Ini hanya untuk kenang-kenangan saya sahaja ya. Saya tiada komen. Dipetik dari laman berita Bernama.
Pendidikan Agama Mampu Bersaing Dengan Pendidikan Arus Perdana - Jakim
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pendidikan agama hari ini telah diakui mampu bersaing dengan bidang ilmu lain dalam arus perdana pendidikan negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Katanya peningkatan mutu pendidikan agama, kurikulum yang seragam serta sijil peperiksaan standard boleh menjadi pilihan utama kepada ibu bapa mendaftar anak masing-masing mengikuti aliran itu.
"Jakim sentiasa meneliti prospek dan hala tuju lepasan Sijil Tingga Agama Malaysia (STAM) dan graduan pengajian Islam bagi memastikan pendidikan yang mereka milik tidak berakhir setakat di sekolah atau universiti sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan STAM dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) (UPPK) peringkat Kebangsaan 2009 di sini malam ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Othman Mustafa.
Wan Mohamad berkata lepasan STAM mampu memperolehi pekerjaan yan baik dan setaraf dengan kelulusan yang mereka perolehi dan berharap mampu mentadbir urus negara dalam urusan hal ehwal Islam pada masa akan datang.
Pada masa sama, beliau menasihatkan pelajar aliran agama supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan unsur-unsur yang tidak sihat seperti ajaran sesat, kumpulan militan, anti kemajuan dan sebagainya di dalam dan luar negara yang boleh membawa kegagalan dalam pelajaran mereka.
"Rebutlah dan gunakan peluang yang ada untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara agar masyarakat dapat menilai keberkesanan pendidikan agama dalam melahirkan pelajar model terbaik kepada pelajar lain," katanya.
Sementara itu, pada majlis itu, pelajar dari Madrasah Al-Hidayah Ad Diniah, Balik Pulau, Pulau Pinang, Nur Athirah Ahmad Suhaimi,12, memenangi Anugerah Utama UPKK 2008.
Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim, 21, dari Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak adalah pemenang dalam Anugerah Utama STAM 2008.
-- BERNAMA
tahniah abg syed
ReplyDeleteSyed Ahmad Israa' Syed Ibrahim, 21, dari Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak adalah pemenang dalam Anugerah Utama STAM 2008.
ReplyDeletepart paling penting dlm artikel. hoho. mabruk2.
ingatkan cerita pasal pengiktirafan orang terhadap bidang agame.. rupenye orang iktiraf die terbaik STAM08.. heh....
ReplyDeleteni nama dia ambigous post.
ReplyDeletehehe..so-called.
link dari portal JAKIM : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4148
ReplyDelete