Kata orang, berkongsi perasaan itu baik. Melegakan hati,menenangkan jiwa pula. Baiklah, saya ingin memastikan kebenaran kata-kata itu. Izinkan saya pula yang berkongsi perasaan saya.
******
Tempat letak kereta sudah mula dipenuhi. Saya yang baru sampai setelah 30 minit perjalanan dari rumah, kemudian 30 minit lagi dari Shah Alam pula, segera ditunjukkan tempat memarkir kereta oleh pengawal. (saya bersama dengan beberapa rakan lain.)
Kami disambut oleh para ustaz dan urusetia majlis pada malam itu. Kami dipersilakan masuk terus ke dewan, dan diminta memenuhkan kerusi-kerusi di bahagian hadapan. Dewan agak kondusif, berhawa dingin dan berkerusi empuk bak kerusi tetamu di majlis perkahwinan Raja Nazrin (mungkin?).
Rupa-rupanya kami tiba awal. Majlis belum pun hendak bermula.
15 minit menanti, kedengaran suara-suara menyambut tetamu di pintu masuk dewan. Dari pintu masuk dewan saya dapat lihat beberapa orang asing dipimpin masuk terus ke kerusi di bahagian hadapan saya. Dari ketinggian dan bentuk wajah saya cukup pasti mereka ini datang dari negara-negara di timur tengah. Tidak syak lagi. Pada awalnya hanya 4 orang yang masuk ke dalam dewan, namun tak lama kemudian seorang lagi datang menyusul. Tampak lebih tua berbanding yang lain. Mungkin yang paling tua.
Para hadirin juga kelihatan mula memenuhi segenap ruang dewan hingga terpaksa menggunkan kerusi tambahan, yang mungkin sedikit kurang empuk dari saya. Rezeki saya, dapat duduk di hadapan, dapat pula kerusi yang empuk. Minta-minta tidak mengantuk.
Majlis dimulakan. Kami diperkenalkan dengan tetamu yang hadir pada malam itu. Yang hadir 5 orang tetapi hanya 2 orang yang diperkenalkan. 2 orang itulah yang bakal bercakap sebentar lagi. Pengenalan yang diberikan oleh pengacara majlis agak kaku. Biar saya sendiri yang perkenalkan mereka.
Lelaki pertama yang akan bercakap, Musheer dari Palestin. 31 tahun, beristeri satu, beranak empat. Raut wajah tampak lembut dan tenang. Jambang penuh di pipi dan dagu, tetapi rapi terurus. Ada iras-iras Ahmadinejad, cuma mungkin lebih muda. Gaya seorang professional dan ditemani iman di segenap hati. Sungguh, jika tidak dinyatakan, saya tidak akan tahu yang dia ialah salah seorang ahli parlimen Palestin di bawah kerajaan Hamas, dan merupakan yang paling muda! Saya juga pasti, kiranya tidak diberitahu, pasti saya tidak akan menyangka bahawa dia hidup dalam pelarian, berpindah-randah tidak tentu masa, dek kerana diburu Zionis laknatullah. Katanya sudah beberapa lama begitu, sejak semua jalan masuk ke Gaza (kawasan HAMAS) ditutup belaka. Hati kecil saya kecewa dan kagum sekaligus.
Penyampaiannya dalam bahasa arab fushah, sekali-sekala berloghat Palestin. Banyak perkara yang dijelaskan dan disampaikan olehnya kepada kami, yang saya pasti sangat sukar ditemui dalam media massa (ini akan ada penjelasannya kemudian).
Baru malam itu saya tahu betapa kebejatan yang berlaku di Palestin lantaran kebodohan dan kedegilan parti FATAH. Mereka memperjuangkan idea ‘kesatuan kebangsaan’ yang nyata sekali ditaja oleh Amerika dan sekutunya. Sungguh menjijikkan. Jijik kerana dengan itu, mereka menyangka mereka akan mendapat sokongan daripada rakyat Palestin. Mereka pisahkan pentadbiran Tebing Barat dan Gaza. Di Tebing Barat, mereka mentadbir kononnya dengan penuh jayanya dan memenuhi hak rakyat, yang diwar-warkan sebagai hasil perdamaian mereka dengan Zionis. Di Gaza (di bawah seliaan HAMAS) pula, dibiarkan terkontang-kanting, malah ditekan pula, kononnya supaya tampak HAMAS tidak berdaya menjadi benteng rakyat Palestin.
Namun FATAH seperti yang saya katakan, memang bodoh lagi menjijikkan. Saya mungkin keterlaluan, tapi hakikatnya begitulah. Mereka ini orang Islam yang sangat boleh kita ragui keimanan mereka kepada Allah. Itu yang saya fikirkan.
Mungkin saya terlalu kecewa, kerana HAMAS terpaksa juga memikirkan masalah FATAH yang jahil ini, di samping meneruskan jihad dan penentangan mereka ke atas si penjajah Bumi Suci, Zionis Laknatullah.
Tolonglah, hati saya sudah separuh bersama dengan ikhwah-ikhwah HAMAS.
Nasib baik saudara Musheer tadi berkongsi beberapa perkara yang lain. Sungguhpun menemui kebodohan yang sedemikian rupa, rakyat Palestin cukup bijak untuk tidak menjadi bodoh seperti FATAH. Sukar rakyat Palestin, majoritinya, untuk berdamai dengan mereka yang mengarahkan rumah tempat mereka berkumpul dengan saudara mara penuh kegembiraan diroboh dan dirampas begitu sahaja. Sukar mereka ingin berdamai dengan kaki-kaki yang telah menendang perut-perut mereka yang sarat dengan generasi baru mereka. Sukar mereka ingin berdamai lagi dengan mereka yang telah mengganggu ketenangan mereka berjalan-jalan dan bertahajjud di bawah bumbung Al-Aqsa yang mulia. Tambah lagi, mereka ini sudah cukup terhutang budi dengan HAMAS yang telah memberikan tarbiyyah Islamiyyah kepada mereka hingga mereka mampu tenang malah berbangga menderma darah untuk Bumi Suci. Sukar sekali.
HAMAS cahaya baru mereka. Pada HAMAS ada harapan, ada masa depan, dan ada jalan penyelesaian. HAMAS mendidik anak mereka hingga berbaju raya dengan baju tentera. HAMAS mendidik kaum ibu mereka hingga berlumba-lumba membiarkan anak mereka mati, di jalan Allah pastinya. HAMAS mendidik remaja mereka hingga mereka tidak kenal sama sekali Harry Potter apatah lagi My Chemical Romance.
Saya berbisik berulang kali di hati saya, Ya Tuhan, jadikan aku sebahagian dari mereka.
30 minit berlalu tanpa saya langsung sedari. Sungguh, dari hati saudara Musheer, saya sendiri seolah percaya dan yakin dengan kepahlawanan dan ketekunan HAMAS meyelesaikan masalah kami rakyat Palestin.
Ops, maksud saya, masalah mereka di Palestin. Juga masalah kita saudara mereka di seluruh dunia yang tidak punyai keadaan seperti mereka.
~ (rehat dulu, lelaki kedua sedang membetulkan mikrofon..) ~
soccer jerseys, longchamp, abercrombie and fitch, reebok shoes, ferragamo shoes, herve leger, nike huarache, soccer shoes, mont blanc pens, new balance outlet, north face outlet, ugg soldes, ugg outlet, giuseppe zanotti, wedding dresses, babyliss pro, celine handbags, ghd, instyler ionic styler, barbour, mcm handbags, marc jacobs outlet, hollister, nike trainers, lululemon outlet, beats headphones, mac cosmetics, uggs on sale, roshe run, valentino shoes, vans outlet, chi flat iron, p90x workout, jimmy choo shoes, abercrombie and fitch, birkin bag, uggs outlet, insanity workout, asics shoes, ugg, rolex watches, north face jackets, nfl jerseys, nike roshe, bottega veneta
ReplyDelete