December 14, 2008

Surat Terbuka seorang Guru Muda (siri 1)

Segala puji itu hanya buat Tuhan Maha Kuasa,Tuhan Yang Mengatur hidup manusia,akhirat dan dunia. 
Segala selawat juga salam sejahtera buat Penghulu segala anbia', Panglima segala mujahid, Guru segala manusia, Muhammad nabi Allah yang Mustafa. Ke atas seluruh keluarganya dan para pendampingnya dari zamannya sehingga kepada semua yang menurut jalannya.
Amma Ba'd.
Ke hadapan saudara ku yang mulia Abdullah Al-Qari,

Sebahagian masa-ku kini aku peruntukkan buat-mu. Benar kita jauh jarak dan masa, tapi dengan apa yang bakal ku turunkan dalam warkah ini ku yakin mampu mendekatkan. Bukan saja jarak dan hati kita, tapi juga cakna,faham, dan kaifiat kita menilai dunia. Ku harap begitulah.
Dari kejujuran hati ku sangat pasti warkah ini mungkin berat bagi mu untuk dibaca. Mungkin juga jadi terlalu berjela hingga mengundang jemu dan bosan tentunya. 

Kalau sudah ku berikan masaku untuk-mu, berikanlah masa mu untuk warkah-ku ini.

Ku pasti sudah ku perihalkan kisah-ku menjadi guru mengajar kitab suci kepada mu satu masa dahulu. Kalau-kalau sudah kau lupakan tak mengapalah, suka sekali ku ingatkan. Masa ini anak-anak kecil di sini belajar membaca kitab perlahan-lahan dengan aku yang mengajarkan. Ku kira ini tentunya bukan apa-apa bagi-mu yang sudah lebih mahir dari-ku tentang Al-Quran.

Cherita ku tentunya bukan tentang kisah diri-ku yang bertatih-tatih dengan ilmu jiwa dan ilmu pendidikan. Tapi tentang anak-anak ini yang cilik dan masih bersih jiwa juga fitrah mereka. Sungguh pun seperti yang ku bilang dahulu, banyak sekali yang mengejutkan dari apa yang mereka bualkan jua amalkan dalam hidup mereka yang masih rebung sehari-harian.
Barangkali apa yang difikirkan-mu tentulah itu satu yang bukan dagang sama sekali. Tentunya ingin kau bilang zaman seperti ini apa lagi yang boleh diharapkan. Tentu ingin juga kau bilang pada-ku hadapi sahaja kenyataan ini dari meratap dan berduka-chita dengan apa yang di luar kawalan.

Bagi-ku,apa yang menimpa anak-anak kecil ini tidak sayugia kita bilang di luar kawalan. Sebabnya anak-anak ini anak-anak saudara kita,anak bangsa kita, yang kita bilang mahu kita jadikan harapan. Adapun yang sebenarnya bukan-lah di luar kawalan, tapi dalam kawalan bangsa lain. Sahabatku, anak-anak kecil kita ini jelas sekali dalam kawalan musuh kita si Zionis jahanam. Halus sekali makar mereka,tapi terbukti hari ini hasilnya. 

Mereka dulu-dulu lagi sudah mengajar bangsa kita memupuk cinta pada benda,pada khayalan dunia. Dari alat-alat pancar mereka (yang digelar mereka satelit itu) mereka taburkan benih faham hedonisme juga nilai-nilai yang sama sekali tiada harganya. Adapun pada masa itu bukanlah anak-anak kecil ini yang melihatnya, tapi generasi awal mereka, para ayahanda juga ibunda mereka. Musuh kita ini teramat-lah sabar sifatnya. Penantian mereka dalam beberapa kurun dan purnama sudah berjaya mereka nikmati pada masa kita. Jika ayahanda dan ibunda mereka hanya sekadar jadi penonton setia, kini generasi pewaris mereka sudah berjaya dijadikan pengikut juga pengabdi setia.

Sahabatku Abdullah Al-Qari yang ku kasihi,

Pada pandangan ku yang cetek ilmu juga pengalaman, ku kira jika musuh kita sudah punya rencana, adalah menjadi kewajipan pula bagi kita mengkajinya. Dan jika musuh kita punya sabar dalam menanti hasil-nya,sedemikian juga tentunya kita perlu sabar menentangnya. Dan jika juga musuh kita cukup sedar bahawa racun itu sifatnya halus dan perlahan serta perlu dibubuh awal dalam rancangan, bukankah kita juga menjadi wajib beriman bahawa ubatnya juga, sifatnya halus jua perlahan,dan perlu pula disuguh awal demi kesihatan generasi masa depan?

5 comments:

Related Posts with Thumbnails