April 11, 2008

Catatan hujung KLIBF.

Pulang dari PWTC selepas maghrib.
Duduk sahaja dalam komuter mengurut-urut lutut yang longgar.

Kali ke berapa, lupa. Tapi yang pasti sudah beberapa kali ke sana.

Rutin yang sama setiap kali. Meronda-ronda sambil membuat nota dalam kepala, kemudian terus sahaja membeli. Jangan lupa ambil kira prioriti, juga keadaan poket.

Pesta buku tak mungkin akan sunyi dari orang-orang seperti saya. Datang dengan tujuan dan pulang dengan beberapa plastik berbaloi di tangan.






Juga pesta buku tak mungkin sunyi dari pelajar-pelajar sekolah kebangsaan berbaju putih berbondong-bondong turun dari bas lalu beratur panjang di gerai bahan-bahan picisan berupa majalah kecil dan besar termuat penuh gambar-gambar harmoni lelaki dan wanita tanpa hubungan sah berpeluk jua sambil tersenyum tambah dengan yang sewaktu dengannya yang datang dari sebelah sana dunia (baca : barat), juga yang menjual novel 'pop-popan'(kata penulis kritis Faisal) bertajuk indah berisi tiada, lalu pulang dengan hati berbunga-bunga.



Itulah masalahnya.

* * * * *

Habis lenguh leher membaca beratus-ratus judul buku.


(Karya siapakah ini? 53 jilid. Sungguh saya takjub.)

Tak mengapalah, tak dapat beli, baca tajuk pun boleh puas hati.


Paling tidak tahu juga masyarakat kita gemar buku yang bagaimana.



"Tapi kenapa buku-buku di sini takde orang beli ya encik?"

"Oh memang. Buku-buku sini orang macam awak saja yang minat tengok. Itupun awak tengok tajuk saja."



Eh, pandai perli orang.



"Err Ok. Sudah, kalau yang orang suka, mana tempatnya?"

"Awaklah tengok sendiri. Tu, sana tu."



Itulah masalahnya.


~catatan pesta buku 2008 di PWTC. 4-13 April 2008. Khairul Anuar rakan saya exhibitor di sana.~

1 comment:

Related Posts with Thumbnails