August 21, 2010

Zikrayat Ramadhan.

Mesahharati (tukang kejut sahur)


"Saat anak bulannya menampakkan diri,
Mengingatkan daku berbagai memori dan kenangan,
Umurku berlalu, dan ia sentiasa bertakhta di hatiku."

Begitulah secara kasar terjemahan lirik lagu 'Ramadhan' nyanyian Hesham 'Abbas, seorang artis di Mesir.

Ramadhan bagi para penduduk Mesir ialah sepertimana Syawal bagi para penduduk Malaysia.

Ia dinanti-nanti dan disambut semeriahnya.
Segala-galanya akan berubah dan disusun semula khas kerananya. Waktu bekerja, tayangan rancangan-rancangan TV menarik, bahkan hingga waktu dan jam malahan diubah.
Masakan-masakan enak dan kuih-muih serta manisan akan mula dijual dan terhidang di rumah-rumah yang sentiasa dikunjungi tetamu saat berbuka.

Dan seperti nilai sentimental dan kenangan yang ada pada bulan Syawal mengulit penduduk di Malaysia, begitulah juga bulan Ramadhan mengulit penduduk di Mesir.

Jika Syawal bagi orang Malaysia sinonim dengan balik kampung, ketupat lemang, bunga api, dan duit raya, maka Ramadhan bagi orang Mesir juga punya sinonimnya tersendiri. Fanoos (umpama tanglung), Qatayef dan Kunafa (lempeng & manisan), Mesahharati (tukang kejut sahur), Maidah Ar-Rahmaan (hidangan berbuka di masjid & jalanan), adalah 'zikrayat' (kenangan & memori) bagi orang Mesir.

Tidak hairan begini Ramadhan di Mesir, dan begitu Syawal di Malaysia.
Nampaknya yang menghidupkan bulan-bulan ini sekarang ialah adat dan tradisi. Adat dan tradisi telah mengatasi iman dan agama dalam soal menghidupkan bulan-bulan ini. Ya, ada yang baik. Tapi jika tidak pernah difahami apa sandarannya dalam agama apa gunanya.

Semoga umat Islam kembali hidup dalam bulan-bulan ini atas ruh dan semangat yang asli dan sejati.

4 comments:

Related Posts with Thumbnails