Kisah Nabi Musa a.s dan seorang hamba soleh (dikatakan Khidhir a.s) di dalam surah Al-Kahfi mengingatkan dan mengajar kita sebuah hakikat penting di dalam alam ini:
Bahawa ketinggian daya fikir, kehebatan logik akal, dan nilai-nilai universal yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah terbatas ketika ianya berhadapan dengan tabir rahsia Qadar Allah s.w.t.
Siapa yang dapat menerima sampan-sampan dibocorkan begitu sahaja? Siapa yang dapat menerima seorang budak dibunuh begitu sahaja? Ini semua satu penganiayaan! Zalim!
Barangkali di mata kita, seorang manusia, ianya zalim. Tetapi di sisi Allah s.w.t ianya adalah perkara paling adil yang perlu berlaku. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan sekali-kali melakukan kezaliman.
Hari ini banyak yang diminta oleh Allah s.w.t untuk ditunaikan oleh manusia dipandang sinis dan diperkecil-kecilkan. Manusia lupa bahawa dia adalah hamba yang hina di hadapan Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.
Tempelak di dalam kisah Musa a.s seharusnya menyentap seluruh umat Islam. Kita mencari kebahagiaan namun kita mengutamakan logik akal berbanding perintah Tuhan dalam mengejarnya. Hasilnya ialah dunia kini yang semakin melarat dari segenap sudut.
Sesungguhnya Tuhan kita ialah Tuhan. Dia memiliki cara-Nya sendiri dalam mengurus alam yang dimiliki-Nya ini. Yang diminta pada kita ialah secubit kepercayaan kepada-Nya, bahawa Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Itu sahaja.

burberry scarf
ReplyDeletechristian louboutin outlet
canada goose outlet
true religion outlet
tory burch handbags
louis vuitton outlet
louis vuitton outlet
coach factory outlet
christian louboutin uk
cheap ray ban sunglasses
201612.3wengdongdong