July 19, 2009

Kisah Hikayat.

"حكاية الصالحين أحب إلي من الفقه"
"Hikayat/Kisah hidup orang-orang Soleh lebih aku sukai daripada Pengetahuan Fiqh"
"The stories of the righteous people are more beloved to me than Fiqh"

Begitu kata-kata Imam Abu Hanifah, seorang Imam mazhab terkemuka.
Seseorang bertanya kepadanya. "Mengapa?"
Beliau menjawab mudah. "Kerana di dalam itu ada cara hidup orang-orang Soleh ini. Kita boleh melihat bagaimana mereka hidup dengan masalah-masalah mereka."

Saya dengar ini di dalam satu syarahan oleh Suhaib Webb di UIA beberapa hari yang lalu.

* * * *

Semenjak saya mendengar kata-kata ini, ada bermacam-macam perkara yang muncul dari kotak fikir saya. Inferens-inferens yang pelbagai tentang kenyataan ringkas Imam Abu Hanifah ini.

Saya terfikir untuk kongsikan sedikit. Yang lain-lain itu biarlah saya peramkan sehingga masak sebelum saya kongsikan.

  1. Ada beda antara pengetahuan dan ilmu. Salah satunya ada lain dari yang satu lagi. Pengetahuan ialah apa yang minda tahu dan rekod. Boleh disimpan dan dikeluarkan sekiranya ingin memberi tahu. Baca hingga habis, simpan, dan keluarkan semula. Pada batas itu dan tidak lebih. Manakala ilmu terletak melebihi batasan pengetahuan. Kerana ia bukan sekadar satu yang disimpan dan dikeluarkan. Sesudah pengetahuan yang pelbagai disimpan,ia diberi satu penilaian semula (KBKK kata orang), dan pemiliknya membuat satu prinsip atau satu teori sendiri sebelum dinyatakan melalui amalan,gaya hidup,atau perbuatan fizikal. Ini fahaman saya. Barangkali kerana itu orang-orang tua kita sering menyebut kedua-dua ini seiring - ilmu pengetahuan. Dan banyak sekali ayat-ayat Quran yang menjadi asas kepada perkara ini.

  2. Disebabkan itu, pengetahuan Fiqh, atau kemahiran menghabiskan hafalan masalah-masalah fiqh dan menceritakan semula dengan memetik kata-kata ulama', ialah terbatas pada tahap pengetahuan sahaja. Tidaklah saya merendahkan kebanyakan ustaz-ustaz di Malaysia yang sebegini, tetapi tentu sekali dengan pengetahuan saja tidak cukup. Imam Abu Hanifah melihat jelas perkara ini.

  3. Kerana itu, dia menyatakan kecintaannya memahami gaya dan cara hidup orang-orang soleh. Kerana pada hikayat dan kisah hidup mereka terkandung pengetahuan dan juga ilmu tentang Fiqh. Kerana mereka bukan sekadar tahu. Mereka belajar, tahu, berfikir, membuat kajian, mengeluarkan pendapat/fatwa/ijtihad, menghayati, dan menterjemahkan dengan jelas dalam seharian kehidupan mereka. Ini dia orang-orang yang berilmu juga berpengetahuan.

  4. Kesedaran tentang perkara ini boleh membuat satu perubahan besar kepada sesiapa pun. Dan akan membawa kepada kesedaran dan perubahan dalam aspek-aspek selain intelek juga. Misalnya aspek akhlak. Orang yang berilmu pengetahuan tentu sekali akan lebih merendah diri dan bersikap terbuka,berbanding orang yang sekadar berpengetahuan sahaja.

Insya Allah pada kesempatan lain saya kongsikan lagi.

3 comments:

  1. tu r sempit pemikiran orang malaysia....
    ble sbut Islam, yang nampak ilmu fekah sekadar ibadah semata-mata...
    padahal islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan..

    ReplyDelete
  2. ya begitu juga juika pepijat di alam mikroskopik.aspek yang luas!

    ReplyDelete
  3. JUIKA=lihat kamus.jika semua magnet di utara,selatan akan hilang magnet

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails