June 03, 2010

Kesamaan Mutlak : Kebosanan.


Letih, seharian suntuk bergelumang dengan puluhan mazhab, ratusan pendapat dan dalil, demi menjawab 4 soalan dalam satu muka, bagi subjek Fiqh Perbandingan.

Tapi seronok. Dan mendidik kreativiti.

Itulah rupanya hakikat membuat perbandingan, baik antara mazhab-mazhab dalam agama Islam, mahupun antara mana-mana perkara yang perlukan perbandingan dan melibatkan perbezaan dan kepelbagaian.




Di sebalik persepsi awal oleh ramai pelajar yang mempelajari Fiqh Perbandingan, iaitu kesulitan dan kerumitan, ternyata di sebalik warna-warni pendapat, subjek ini banyak mengajar makna tersirat.

Ia tergambar oleh satu ayat mudah : Kepelbagaian Adalah Keindahan.
Walaupun mudah dilafaz tapi sukar, amat sukar dicerna dan diterjemah ke dalam hidup nyata sehari-harian.

Itulah yang saya dapat cernakan di sebalik buku setebal 500 muka karangan pensyarah saya, Dr Sa'dudin Hilali.
  1. Indahnya penghayatan agama di zaman Rasulullah kerana timbulnya kepelbagaian dalam solusi Fiqh bagi masalah harian.
  2. Indahnya suasana keilmuan di zaman keemasan Islam kerana timbulnya kepelbagaian dalam membuat pemerhatian, dalam suasana penuh penghormatan.
  3. Indahnya suasana berjihad di zaman pembukaan Islam kerana timbulnya kepelbagaian dalam usaha membuka kota-kota yang pelbagai dengan strategi yang pelbagai.
  4. Indahnya suasana kebangkitan Islam pasca-khilafah kerana timbulnya kepelbagaian dalam aliran membaiki kondisi masyarakat, sesuai dengan kepelbagaian masalah dalam masyarakat.
Lalu mengapa tidak kita pindahkan keindahan dalam kepelbagaian ini kepada hidup kita, dari sekecil-kecil urusan (anda dan teman baik anda seumpamanya) hinggalah kepada sebesar-besar urusan? (terpulang apa yang anda tafsirkan besar)

Sudah banyak contoh yang Allah tunjukkan. Kepelbagaian hidupan dalam satu alam. Bukan itu keindahan?

Semoga bermanfaat. Selamat mempelbagaikan (dengan kefahaman).

3 comments:

  1. tetapi adakah apabila wujudnya "ra'yu rajih" maka ianya menafikan akan "kepelbagaian"?

    ReplyDelete
  2. Untuk itu, rasanya memadai dengan tulisan yang satu ini:

    http://brat-mikrajovic.blogspot.com/2009/12/perbandingan-pendapat.html

    Setuju?

    ReplyDelete
  3. rasanya kurang tepat.. sbb dalam kata2 dr tu adalah tentang isu taasub mazhab.. tapi dalam perkara ini ra'yu rajih itu adalah ulama fiqh yang mengumpulkan segala pandangan ulama2 muktabar kemudian di "rad dan munaqashahkan" setiap pendapat.. bagaimana?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails