August 15, 2009

"Kenegaraan!"

Seorang Muslim yang bersikap benar dengan Islam dan Imannya, tidak akan mampu menafikan fitrah kecintaannya kepada tanah airnya. Tanah air yang difahaminya melalui penghayatan Syahadah.

Dan seorang muslim itu juga tahu dan pasti, bahawa baginya, kesempurnaan Islam dalam dirinya merangkumi cintanya kepada Syahadahnya, tanah airnya, dan perjuangan memartabatkan nilai dan kandungan Syahadah di tanah airnya.

Maka itu, dia tentunya bercita-cita mempertahankan tanah air Syahadahnya, dan memelihara warisan perjuangan generasi awal yang juga bertunjang Syahadah di tanah airnya.

Itu adalah kerangka yang benar bagi seorang Muslim yang benar dengan Islam dan Imannya.
Segala yang lain dari itu hanyalah pandangan, perspektif, persepsi, lontaran idea, dan luahan emosi yang mungkin layak difikirkan atau juga layak ditongsampahkan sama sekali.

___________________________

Kursus Kenegaraan Mahasiswa Tajaan Ke Luar Negara
Kem Tg Rhu Sepang
10-14 Ogos 2009


3 comments:

  1. cuba lihat video ni... nampak seolah2 bercanggah dgn pandangan saudara http://www.youtube.com/watch?v=06VHmv2KU4A&eurl

    ReplyDelete
  2. Saya dah lihat video itu.

    Boleh jelaskan mana point yang bercanggah?

    InsyaAllah saya cuba jelaskan apa yang saya faham.

    ReplyDelete
  3. peserta kursus..!!
    kenegaraan..!!
    salam..
    jelas la apa yg anta tulis x perlu taip bnyk2..hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails