February 04, 2010

Kesenian buku.



أن تجيد القراءة والكتابة, وأن تكثر من المطالعة في رسائل الإخوان وجرائدهم ومجلاتهم ونحوها, وأن تكون لنفسك مكتبةً خاصةً مهما كانت صغيرةً, وأن تتبحر في علمك وفنك إن كنت من أهل الاختصاص, وأن تلم بالشؤون الإسلامية العامة إلمامًا يمكنك من تصورها والحكم عليها حكمًا يتفق مع مقتضيات الفكرة


Di antara kewajiban seorang Al-Akh terhadap akalnya adalah dengan banyak membaca dan produktif dalam membuat tulisan. Semangat membaca dan menulis merupakan stimulus dari wahyu pertama yang termaktub dalam rangkaian surah al-‘Alaq. Kemudian, seorang Al-Akh juga dianjurkan untuk banyak menelaah Risalah-risalah Ikhwan (Risalah Ta’lim, Risalah Jihad dll), surat kabar, tabloid, buletin dan majalah yang diterbitkannya, berusaha sebisa mungkin mengadakan perpustakaan betapapun kecil dan sederhana, sedangkan bagi seorang Al-Akh yang mempunyai peluang, kemampuan dan prospek akademik hendaknya jangan menyia-nyiakan hal itu untuk memperdalam kemampuan akademiknya dan keterampilan ilmiahnya, hal ini ditekankan oleh Allah SWT dalam firmanNya surah at-Taubah : 122.

Dengan segala kemampuan akademik dan wawasan keilmuan yang dimiliki seorang Al-Akh, maka wajiblah baginya untuk memberi perhatian kepada kegiatan keislaman secara umum. Sehingga dapat segera direspon dengan baik bila ada kegiatan da’wah.

-As Syahid Hassan Al-Banna-

* * * *
Pameran buku antarabangsa Kaherah (Cairo International Bookfair) sememangnya di luar jangkaan saya. 7 dewan gah juga beberapa baris panjang bangunan ala-kedai bukanlah satu yang saya bayangkan sebelum pertama kali berkunjung. Entah berapa ratus penerbit dan berapa puluh negara yang terlibat saya tak terkira.
Ramai yang ternanti-nantikan saat ini. Ada yang menyambut dengan perasaan gembira dan tidak sabar. Ada yang menyambut dengan perasaan pening,lantaran tidak tahu apa yang patut dibeli. Dan ada juga yang menyambut tanpa sebarang perasaan. Mungkin tiada bajet, mungkin juga langsung tidak minat dengan buku.


Apa pun, buku, selain dari membina sudut pengetahuan dan intelek, ia sebenarnya satu seni. Menulis buku perlukan seni. Mencetak dan mereka kulit buku perlukan seni. Menjual buku perlukan seni. Memilih buku perlukan seni. Membeli buku perlukan seni. Dan tentu, membaca dan mengambil manfaat dari buku, juga perlukan seni.

Di Mesir, alhamdulillah, budaya menyelami seni buku (dari menulis hinggalah membeli dan membaca) adalah satu budaya yang diraikan, terutama di kalangan pelajar-pelajar asing di Al-Azhar. Muka-muka merekalah yang biasanya memenuhi sudut-sudut gerai pameran, selain dari pakcik-pakcik berjambang lebat berseluar atas buku lali yang datang dari Arab Saudi (saya akui ketegaran mereka membeli kitab-kitab turath). Datang berbondong-bondong sambil menyorong beg besar bagasi, dan pulang mengusung plastik berbagai saiz dan warna,seberat guni beras adakalanya.

Alhamdulillah, saya cuba menggolongkan diri dalam golongan perai budaya seni buku. Dan inspirasi serta motivasi saya, ialah kata-kata yang saya nukilkan di awal entri ini. Juga teman-teman yang ramai menunjukkan contoh yang baik dalam mendalami dan menghargai seni buku ini.

Selalu yang menjadi persoalan (juga alasan sesetengah pihak tidak membeli buku) bagi mereka yang membeli buku : Mampu atau tidak membaca dan memanfaatkan? Atau mungkin manfaatnya sekadar menjadi pemenuh rak dan perhiasan rumah ala-ala tokoh?
Satu persoalan yang agak klise, namun perlu ditangani selayaknya.

Buku adalah medium sebenarnya. Seni buku tidak berakhir pada pembelian. Malah ia tidak berakhir pada pembacaannya sekalipun. Ia hanya menjadi seni yang bermanfaat bila apa yang di dalamnya dibumikan di dunia nyata, di dalam diri pembaca, atau rumahnya, atau komunitinya, atau negaranya, atau malah di peringkat antarabangsa. Seninya tidak berpenghujung dan amat meluas.

Kerana itu, as-Syahid Hassan Al-Banna yang memahami seni ini, mengambil jalan untuk melahirkan seni ini melalui medium lain pada zamannya. Bukan pada tulisan dan kertas semata-mata, tapi melalui medium yang lebih besar manfaatnya kepada dunia nyata dan lebih prioriti pada masanya - peribadi Muslim. Melalui medium ini, seni ini menjadi satu perspektif baru melahirkan fikiran dan ideologi, seperti yang difahami melalui kisah dan sirah Rasul dan sahabat; mereka adalah Al-Quran yang berjalan di muka bumi. Sahabat tidak perlukan penulisan Al-Quran dan Sunnah melainkan sebagai alat bantu,kerana mereka adalah cetakan dan tulisan itu. Satu medium penzahiran fikiran dan ideologi yang tidak difahami orang lain yang hanya bergantung semata-mata kepada medium penulisan dan buku, pada zaman Al-Banna.

Zaman berlalu dan keperluan serta tuntutan berubah. Mungkin pada masa kita ini, medium buku dan penulisan  tidak kurang besar tuntutannya. Namun yang penting, seninya tetap sama. Ia hanya berakhir, apabila isinya dimanfaat dan dibumikan.




2 comments:

  1. Ulasan yg terbaik..penah juga ana terfikir alasan2 yg akh kemukakan..jzkllh membantu diri ini.

    ReplyDelete
  2. berseni tu mmg bgs, cuma kdg2 org terlebih mahir kat seni menyimpan yg lbh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails