December 03, 2008

Bintang & Asap.

Seorang photographer veteran sedang bersama dengan sekumpulan photographer baru.
Di atas puncak sebuah bukit. Photoshoot session. Belajar mengambil gambar angkasa dan langit malam.

Sebelum sesi dimulakan, semua yang ada di situ diminta duduk sebentar,dan letakkan semua peralatan di tepi.
Semua perlu belajar guna mata dulu. Sebelum belajar ambil gambar.

"Saya nak awak semua perhatikan langit malam ni, dan beritahu saya apa yang kamu semua nampak. Beritahu saya apa yang paling menarik dan memberi inspirasi kepada anda semua untuk mengambil gambar malam ni." Kata si guru.

Masing-masing mencari 
spot-spot yang sesuai untuk bersendiri, dan melihat ke langit biru pekat malam itu. Malam itu memang bintang-bintang banyak sekali bertaburan. Cahaya sayup berkelip-kelip mencari perhatian. Sang purnama menyepi sendiri di penjuru selatan langit malam.

15 minit kemudian.

"Baik,sekarang, boleh kita sama2 
share apa yang kita dah lihat malam ni?" soal si guru.

Pelajar 1 : Saya berjaya memerhatikan beberapa 
angle yang menarik untuk tangkap gambar purnama malam ni. 

Pelajar 2 : Saya perhatikan langit, biasalah, ada bintang bulan. Lagi penting,malam ni saya perhatikan juga mana tempat menarik untuk pacak tripod saya. (Sambil tersengih bangga.)

Pelajar 3 : 
Underexposure ialah paling bahaya dalam keadaan macam malam ni. Jadi, semasa saya perhatikan langit tadi, saya rasa iso 3200 sahaja yang sesuai. Saya nampak jugak beberapa kawasan berasap,yang lawa untuk menaikkan mood gambar kita malam ni.(muka serius dan professional)

Pelajar 4 : Saya pun perhatikan jugak kawasan berasap tu. Memang sangat sesuai untuk digunakan dalam sesi kita malam ni. Bintang-bintang diiringi asap sayup-sayup je,fuh, memang lawa lah!(sambil berdiri aktif dan menggayakan aksi mengambil gambar)

"Hm.Bagus. Ada lagi yang belum kongsi? Hah, awak, yang pakai baju lengan panjang tu. Tak nak kongsi ke? Senyap dari tadi? Orang lain bukan main bersemangat jalan sana-sini, kongsi idea baik, awak dari tadi saya tengok duduk senyap kat situ. Nak kongsi ke tak nak?" kata si guru.

Pelajar 5 : (suara bernada sayu,ada tangis mengalir di pipi)
"
Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina
.
Itu yang saya lihat malam ini. Terima kasih."


Si guru tertunduk membisu. Yang lain memandang,mendiam seribu bahasa.



Al-Quran berkata : "Maka ambillah pengajaran wahai orang yang MELIHAT".

___________________________________________________________
Saya petik dari photoskool.net. Saya sedang ikhtisas di situ.Ucapan 'bold' itu sebenarnya dari KH Rahmat Abdullah juga.Dalam bukunya. ~musim agaknya..~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails