May 23, 2014

Malaysia & Turki (Bangsa, Agama & Sejarah)


Persamaan besar antara Malaysia dan Turki ialah kedua-dua negara ini telah diberikan identitinya oleh bangsa Muslim yang mendiami tanah kedua-dua negara tersebut sejak sekian lama; bangsa Turk & bangsa Melayu. Kedua-dua bangsa ini telah menanam sebuah pohon sejarah bertunjangkan agama dan bersendikan adat bangsa yang gah dan agung di tanah kediaman mereka.

Para bijak pandai tentu faham, identiti negara ini hakikatnya merupakan kunci penentu kepada masa depan negara. Formula pembangunan dan wawasan kemajuan harus dibina di atas identiti ini - pohon ini - dengan penuh cermat dan teliti. Manakala mereka yang cuba merungkai dan meleburkan identiti ini adalah umpama serangga perosak yang sering berusaha menjadikan pohon agung ini lompong isinya, hingga lama-kelamaan rebah tersungkur ke bumi. Demikianlah rakyat di kedua-dua negara ini harus renung-renungkan; MASA DEPAN mereka terkandung di dalam SEJARAH mereka yang unik dan unggul.

Foto hiasan: Bahagian dalam binaan Sultanahmet Camii (Masjid Biru - satu-satunya masjid yang memiliki enam menara di Istanbul) di Turki. Foto ini saya rakam ketika kembara ke sana pada musim sejuk tahun ini.

8 comments:

Related Posts with Thumbnails