July 06, 2009

Give Thanks.


Semakin jauh kita melalui kehidupan dunia ini, kita akan dapati semakin ramai insan yang perlu kita balas budi baik dan jasa mereka.
Semakin ramai yang selayaknya menerima ucapan terima kasih dari titik hati terdalam diri kita.

Tempoh hari saya sempat menziarahi semula tempat saya pernah belajar, Ipoh. Sungguhpun tempoh saya di sana sangat sekejap dibandingkan dengan tempat-tempat belajar saya yang lain, cukup untuk membuatkan saya terkedu dengan ramainya yang telah memberi sumbangan kepada perjalanan hidup saya yang kerdil ini.

Saya menghitung-hitung sendiri dalam hati. Dan insan-insan berjasa itu semuanya muncul bersilih ganti. Dari yang memberi sebesar-besar sumbangan hinggalah ke yang sekecil-kecilnya,seperti meminjamkan kereta kepada kami untuk kami berjalan ke sana-sini.

Di hujung imbauan ini saya sedari, bahawa semua insan ini tidak akan muncul dalam hidup saya jika bukan kerana Allah, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Memberi Rezki, tidak berkenan memunculkan mereka semua di hadapan saya.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajaran SMAH Ipoh - 5 Julai 2009

Selayaknya bagi-Nyalah segala syukur, segala puji, dan segala penghargaan.
Makanya, jika kita ingin berterima kasih dan membalas jasa, Allah adalah yang paling layak menerimanya dengan amalan-amalan dan azam tekad kesungguhan memelihara segala pemberian, bukan sekadar lafaz di mulut.
Dan kemudian itu kita panjangkan pula pada semua insan-insan bermakna yang telah dengan izin Allah memberi jasa dalam hidup kita.

Rabbana lakal Hamdu. Rabbana lakal Hamdu.
Subhanallah wa bi Hamdihi. Subhanallah al-'Aziim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails