"It must be borne in mind that any reform should not ignore traditions, tenets, and fundamental principles" --Za'ba
April 25, 2010
My Name Is Khan.
Saya langsung tidak bercadang untuk mengulas walau sepatah tentang filem ini, pada asalnya. Tapi berbuat sedemikian, ialah satu penafian terhadap hak filem ini daripada saya, yang telah saya soroti dengan penuh teliti dari awal hingga akhir.
Maka, saya turunkan juga beberapa pemerhatian dan analisa ringkas, sejujurnya.
1. Menonton filem bagi saya bukanlah satu perkara yang melalaikan. Tetapi banyak syarat yang perlu dilepasi oleh filem itu sendiri, dan juga penontonnya, untuk menjadikan ia sedemikian rupa. Bagi saya, menonton filem dan membaca novel ialah umpama membaca dan memahami berjuta perkara yang sukar difahami melalui tulisan dan kata-kata biasa. (Jika lulus syarat-syaratnya)
2. Secara teknikal, filem ini layak menerima pujian. Saya seorang peminat fotografi dan sinematografi, dan saya mengakui, saya kagum dengan permainan sinematografi dalam filem ini. Saya juga seorang peminat penulisan skrip dan jalan cerita, dan saya mengakui jalan cerita dan pelakonnya, walau agak klise sekali-sekala, namun mempunyai kekuatan memaut emosi dan pemikiran sehingga ke penghujungnya. Saya kira unsur 'berlebih-lebihan' pada plot-plot yang memainkan emosi boleh dimaafkan memandangkan niat kumpulan penghasil filem ini ialah untuk menembus masuk lapangan filem Hollywood.
3. Secara asasnya, filem ini dilatari oleh latar tempat di Amerika, dan latar masa sebelum dan sesudah peristiwa pengeboman WTC (9/11). Filem ini sedaya upaya mengisarkan mesejnya iaitu kepentingan toleransi dan kedamaian sesama manusia tanpa mengira agama, dan Islam bukan agama terrorisme, melalui watak utamanya - Rizvan Khan - seorang Muslim. Kesemuanya ditonjolkan dari babak ke babak di dalam filem ini. Yang paling menonjol ialah saat Khan berkahwin dengan seorang wanita Hindu, saat Khan melaporkan kepada FBI tentang sebuah kumpulan Islam radikal, dan saat Khan membantu sebuah komuniti kecil Kristian yang ditimpa bencana alam. Kesemuanya dimunculkan dalam rangka perjalanan Khan menemui Presiden Amerika untuk melafazkan ayat : "My Name Is Khan, and I'm not a terrorist".
4. Kritik saya pada dua perkara utama. Dan ini semata-mata menurut hemat dan ilmu saya yang amat terbatas. Pertama, dari mesej keseluruhan filem ini, iaitu yang seharusnya menjadi pertimbangan ialah baik dan buruk semata-mata, merentasi batas agama dan bangsa. Jika mahukan Islam kembali diterima maka kita harus meletakkan Islam setara dengan agama lain, dan menjadikan baik buruk sebagai ukuran. Mengapa? Kerana manusia inginkan kebahagiaan. Itu mesej utama filem ini. Mesej ini walau mungkin halus, ia berbau kuat faham Liberalisme. Sama seperti apa yang akan kita dapati dalam filem-filem Yasmin Ahmad.
5. Saya amat bersetuju bahawa apa yang manusia sesungguhnya inginkan ialah kebahagiaan hidup. Tindakbalas mentah kepada keinginan ini ialah melakukan apa yang baik dan meninggalkan apa yang buruk, pada fikiran mereka. Di sini Islam datang membetulkan. Baik buruk yang mampu memberikan kebahagiaan kepada manusia ialah hanya seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dan Islam sememangnya diturunkan untuk memberi kebahagiaan buat manusia bukan setakat di dunia, malah hingga ke akhirat. Maka itu, tidak ada celanya menganggap ajaran Islam ajaran yang lebih baik dari ajaran-ajaran lain. Malah dengan bersungguh membelanya dan mengajak kepadanya bererti mengajak dan membuka jalan kebahagiaan kepada umat manusia di seluruh dunia.
6. Rentetan dari itu, beberapa hukum-hakam Fiqh terabai di dalam filem ini, lantaran memberi ruang toleransi tanpa batas. Contoh yang paling ketara ialah perkahwinan Khan dengan Mandira, seorang janda Hindu, yang kekal Hindu hingga ke penghujung filem. Yang diubah hanya 'last name' nya sahaja, ditambah menjadi Khan, mengikut adat Barat. Walaupun Khan ditonjolkan amat prihatin dengan sisi ibadah khusus, pengabaiannya terhadap hukum perkahwinan Islam telah mencacatkan kefahaman Islam sebagai sebuah agama yang sempurna. Seolah-olah, Islam tidak menitik-beratkan soal agama dalam hubungan suami isteri, dan untuk cinta yang berkekalan, agama tidak harus dijadikan sempadan. Ini sama sekali tidak sesuai, dan ini juga merupakan kritik kedua saya.
7. Oleh itu, tidak keterlaluanlah kiranya saya katakan bahawa filem ini mungkin tercipta dengan niat dan matlamat yang baik, namun dengan kaedah dan kefahaman Islam yang mengecewakan. Tambah mendukacitakan, sekiranya ia malahan membuka jalan-jalan baru kepada kefahaman yang lebih pincang daripada Islamophobia, iaitu faham Liberalisme. Ada kemungkinan inilah yang ditunggu-tunggu oleh musuh Islam selepas berjaya menjadikan Islam ditakuti. Kini mereka mahu identiti Islam itu sendiri hilang sepenuhnya.
8. Di sebalik semua kritikan saya terhadap filem ini, saya mengakui bahawa bukanlah bermakna dengan wujudnya elemen hodoh dalam filem ini,elemen yang indah dibuang begitu sahaja. Ternyata, banyak juga perkara baik yang berjaya dizahirkan, seperti contohnya sikap Khan yang amat memelihara solatnya, menerusi jawapannya : "Prayer should never depend upon the place or the people, it should only depend on your belief". Saya teringat kata-kata yang pernah ditulis oleh seorang ustaz : dalam keadaan Islam sebegini lemah, semua usaha baik untuk Islam perlu kita raikan terlebih dahulu. Kita tidak harus terus menolak sesuatu secara keseluruhan hanya kerana ada padanya kecacatan tertentu, dan menafikan kebaikan lain yang ada. Siapa tahu, mungkin ada manusia yang akhirnya mati dengan bibir mengucap syahadah, dan pintu hidayahnya dahulu ialah filem ini?
9. Bagi saya, secara kesimpulan, kelahiran filem sebegini menuntut sesiapa yang lebih faham tentang Islam melakukan dua perkara : Membina kefahaman yang benar dan sempurna tentang Islam dan masa depannya di dalam masyarakat, serta menongkah arus liberalisasi agama yang mengganas dengan cara menawarkan alternatif yang lebih tepat dan sempurna kepada masyarakat, melalui medium yang sama - filem.
Akhir kata, jangan lupa, Khan cara sebutannya bukan Kan. Sebut dari halkum, Khan~.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmm...
ReplyDeleteUlasan yg cukup menarik! En. Kan, eh! Khan membawa watak sebagai seorang "Autism" boleh dikatakan menjadi.
Walau bagaimanapun, kalau tak silap, ketika disuruh ambil kembali wangnya, En. Khan berkata kurang lebih begini "Kalau begitu, berilah kepada anak-anak yg muslim"
Ya, filem ini akan mengelirukan jika dipandang dari sudut kekeluargaan. Persoalannya, jika bapa dan ibu berlainan agama, lalu anaknya akan mengikuti siapa?
Mungkin pada awalnya mereka boleh bertolak ansur, tapi percayalah, apa yg terpendam dlm hati itu akhirnya akan tersembur keluar.
Wassalam..
Tak dia tak kata "bagi kepada anak-anak muslim".
ReplyDeleteDia kata "bagi pada anak-anak yang bukan kristian."
:-)
love the critics and comments.
ReplyDeletebtw,theres another movie, "shoot on sight"
kalau ada masa,cuba tengok cerita ni. more or less theres d same issue also.
Hah, betul la tu! maaf, saya salah tangkap :)
ReplyDeletehttp://mujaddidun.amrkhaled.net/candidate.php?id=MzQ=
ReplyDeletehow this film changed her life.
Yes it changed her life, but again, unfortunately, she had taken it in a wrong way.
ReplyDeleteServing the greater good is a good idea physically, but we firstly need to clarify : Is what we consider 'the greater good' is the greater good?
Failure to understand which maslahat is greater will eventually lead to many more disasters.
I'm thinking of translating my article,so it benefits more. Pray for me.
And shukran!
Teringat pulak cerita melayu p ramlee bila di tulis 'sebutan dari halkum'.....
ReplyDelete"bukan bangau pakcik....bongo...di sini (tunjuk pd halkum)....oo...bukan di sini? di sini? bonggooo....
mesti dah tangkap cite ape.
Anyway....ulasan yg.....panjang!
Teringat pulak cerita melayu p ramlee bila di tulis 'sebutan dari halkum'.....
ReplyDelete"bukan bangau pakcik....bongo...di sini (tunjuk pd halkum)....oo...bukan di sini? di sini? bonggooo....
mesti dah tangkap cite ape.
Anyway....ulasan yg.....panjang!
nape lps no 6 patu 7 patu 6 balik patu 7 balik?all de best
ReplyDeleteHehe, tak perasan pulak.
ReplyDeleteTerima kasih Waqi.
ReplyDeletehttp://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-16.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-15.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-14.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-13.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-12.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-11.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-10.html
http://www.prokr.net/2016/09/get-rid-of-cockroaches-9.html