1.
Pernah murabbi saya berkata :"Daie di Malaysia yang belajar agama, akan datang perlu lebih kuat penguasaan ilmunya,hingga dia mampu menonjol di dalam masyarakat dengan kemampuannya menerangkan agama ini dengan jelas dan disenangi, lalu dengan itu dia berupaya membawa dakwah ini pergi lebih jauh dan lebih menyentuh hati pelbagai jenis golongan masyarakat di hadapannya."
Bagi saya itu bukan pilihan. Itu satu yang mesti saya lakukan dan realisasikan satu masa nanti.
Jadi buat masa ini, saya sedang siapkan diri dengan kunci ke arah penguasaan tersebut : Bahasa. Lebih tepat, Bahasa Arab.
Ada yang bertanya : Bahasa arab,hm,perlu lagi ke pemantapan? Rasanya tengok keputusan peperiksaan,bukan setakat meyakinkan,cemerlang malahan.
Saya menjawab : Peperiksaan langsung tak menandakan nilai sebenar penguasaan bahasa kita. Bahasa bukan teori yang kaku yang perlu dihafal semata. Ia satu budaya yang hidup dan wujud untuk dipraktikkan. Jika ia bukan budaya kita, dipraktikkan pun tidak, kita adalah orang asing bagi bahasa tersebut.
Alhamdulillah,kelas saya sekarang menjuruskan saya ke arah budaya dan praktis.
Moga-moga Allah redha, dan kurniakan kunci ilmu ini, lalu saya guna pula untuk membuka pintu-pintu gedung ilmu yang menanti, dan siap sedia untuk 'merasai' dan mengamalkan.
2.
Pernah juga murabbi saya berkata:
"Akan datang, sama sekali tidak cukup bagi seorang murabbi mempunyai satu dua sahaja bakat/kemampuan dalam bidang-bidang lain. Masyarakat pelbagai ragam dan kecenderungannya. Kalau hanya mahir bermain bola, jangan sangka kita mampu untuk membawa lebih ramai manusia. Murabbi akan datang perlu punya 'syumul ihtimaam', guna dia mampu memberi taujihat dan pendapat yang lebih tepat bila pelbagai masalah dirujuk oleh mad'unya, juga dia mampu membina medan amal yang lebih luas dengan kemahiran dan pengetahuan,bukan sekadar semangat dan fikrah."
Saya sedar kecenderungan saya yang tinggi dalam seni. Saya pernah terlibat dan duduk dalam beberapa medan berunsur seni dan kreativiti.
Cuma saya pernah ragu-ragu dengan kecenderungan tersebut. Bimbang sebenarnya. Kalau-kalau kecenderungan itu tidak sikit pun memberi manfaat kepada pembaikan diri saya, dan membantu dakwah. Atau mungkin lebih menjauhkan dan merosakkan. Saya bimbang benar.
Alhamdulillah, saya diberi faham, seperti apa yang murabbi saya pernah katakan. Apa pun bakat juga kemahiran tidak layak disia-siakan dengan meninggalkannya, atau menggunakannya pada tempat yang tidak sepatutnya.
Maka itu, saat ini, saya kira saya punya sedikit masa lapang yang cukup untuk saya fahami dan kembangkan apa yang saya mahir. Saya belajar untuk tingkatkan kualitinya, dan menyalurkan kualiti dan kemahiran tersebut demi manfaat dakwah.
Khususnya, saya sedang memberi tumpuan dalam bidang grafik dan media. Alhamdulillah, saya punya medan dalam organisasi dakwah untuk menyalurkannya. Mungkin terpaksa 'berkawan rapat' dengan laptop saya lebih sedikit buat masa ini, tapi saya tahu ke mana tujunya.
Moga-moga Allah redha, dan izinkan diri saya sepenuhnya bermanfaat kepada dakwah dan umat Islam.
3.
Dalam kesibukan antara dua perkara tesebut, tentunya perkara-perkara asasi lain - diri juga orang lain - harus terus meningkat kualitinya. Penat,susah, ya, bohonglah kalau tidak susah. Lebih-lebih bila tiada bi'ah yang sebenar. Tapi usaha terus-lah. Allah akan nilai usaha kita insyaAllah.
Jalan ini masih panjang. Musafir kita masih jauh. Moga-moga kita punya bekalan, dan terus mengumpul bekalan.
Ya Allah, pandulah kami.
1 Mac 09.
Wah. sudah Mac?
Sama, ana pun minat seni. Astafid minka hina, insyaAllah. Yaguz?
ReplyDeletesubhanallah.
ReplyDeletefikrah yang jelas. moga tak terkandas di tengah jalan.
Syeikh, doakan kami di sini istiqamah.Lagi-lagi zaman dah berubah. Cabaran dah berubah.
Assalamualaikum syeikh.
sentiasa mengikuti artikel demi artikel yang dicoretkan :)
ReplyDeleteinsya allah ud'uka an-najah fi STAM..
insyaallah..byk gunanyer multimedia nih..
ReplyDeleteana menanti di Mesir:)