Pelbagai senario dan situasi politik di Mesir kini boleh dilihat dengan pelbagai kacamata dan persepsi. Itu hak individu untuk menilai buat dirinya sendiri. Cuma itu semua hanya di darjat wahm/dzon (sangkaan).
Kita mempunyai pilihan untuk menilai dengan sebuah kacamata yang mencapai darjat yaqin, iaitu kacamata rabbani yang diajarkan oleh Allah melalui kefahaman Al-Quran, dan kefahaman Sunnah (termasuk Sirah Nabi s.a.w).
Ribuan artikel, puluhan akhbar yang kita baca untuk kita membina persepsi sama sekali tidak akan memberikan kita kemampuan membina penilaian yang mencapai darjat yaqin. Kesemua itu tidak mampu menandingi rangka penilaian yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
"Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan."
-- Surah Yunus: 36
Hairannya, ada juga manusia yang tertutup matanya dari memahami penilaian senario berasaskan kacamata rabbani, dan berpada dengan penilaian wahmi/dzonni berasaskan kacamata artikel analisis dan akhbar.
Kepada mereka ini, nasihat ringkas saya: kembalilah menelaah isi Al-Quran yang suci, kembalilah menyelak lembaran Sirah Ar-Rasul s.a.w, jadikanlah kedua-duanya sebagai masdar (sumber) utama kita dalam membina penilaian dan menganalisis peristiwa.
Inilah beza besar kita dengan para sosiologis yang tidak diberikan hidayah.

No comments:
Post a Comment