al-Jazeera menunjukkan kereta-kereta perisai tentera mula begerak di jalan-jalan utama Tahrir.
28. Kenyataan perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 7 pagi dikeluarkan dan tersiar di televisyen. Ketika menonton maklumat tersebut jam sudahpun menunjukkan 5.30 petang. Kami hanya ada setengah jam untuk terus bergerak ke Tahrir untuk balik ke hotel jika mahu. Saya cadangkan pada Akid untuk keluarganya bermalam sahaja di kawasan Madinat Nasr. Akid bersetuju dan kami segera ke Hotel Maxim di Abbas Aqqad.

Kasihan reporter kita terkandas di Jeddah. Sabarlah ya. Tak apa, terkandas pun di ardun toyyib.
ReplyDelete45 minit dari Tanah Suci dan tidak dapat walau menjejak setapak di lantai putih Masjidil Haram - sangat menyeksa hati.
ReplyDeleteHilang semua semangat menulis.
Bersama-sama saudara sefahaman, dengan nada penuh insaf dan sedar, kami melantunkan syair Ustaz Syed Qutb -'Akhi Anta Hurr'- beramai-ramai. What a perfect place and timing huh?
Allah Maha Menyusun dan Mengatur.
Doakan.
أخي أنت حر وراء السـدود أخي أنت حر بتلـك القيـود
ReplyDeleteإذا كنـت بالله مستعصـمـا فماذا يضيـرك كيـد العبيـد
Semoga Allah permudahkan urusan pulang ke tanah air dengan semangat yang baru.
Sabar ya.