(Ini bukan tulisan ilmiah. Sekadar penyataan pandangan untuk dibincangkan dan diberi kritikan membina. Jika anda membaca dengan minda kritis, terima kasih daun keladi!)
"Ada facebook?" soal saya.
"Takde. Mengarut je lah." balas rakan saya,mudah.
"Ye ke mengarut?" saya soal semula.
"Benda-benda macam tu semua buang masa je. Tak nampak faedah pun. Apasal tanya? ada ke Facebook?" rakan saya hairan.
"Ada."
"Ha?"
Inovasi media, pro dan kontra
Saya pernah terfikir, satu masa dahulu, semasa masyarakat diperkenalkan dengan suratkhabar, antara media terawal (yang layak digelar media) manusia, apa agaknya reaksi masyarakat Islam ketika itu? Apa reaksi para ulama' ketika itu?
Saya yakin pasti ada segolongan yang risau dengan inovasi suratkhabar ini. Takut dijadikan medan fitnah dan penyebaran propaganda dan hasutan yang tak tentu hala. Sememangnya suratkhabar mampu menyediakan ruang untuk perkara-perkara sebegitu.
Tapi lama-kelamaan umat Islam dan ulama', juga gerakan-gerakan dakwah kelihatannya memberi reaksi positif dengan kehadiran suratkhabar. Bahkan sesetengah akhbar di zaman itu merupakan terbitan mereka sendiri.
Dunia kemudiannya diperkenalkan pula dengan media yang lebih berpengaruh, media suara/audio melalui radio. Disusuli tidak lama selepas itu oleh media yang sangat berkuasa, media suara dan visual melalui televisyen. Saya terfikir lagi. Apa pula reaksi umat Islam dan ulama' pada zaman semua media baru ini diperkenalkan?
Manusia mampu mendengar suara-suara lunak wanita penyanyi di radio dan melihat bermacam-macam perkara yang bercampur halal haramnya di televisyen. Tentu sekali ada yang runsing dengan hadirnya inovasi baru ini ketika itu.
Tetapi juga, lama-kelamaan, kelihatannya perkara ini mampu diterima. Malah kita saksikan sendiri tumbuhnya stesen radio Islam dan stesen televisyen Islam di serata dunia. Hatta imam seperti Sheikh Masyari al-Afaasi punya saluran televisyen sendiri.
Perkembangan inovasi media berterusan, malah semakin rancak selepas itu. Manusia menyaksikan kemunculan satu media baru. Satu revolusi media ketika itu. Internet diperkenalkan. Keluasan dan kemampuan internet yang hampir tiada batasan global menghasilkan pelbagai reaksi dari pelbagai golongan. Golongan ulama' dan pendakwah yang prihatin dengan keadaan umat Islam yang pada ketika ini sangat lemah, rata-ratanya menyatakan kerisauan yang amat dan tidak kurang yang cenderung menasihati manusia menjauhinya, demi kebaikan.
Masa berlalu tidak lama dan keadaan nampaknya berubah. Di seluruh dunia maya berselerak laman-laman kendalian orang Islam, termasuk tokoh-tokoh ulama'. Umat Islam menjadi pengguna yang tidak kurang ramainya kepada pelbagai kemudahan internet.
Ini analisa saya. Analisa ringkas sahaja,tanpa sebarang sandaran statistik. Cuma dari perkembangan inovasi media ini, saya perhatikan kebenaran ayat Allah di dalam surah As-Syams :
" Maka kami ilhamkan kepada jiwa (manusia) jalan kejahatan (untuknya) dan jalan ketaqwaan (untuknya) "
Banyak sekali perkara yang Allah berikan pilihan kepada manusia dalam hidup ini. Dan pilihan ini hukumnya ia berpasangan. Jika satu pilihan membawa keburukan, manusia punya satu lagi pilihan yang memberi kebaikan. Dan sebaliknya.
Hemat saya, perkara seperti inovasi dan penggunaan media termasuk dalam hukum ini. Kita ada pilihan untuk menentukan kesudahannya. Kita tidak terikat untuk terus menolaknya mentah-mentah begitu sahaja.
Biasalah, perkara baru sememangnya mengambil masa untuk diterima. Ini juga satu tabiat biasa bagi manusia. Berlalunya masa,manusia mampu merasionalkan kehadiran perkara baru dalam hidup mereka, dan menerimanya sebagai ahli baru hidup mereka.
Facebook inovasi media?
Ramai yang berpandangan bahawa Facebook dan yang seumpamanya (Twitter misalnya) tidak lain tidak bukan hanyalah satu lagi inovasi 'suka-suka' dalam dunia internet. Buktinya, ramai yang menggunakannya untuk tujuan suka-suka semata (itu pilihan mereka,ada yang tahu menggunakannya dengan betul). Ia tidak dianggap inovasi penting seperti laman web, Youtube, dan blog.
Saya pernah menonton satu rancangan bual bicara di salah satu saluran astro. Tetamu jemputannya ialah Prof Abu Hassan dari Fakulti Media Universiti Malaya (akademis yang sering memberi analisa ilmiah dan tidak stereotaip).
Dia menceritakan bagaimana perkembangan fasa-fasa perkembangan internet di dalam masyarakat. Bermula dengan web bersifat sehala, kemudiannya berkembang menjadi medan berbincang (forum), kemudiannya menjadi medan penyataan pendapat peribadi (blog), hingga akhirnya menjadi medan 'live update' dan komunikasi dan jaringan (network) efektif, melalui Facebook dan Twitter. Tambahnya lagi, kehadiran facebook dan twitter ialah sebagai pelengkap, bagi menyudahkan komuniti global di alam siber.
Seolahnya-olahnya, yang saya faham, jika manusia boleh hidup di alam maya, keperluan untuk hidup di alam tersebut sudah cukup (bayangan ini agak menggerunkan bukan?).
Masyarakat maya juga masyarakat manusia
Ini juga apa yang saya fahami melalui bual bicara tersebut.
Kata Prof Abu Hasan, "Masalahnya kini ialah penggunaan dan kehidupan komuniti ini di dalam masyarakat dan rakyat jauh ke depan,sedangkan Kerajaan masih tidak nampak keperluan kewujudannya di situ. Bila masyarakat yang mendahului di dalam komuniti ini, tentulah masyarakat akan dengan caca-marba menggunakannya menurut persepsi mereka dan tidak wujud limitasi. Kerajaan perlu sedar peranan mereka wujud di sini, bagi memandu persepsi masyarakat terhadap penggunaan inovasi media ini dan menjadikannya faktor efektif memacu pentadbiran ke atas masyarakat.
Rata-rata negara maju sememangnya sudah menjadikan medium Twitter sebagai metode 'live update' di dalam pentadbiran mereka."
Tak perlulah saya panjang-panjangkan lagi kata beliau. Sengaja saya petik bukan kerana pandangan ilmiahnya itu. Saya petik untuk menunjukkan hubungkaitnya dengan apa yang terlintas di benak saya.
Jikalau satu masa nanti (mungkin sekarang di tahap permulaan), majoriti manusia bermuamalah dan bersosial melalui inovasi seperti Facebook, adakah tidak mustahil jika di situ juga perlu ada seruan dan nasihat dari Dai dan Murabbi, sebagai 'kuasa pengimbang' (canggih sangat istilah ini?) dan mengisi peluang-peluang baru yang muncul di situ?
Saya bicara begini apabila melihatkan sudah pun ada ramai tokoh-tokoh Dai Islam yang mengambil pendekatan sebegini. Tidak kurang juga gerakan-gerakan dan organisasi Islam di serata dunia. Mereka menjadikannya wadah penyampaian fikrah serta platform membina penggarapan di dalam masyarakat.
Lalu mengapa saya menulis entri ini?
Saya menulis supaya sesiapa sahaja yang faham Islam dan melibatkan diri dengan inovasi Facebook ini (termasuk saya pastinya) mampu duduk di situ dengan 'basiirah' dan kesedaran akan peranan dan wataknya.
Juga saya menulis buat yang mungkin berpandangan perkara sebegini perlu ditolak sahaja tanpa perlu penilaian lagi kerana jelas sangat 'lagho'nya.
Kalaulah betul analogi saya, situasi ini sama seperti yang digambarkan Syeikh Ahmad Ar-Rasyid menerusi tulisannya di dalam buku 'Al-Muntalaq', di dalam tajuk yang menarik iaitu 'Orang baik yang dibinasakan', dan 'Ahli Ibadah yang bermain-main'.
Isi utama di dalam kedua-dua tajuk itu ialah bagaimana seorang yang faham Islam dan berakhlak serta baik ibadahnya,tetapi mengambil posisi selesa dengan mengasingkan diri dari situasi dan hiruk-pikuk masyarakat serta tidak bersikap sabar untuk bergaul dengan manusia demi memberi nasihat dan peringatan.
Bagi saya situasinya sama bagi golongan kedua penulisan ini ditujukan tadi. Keterasingan seorang Muslim yang mampu menasihat dan menyebar kebaikan dalam komuniti maya ini tentunya tidak memberi apa-apa kebaikan pada dirinya, apatah lagi kepada komuniti maya itu yang hilang panduan dan menanti datangnya 'ubat' kepada jiwa mereka yang sakit.
Tanpa menafikan bahawa ianya bukanlah satu yang mandatori. Kerana buat masa ini, di Malaysia, bukanlah semua orang bergantung hidup pada inovasi media ini. Dan juga tanpa menafikan bahawa menceburkan diri ke dalam komuniti ini semestinya sesudah dia sendiri benar-benar faham dan berakhlak betul. Seperti kata saya, di atas 'basiirah' dan kesedaran penuh.
Yang jelas, perkara ini perlu diberi ruang untuk difikirkan.
Kalau anda sudah larat membaca sampai ke sini, saya minat untuk sudahkan dengan kata-kata ini :
' It's not the strongest of the species that survives, nor the most intelligent, but the most responsive to CHANGE '
(quote credit to Zulalwi Adam)
when the train first introduced in egypt in 1800s, the ulama said that the train was a syaitaan...
ReplyDeletethey never saw that thing before.
salam
ReplyDeleteana dengar facebook ni milik yahudi. dan dilaporkan dia dapat menjana sampai US$300million setahun.
tapi, tu hanya sekadar cakap dengar. ana pun tak ada sebarang bukti..
Allahu a'lam
apa pun, ana setuju dengan pandangan anta. kita kena kuasai segala wasilah yang kita mampu.
fb jadi tempat sebar fitnah
ReplyDeleteungkap rasa tidak puas hati yg tidak bertempat .
dan memburukkan keadaan
in ur face!
bg ana, back to basic spt yg bro syed ckp,
ReplyDelete"Allah mengilhamkan,sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bg yg mensucikannya,merugi bg yg mengotorinya.."
make ur own face!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinsyaAllah suatu hr nnt atau sbntar lg..jika ade seseorang yg bnr2 boleh buktikannya .(take it as challenge)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteDalam Majalah Solusi* Isu 17 ada membincangkan topik "Hukum Berkenaan Facebook" tulisan Ust Zaharuddin Abd. Rahman. Lulusan Universitir Yarmouk Jordan (B.A Usuluddin, M.A Shari'ah) InshaAllah, induksi faktanya tepat dan memuaskan.
Jika berminat, mintalah kenalan rapat mengirimkan majalah itu pada anta.
*Solusi: Majalah Islami yang jelas ideanya dan keluaran pertamanya pada tahun 2009.
Terima kasih maklumkan.
ReplyDeletehttp://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/
Saya sudahpun baca, tapi ini dari blog UZAR.
Yang dalam majalah Solusi sama isinya?
assalamualaikum,hari ni FB menjahanamkan org islam...ari ni berapa ramai org tinggal solat jemaah di masjid sebab FB dan seumpamanya.ari ni berapa ramai muslimah upload gambar pg FB .tdk kira la pakai hijab atau pun tidak.tu da kira memperagakan diri.berapa ramai ari ni fitnah tersebar dari FB dan seumpamanya.ari ni kata nak guna sebagai medium berdakwah tp berapa ramai yg buat.ari ni ramai org wat hukum sendiri guna akal.hari berapa ramai org bazir masa dgn FB...bukan nak burukkan FB tp ni la hakikatnya.skrng kita di jajah guna minda....
ReplyDeleteIsi dan ayat huraian serupa dan sama. Tapi dalam olahan yang lebih teratur dan huraian yang lebih banyak.
ReplyDeleteOh ye. Terima kasih atas link blog tersebut.
ReplyDelete>egg:
ReplyDeleteSuka atau tidak, majoriti masyarakat terutama yang muda, pasti akan tetap menjadi pengguna tegar FB. Daie perlu berhadapan dengan masalah dengan cara mendidik dan bukan menghukum.
Contoh yang baik ialah seperti yang Ust Zaharudin lakukan melalui penulisannya.
Tulisan menarik dan kritis.
ReplyDeleteMenggugah.
Ust Nik Roskiman pun juga pernah menulis tentang FB. Namun antara kupasan yang ringkas dan menarik selain dari entri ini adalah entri saudara Hembusan @ Tawel.
Kesudahannya, kita penentu. Timbang dengan kaedah feqh dalam perkara muamalah / interaksi sosial.
Takde Sesiape ada perasaan untuk boycott ke Facebook?
ReplyDeleteAtaupun buat alternatif (macam Facebook Islamik), kerana ana ada dengar Facebook Yahudi punye dan bukan FB dah kecam Nabi Muhammad?
http://islamic-conscious.blogspot.com
mohon izin publish di wall fB sya...untuk tatapan rakan2 yng lain~
ReplyDeleteterima kasih~
>shezz :
ReplyDeleteSilakan.