June 15, 2010

Tak mampu bernafas!



Kecoh seketika Mesir apabila tersiar secara rasmi di dada akhbar dan media tentang kisah pembunuhan Khaled Saeed.

Khaled Saeed seorang pemuda biasa berumur 28 tahun, dipercayai mati akibat pukulan dan hentakan kuat, sehingga mengalami kecederaan yang kritikal di bahagian dada, belakang, dan tengkorak yang hancur sebahagiannya.

Beliau ditahan 2 orang polis berpakaian biasa di kafe siber di Iskandariah, dan cuba disoal siasat serta diminta kad identiti, sebelum dibawa ke tempat lain dan dicederakan secara brutal.

Kerana apa?




Hanya kerana beliau bertanya mengapa perlu kad identitinya diserahkan kepada 2 orang polis berpakaian biasa tersebut. Mengikut sumber lain, beliau juga dikatakan memiliki video yang menunjukkan penglibatan polis dalam urusniaga dadah.

Kes ini merupakan satu dari mungkin beribu-ribu kes yang hampir serupa terjadi di Mesir. Cuma kali ini, kisahnya terbocor kepada umum, lalu mengakibatkan tindakbalas ramai membantah dan mengecam institusi Polis dan Kementerian Dalaman Mesir.

Dan kisah ini juga buat saya teringat perbualan singkat saya dengan seorang pelajar Kuliah Usuluddin Al-Azhar (pelajar Mesir), ketika saya berjalan-jalan melihat manusia di sekitar masjid Al-Azhar.

"Awak dari mana?"

"Saya dari Malaysia."

"Ahsan naas (manusia paling baik - ungkapan biasa orang Mesir kepada orang Malaysia)" balas beliau sambil tersenyum, menampakkan set gigi lazim Mesir yang terkesan dengan teh pekat mereka.

"Anda orang Mesir lebih baik dari kami," saya bermain kata.

"Tidak, kamu semua orang-orang bertuah. Pulang ke negara kamu nanti jangan sia-siakan peluang dan keamanan negara kamu untuk berdakwah. Kami di sini, tak mampu nak bernafas pun!"

Sebak hati saya. Bercampur baur perasaan simpati dan geram.

Simpati dan geram dengan aset tak ternilai yang dimiliki Mesir pada iman para pemudanya, dan ketinggian ilmu para ulama'nya, yang sengaja dibiarkan oleh rejim kerajaan, supaya mereka boleh terus mengulit kesenangan memberi perintah, dan mengaut keuntungan negara.

Semoga jadi cabaran buat kita yang bertuah, seperti kata mereka. Selamat beramal.

2 comments:

  1. kadang2,rasa macam nak duduk je mesir smpi dpt jadi mcm pemuda2 mesir yang disebutkan.

    ReplyDelete
  2. Anas : 6 tahun, manfaatkan. :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails