Perkara-perkara di dalam Islam boleh dilihat daripada dua cara pandang/fikir atau perspektif yang berbeza. Satu perspektif yang benar, dan satu perspektif yang salah.
Sebagai contoh; hijab. Ketika manusia di barat melihat hijab sebagai satu bentuk diskriminasi dan pembatasan hak ke atas wanita untuk berpakaian, manusia yang memahami hijab menurut cara pandang (tasawwur) Islam yang benar menganggap hijab sebagai satu bentuk penghormatan dan penjagaan maruah serta kesucian wanita.
Oleh yang demikian, membetulkan cara pandang/fikir (tasawwur) menurut apa yang selari dengan tabiat asal Islam adalah suatu kewajipan, sebelum lagi kita berbicara tentang apa-apa perkara sekalipun di dalam Islam.
Kegagalan memahami tasawwur dan tabiat asli Islam seringkali akan menyebabkan kita menyimpang di dalam memahami dan berbicara tentang sesuatu. Contohnya perkara seperti dakwah, waqi', siyasah, jihad, tahaluf dan lain-lain perkara yang sedang menjadi trend perbicaraan semasa.
Masalah ini berulang pada setiap zaman. Pasti ada tokoh Islam di setiap zaman yang akan mengajar semula keaslian tasawwur dan tabiat Islam kepada masyarakat, kerana kebarangkalian penyimpangan ini sentiasa wujud. Apatah lagi di zaman masyarakat mudah sekali diserap dengan ajaran salah yang dikehendaki musuh Islam.
Maka saya menasihati semua saudara/saudari :
- Fahamilah sebaiknya tabiat dan tasawwur asal Islam menurut sumbernya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Cubalah sedaya upaya menghampiri kefahaman yang dialami oleh generasi pertama Islam kerana pada merekalah ukuran kefahaman yang paling tepat.
- Ukurlah apa sahaja yang ingin anda bicarakan dengan ukuran menurut tabiat dan tasawwur Islam yang saya sebut di atas, nescaya anda pasti berjaya tiba kepada kebenaran.
Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada menjadi di kalangan mereka yang basah lisan dan perbuatannya dengan perkara-perkara yang 'taafih/تافه' (sia-sia).
soccer jerseys, longchamp, abercrombie and fitch, reebok shoes, ferragamo shoes, herve leger, nike huarache, soccer shoes, mont blanc pens, new balance outlet, north face outlet, ugg soldes, ugg outlet, giuseppe zanotti, wedding dresses, babyliss pro, celine handbags, ghd, instyler ionic styler, barbour, mcm handbags, marc jacobs outlet, hollister, nike trainers, lululemon outlet, beats headphones, mac cosmetics, uggs on sale, roshe run, valentino shoes, vans outlet, chi flat iron, p90x workout, jimmy choo shoes, abercrombie and fitch, birkin bag, uggs outlet, insanity workout, asics shoes, ugg, rolex watches, north face jackets, nfl jerseys, nike roshe, bottega veneta
ReplyDelete