August 19, 2007

Cereka Sejarah (edited)


*Buat renung-renungan 'sesiapa' yang faham


Ahmad mengangkat buku usang itu perlahan-lahan. Habuk tebal tak terkata.
Tangan kanan memegang penuh berhati-hati. Tangan kiri mengusap-usap perlahan kulit buku berhabuk tebal.

“KELAS5007 : Satu Penelitian Sejarah”

Alhamdulillah, jelas dapat dibaca lagi tajuknya, getus Ahmad. Dalam kotak fikirnya berenang-renang seribu dua persoalan. Dia semacam pernah terjumpa dengan nama di dalam tajuk itu. Entah bila pernah terbaca sebelum ini. Di mana ya? Macam ternampak baju..bukan..macam ternampak di blog…bukan..macam pernah dengar masa masuk liga bola tampar dulu…bukan…oh,mungkin juga ya, entahlah. Ahmad serabut sekejap.

Tapi yang pasti, ada sesuatu dengan nama ini..kalau tidak, masakan sejarahnya mahu diteliti. Ada apa? Itu tak pasti. Mungkin satu catatan hitam sejarah atau mungkin juga tinta emas dalam sejarah.

Kalau betul yang diteliti ini tinta emas sejarah, berbaloilah membacanya. Pasti cukup enak dinikmati, wanginya pasti cukup menggugah jiwa yang hidup. Sudah tentu banyak pula yang boleh difikir-fikirkan lalu diolah dengan keadaan lalu diamalkan jua sepanjang zaman. Menarik. Segera tangan Ahmad menyelak.

Eh, sekejap.

Kalau yang di dalam ini catatan hitam sejarah, bagaimana? Risau juga. Kalau sudah mula membacanya, pasti mata pun jadi merah-merah lalu otak pula mendidih-didih. Sampai di hati pula pasti nantinya muncul benci, meluat, menyampah, geli, jijik, miang, gatal-gatal, dan entah berapa ribu macam lagi yang duduk bersarang dalam hati. Sudahnya mulut pula tak tertahan duduk senyap, mulalah ia merayap mencari telinga lain untuk dikongsi bersama apa yang ada di sarang hati. Ish, tak eloklah.

Ahmad tinggalkan buku tepi lampu dan beredar pergi.

1 comment:

  1. mungkin aku maih blum terdiri dari golongn "sesiapa y memahami"

    sebab aku tak paham~

    dem!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails