Tahrir (Pusat Bandar), Kaherah. Malam 25 Januari 2011 |
'Domino effect' revolusi di Tunisia yang diramal ramai pengkaji politik nampaknya benar. Ramalan kemungkinan berlaku revolusi di negara-negara Arab rentetan dari apa yang berlaku di Tunisia, yang cuba dinafikan pihak-pihak tertentu, mungkin menjadi suatu yang di luar kawalan mereka.
25 Januari 2011 merupakan hari cuti umum bagi rakyat Mesir, bagi menyambut Hari Polis.
Beberapa kumpulan-kumpulan reformis independen Mesir merancang demonstrasi besar-besaran pada hari tersebut. Bahkan mengikut khabar-khabar dari internet, malam-malam sebelum hari ini sudah wujud beberapa protes kecil di wilayah-wilayah luar Kaherah.
Setakat pada waktu entri ini ditulis, demonstrasi yang berlangsung seharian semalam (dari awal pagi hingga larut malam) belum cukup menggegar. Kematian yang tercatat rasmi tidak lebih dari 5 orang (termasuk polis) dan yang tercedera belum mencapai 100 orang. Polis dan FRU Mesir yang terkenal ganas kelihatan masih 'berlembut' dengan hanya menghujankan gas pemedih mata, memukul dengan cota, dan melepaskan beberapa das tembakan peluru hidup (kata seorang aktivis). Saya yakin Polis dan FRU Mesir boleh menunjukkan prestasi yang lebih hebat, cuma mungkin strategi untuk tidak melayan provokasi aktivis, atau mungkin juga kerana tertekan (mereka perlu bekerja pada hari yang sepatutnya mereka bercuti semalam).
Saya sendiri tidak mampu menjangka sejauh mana demonstrasi ini akan membawa pengaruh kepada lain-lain kebangkitan. Sungguhpun kumpulan reformis independen menamakan hari semalam sebagai 'hari kemarahan' dan 'intifadhah' di Mesir.
Survey peribadi saya terhadap penduduk dan masyarakat awam di sekitar Madinat Nasr (kawasan tempat tinggal saya) mendapati apa yang terjadi di Tahrir (demonstrasi) semalam bukanlah perkara yang ditunggu-tunggu, malah tidak disukai. Seorang pemandu teksi berkata kepada saya : "Kami masyarakat yang terpelajar. Apa perlunya merosakkan dan membuat huru-hara untuk mengubah?". Dan penjaga kedai tempat saya sering membeli roti sarapan berkata : "Apa yang terjadi di Tunisia tak perlu terjadi di sini. Tunisia pemimpinnya jauh lebih teruk dari pemimpin Mesir."
Untuk menyamakan apa yang terjadi di Tahrir, Kaherah, Mesir, dengan apa yang terjadi di Kuala Lumpur dan Lebuhraya KESAS Jalan Kebun pada sekitar tahun 1998-1999, saya sendiri tidak pasti. Yang saya yakin, kebangkitan ini jika benar ia kebangkitan, ia akan menghadapi satu tempoh kebingungan kelak. Kebangkitan ini buat masa ini tidak dipandu oleh mana-mana figur rakyat mahupun pemimpin mereka, berbeza dengan apa yang terjadi di Malaysia.
Tapi masih terlalu awal untuk membuat ramalan. Juga Mesir memang sentiasa menjanjikan kejutan.
Saya akan terus mengikuti dan melihat.
Apa tu cota?
ReplyDeleteApa stand IM tentang isu ni? Ke belum keluar statement lagi, kan.
Jaga diri.
Cota - sebatang kayu/besi yang biasanya digunakan oleh pengawal keselamatan/polis untuk memukul sesiapa yang disyaki berbahaya. Tahap kecederaan terhebat yang boleh terjadi ialah pendarahan dalaman yang sangat teruk, yang membawa kepada kematian (seperti yang dah terjadi pada aktivis demonstrasi semalam).
ReplyDeleteStand IM yang asal tentulah tak sokong revolusi yang huru-hara. Jika pun menyokong, yang disokong ialah hak rakyat berhimpun untuk menyatakan protes dan bantahan secara tidak ganas dan membahayakan. Juga menyokong bantahan rakyat ke atas cengkaman kuku besi regim Mubarak. Secara spesifik tentang 25 Januari belum sempat baca detail. InshaAllah.
Terima kasih atas pesanan. (dorongan untuk melihat lagi dekat ada, tapi betul juga, negara orang macam-macam yang tak disangka).
Oh, terima kasih, tambah vocab. Tapi Bahasa Melayu ke tu?
ReplyDeleteMacam mana kalau orang kata ni kira salah satu bentuk jihad,
"وكلمة الحق عند السلطان الجائر"
Adakah dikira jihad juga buat huru-hara.
Semoga Allah pelihara.
Tentulah bahasa melayu perkataan cota tu. Rasanya umum digunakan perkataan tu.
ReplyDeleteBukan IM pendekatannya Islah? Membina dan tidak meroboh. Adapun jihad berkata yang Haq di hadapan pemerintah, itu memang salah satu objektif. Yang membezakan IM dan gerakan reformasi sosialis (yang kini memimpin arus demo & protes) ialah pemilihan cara melakukan objektif tersebut. Wallahu'alam.
Baru tadi jurucakap rasmi Dr Morsi buat kenyataan rasmi di BBC Arab. Boleh rujuk di laman utama ikhwanonline.
* * *
Dalam keadaan macam ni, jasad mudah dipelihara. Tapi selalunya hati dan perasaan yang bergelora. Siapa yang melalui akan memahami.
أما الثورة فلا يفكر الإخوان المسلمون فيها، ولا يعتمدون عليها، ولا يؤمنون بنفعها ونتائجها، وإن كانوا يصارحون كل حكومة في مصر بأن الحال إذا دامت على هذا المنوال ولم يفكر أولو الأمر في إصلاح عاجل وعلاج سريع لهذه المشاكل، فسيؤدي ذلك حتما إلى ثورة ليست من عمل الإخوان المسلمون ولا من دعوتهم، ولكن من ضغط الظروف ومقتضيات الأحوال، وإهمال مرافق الإصلاح. وليست هذه المشاكل التي تتعقد بمرور الزمن ويستفحل أمرها بمضي الأيام إلا نذيراً من هذه النذر، فليسرع المنقذون بالأعمال.
ReplyDeleteمصدر: حسن البنا مواقف في الدعوة والتربية
-الإخوان والقوة والثورة
Kekuatan jasad itu terhad, kekuatan ruh lah yang mengawal emosi dan jasad.
@ahwah :
ReplyDeleteBagus sekali petikan. Ternyata bukan calang-calang.
Alhamdulillah.
Terima kasih atas perkongsian.
Semoga Allah mengurniakan kemampuan untuk menukar teori kepada amalan.
Bagaimana keadaan di sana?
ReplyDeleteDi Mesir secara umum masih huru-hara, walaupun banyak usaha kerajaan untuk mempamerkan bahawa keadaan semakin sejuk dan reda - supaya para demonstran terpedaya dan berundur.
ReplyDeleteDi Hayyu 'Ashir secara spesifik, kawalan kejiranan sudah semakin longgar. Suasana fizikal masih tidak ubah seperti baru sudah berperang. Bunyi tembak-menembak masih kedengaran sesekali, walaupun tidak pernah melihat sendiri. Bila internet kembali, banyak kedai yang berani membuka semula perniagaan, buat masa ini. Kedai-kedai runcit masih tidak beroperasi, mungkin kerana kehabisan stok dan bekalan. Sumber makanan masih terhad.
Pelajar-pelajar Malaysia rata-rata sibuk memikirkan urusan keluar dari Mesir. Memalukan juga bila memikirkan ramai yang tidak turun bersama berkawal, malah boleh duduk santai tanpa risau, dan kemudian beria mahu dihantar pulang.
Waktu-waktu begini, memang akan terzahir sendiri siapa yang besar jiwa dan perasaannya.
Bersama dengan rakyat Mesir mengharung gelombang kezaliman yang mencengkam sepatutnya adalah satu kemuliaan dan kebanggaan bagi orang Islam di sini.
Hari ini (Khamis) mungkin akan bermula sedikit demi sedikit evakuasi rakyat Malaysia. Ibu mengandung dan pasangan berkeluarga akan diutamakan.
Khabar angin tentang cuti bagi beberapa universiti utama masih tidak dapat disahkan. Harap-harapnya khabar tidak sahih.
أحلى بلد بلدي
أشجع ولد ولدي
يا مصري يا عمري
-أغنية وطنية-
assalamualaikum..
ReplyDeletecuma nak bertanya,apakah pendapat saudara mengenai hukumnya jika seorang permpuan(rakyat mesir sndri) turun menyertai demonstrasi?
dan apa pula hukumnya..wanita2 di malaysia menyertai demonstrasi contohnya yang bakal diadakan di klcc 4 feb ni untuk memberi sokongan kepada rakyat mesir sempena peristiwa ini?..
Di dalam sirah banyak terdapat contoh kisah yang menjadi jawapan kepada soalan saudari. Kisah-kisah yang mencatat peranan Sahabiyyah Rasulullah membantu dan memainkan peranan mereka dalam dakwah dan juga peperangan, sesuai dengan kedudukan dan kehormatan wanita dalam Islam.
ReplyDeleteCuma ambil perhatian, jangan sekadar mengukur dengan melihat peribadi-peribadi mereka sahaja. Keadaan dan tahap kesediaan sahabat-sahabat Rasulullah di sekeliling para wanita ini juga adalah faktor yang besar yang membolehkan mereka berperanan sedemikian.
Jadi bagi perempuan bujang/yang tidak ditemani muhrim/suami perlu sedar ada banyak yang perlu dijaga dalam keterlibatannya demi kepentingan diri dan maruahnya jangka masa panjang.
"Survey peribadi saya terhadap penduduk dan masyarakat awam di sekitar Madinat Nasr (kawasan tempat tinggal saya) mendapati apa yang terjadi di Tahrir (demonstrasi) semalam bukanlah perkara yang ditunggu-tunggu, malah tidak disukai. Seorang pemandu teksi berkata kepada saya : "Kami masyarakat yang terpelajar. Apa perlunya merosakkan dan membuat huru-hara untuk mengubah?". Dan penjaga kedai tempat saya sering membeli roti sarapan berkata : "Apa yang terjadi di Tunisia tak perlu terjadi di sini. Tunisia pemimpinnya jauh lebih teruk dari pemimpin Mesir."
ReplyDeleteHanya segelintir dari penduduk mesir yang merasai bahawa muzaharh ini adlah perkara yang negatif. Mereka yang pro-mubrak ,jahil dan tidak menonton selain Egyptian State Channels sahaja mendapati Demonstrasi ini sebagai perkara yang buruk. dan mereka adalah segelintir sahaja..
Bagi Rakyat yang selebihnya sgt menyokong demonstrasi ini kerana mereka tahu kekerasan yang berlaku bukan dari pihak protesters tetapi dari pihak Pro goverment dan polis yang sekongkong berkomplot dgn Mubarak..
3ala kol al 7al.
Prayers for the Protesters.
Wallahu a3lam