December 10, 2008

'Town Boy'

" Hazim, baca mukasurat ni. "

" Ok Ustaz. Ham him hum. Lam lim lum. Kam kim kum. Alaihim. Minkum. "

*Tiba-tiba ada suara bising dari kawan-kawan Hazim di sebelah.

"Shut up dude!"

* * *

" Semua dah salin ke belum apa yang ustaz tulis di whiteboard ni? "

" Sikit lagi ustaz. Ustaz, gambar orang solat tu kena lukis jugak ke? "

" Ye la. Kenapa, Hazim tak pandai ke nak lukis? "

" Tak. Hazim ingat nak lukis Ben 10 je. "

* * *

" Boleh tak ustaz dengar doa yang ustaz suruh hafal semalam? "

" Doa apa ustaz? Doa bad dreams ye?

" Bukan, doa bangun tidur. "

" Alah, Hazim lupa lah. Pukul 10 semalam Hazim tengok Ben 10. Petang ni pukul 5.00 Hazim nak tengok Powerpuff Girl Z pulak. "

* * *

" Kalau masuk syurga kita nak minta apa-apa pun boleh. Hazim nak minta apa kalau masuk syurga nanti? "

" Hazim nak minta tengok tv banyak-banyak dengan minta Hero Matrix boleh tak? "

* * *

Ini dialog dunia sebenar. Kanak-kanak ini semuanya duduk di kawasan perumahan saya. Ya,town boys. Saya sedang kaji mereka ini sambil mengajar al-Quran. Nanti-nanti saya tuliskan hasil pemerhatian saya.

4 comments:

  1. assalamualaikum

    saya juga mengajar alQuran, boleh dikatakan budak bandar juga.
    Boleh kongsi apa lagi yg anta ajar selain membaca alQuran? saya kurang pengalaman dan kadang kala buntu idea

    jazakumullah

    abdullah_rajaa@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Pendekatan yang saya guna ialah pendekatan tarbiyyah. Saya kalau boleh tak nak ajar baca al-quran saja,tapi bagi seronok baca al-quran,dan dapat pengajaran-pengajaran sikit dari Al-Quran.Sebab tu saya cerita juga macam-macam benda lain,eg: kisah2 nabi,kisah2 syurga & neraka,solat,dll.

    ReplyDelete
  3. *Tiba-tiba ada suara bising dari kawan-kawan Hazim di sebelah.

    "Shut up dude!"

    wahwah....
    anak-anak zaman millenium~

    ReplyDelete
  4. Baru habis SPM?
    Jom join KEM LEPASAN SPM SIRI 4, Kem Raudah GOmbak, 26-28 Disember 2008, layari http://www.kemlepasanspm.blogspot.com untuk maklumat lanjut...

    manakala untuk pertanyaan: sila hubungi Saudara Fairul 013 661 6676 atau Saudari Atikah 013 603 9811.

    Sila Sebar2kan kepada adik2, abg2, kakak2, kenalan2 yg baru shj menamatkan SPM 08 ..
    jazakumullah!! barakallahu fikum~ fwd2kn

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails