March 17, 2013

Mengunci pertikaian


Semalam ketika kelas bersama Dr Mahmud Abd Rahman, salah seorang pakar Usul Fiqh di Mesir, beliau menerangkan bahawa antara tabiat kaum Yahudi dan Nasrani seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran ialah mempertikaikan pelbagai perkara yang dibawa oleh Islam. Mereka muncul dengan pelbagai persoalan dan pertikaian yang kononnya dinilai pada pandangan mereka sebagai lebih logik.

Namun mereka lupa bahawa yang menyediakan jawapan kepada pertikaian mereka ialah Allah Rabbul Jaliil, yang mengetahui segala rahsia alam. Lalu Allah Yang Maha Agung, menyediakan jawapan kepada pertikaian mereka ini melalui kalam-Nya di dalam Al-Quran. Jawapan Ilahi ini dinyatakan di dalam bentuk hakikat-hakikat dan asal kefahaman terhadap persoalan yang dibangkitkan, kerana jika hendak dilayan satu per satu pertikaian maka nescaya tiadalah hentinya pertikaian mereka. Juga, menjawab pertikaian dengan penerangan hakikat dan penalaan (taujih) kepada sikap serta perasaan, ialah cara menjawab yang lebih mantap dan mampu mematahkan sebarang pertikaian yang tidak berdasar.

Beginilah juga sepatutnya kita sebagai pendakwah moden yang berdepan dengan 'anak-anak & cucu cicit' pemikiran Yahudi dan Nasrani.

Bekal kita dalam berdepan, menjawab, dan mematahkan hujah mereka haruslah bersumberkan Al-Quran, beruslub (cara) dengan uslub Al-Quran, dan mensasarkan sasaran seperti yang diinginkan oleh Al-Quran iaitu kembalinya semua manusia kepada asal pemikiran dan kefahaman menurut fitrah mereka iaitu Islam.

4 comments:

Related Posts with Thumbnails