“Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kau akan mati. Cintailah sesiapa sahaja sepuas hatimu,tapi ingat kau pasti akan berpisah. Lakukanlah apa sahaja yang kau mahu,tapi ingat kau akan dibalas dengan yang selayaknya”
* * *
Bulan sudah sayup-sayup sahaja menampakkan diri di langit malam gelap. Selesai sudah ia berputar mengelilingi bumi,menampakkan dirinya sedikit demi sedikit,dari hanya sekadar anak,hinggalah ia mengambang gagah,dan kini kembali menyepi. Taat dan patuh pada Tuhan buatkan ia tak mampu melawan walau sesaat perbezaan.
Dan hati kau juga sepi. Barangkali sesepi bulan yang kau cuba intai-intai dari jendela. Aduh, kalau sahaja kau mampu meminta malam ini tidak hadir,pasti kau akan lakukan. Tapi kau tiada kudrat atas semua itu. Berkeluh dan berhati sayu sahajalah kau malam ini.
Sangat perit rupanya perpisahan. Perit kerana ia menarik dari diri kau segala keindahan yang kau alami,ketika mula-mula berjumpa dahulu. Bila kau berpisah,kau sedar, nanti bukan hanya jasadmu yang terpisah,tapi lebih dari itu,segenap penjuru batinmu bakal merasakan pedihnya perpisahan itu.
Kau sudah boleh menjangka apa yang akan kau kenang selepas ini.
Kau pasti akan terkenang saat kau letih lelah lagi lapar,dia datang memberimu ubat sabar dan redha dengan yang sedikit. Juga saat kau sudah malas-culas berdampingan dengan Tuhan,dia datang menjanjikanmu janji-janji indah dan suntikan keseronokan untuk kembali merapati Tuhanmu. Dan tentu juga kau takkan mampu lupakan,saat kau ditimpa gering hati dan jiwa,diasak kasarnya nafsu haloba,dia datang membantu kau bersuci hati dan berhalus budi. Kau sudah rasa nikmat taqarrub. Kau sudah belajar rasa simpati dan kasihan belas.
Semuanya kerana pertemuan kau dan dia.
* * *
“Betul kau kena pergi?” kau lontar soalan yang kau sendiri tahu jawapannya.
“Tentu. Dah sampai masanya. Aku tak mampu elak.” Dia balas,tanpa sedikit pun nada kompromi.
“Tak boleh kita bersama sekejap sahaja lagi? Sehari dua hari lagi mungkin? Tak boleh?” Kau cuba mendesak halus.
“Kalau aku yang merancang pertemuan kita,tentu,aku ingin duduk lagi dengan kau. Tapi, ya, kau pun tahu kan bagaimana kita berjumpa? Bukan ketentuan kita kan?”
Kau tunduk perlahan-lahan ke bawah. Sudah tidak mungkin lagi perpisahan ini boleh dihalang. Dilambatkan sedikit pun mustahil nampaknya. Sukma kau sudah teramat hiba. Kau biarkan sahaja hiba itu meresap ke seluruh jasad,hingga matamu jelas merasainya. Dan ia titiskan airnya,mengalir perlahan di pipi.
“Memang tiada apa-apa yang mampu aku buat untuk bersama dengan kau lama sedikit?” kau cuba lagi mencari kepastian.
“Mungkin kau tak mampu menahan aku dari pergi,tapi kau tahu,sekurang-kurangnya,kita masih boleh berharap untuk berjumpa lagi di masa lain. Bukan begitu?” dia berikan sedikit harapan. Kau pun hampir terlupa itu. Terlupa kau masih boleh berharap untuk kembali bertemu jika panjang umurmu.
“Ya,moga-moga kata kau benar. Dan kalau kita tak lagi berjumpa selepas ini, tentu aku manusia paling kecewa. Kau dengar itu?” balasmu penuh harapan.
“Jika Tuhan berkehendak tiada yang boleh menghalang kita bertemu lagi. Aku faham perasaanmu.”
Kau cuba juga gagahkan diri menerima kenyataan.
“Kalau begitu,di sini titik perpisahan kita. Kau tetap mahu pergi,dan aku tunduk dengan keputusan ini. Cuma aku minta,mungkin,sebelum aku sunyi semula dari belaian kau, wasiatkanlah aku sesuatu, sebagai balasan buat jasa kau, boleh?” kau tanya sambil menahan air mata.
“Kau sudah jadi manusia lain sebelum aku mula-mula menemui kau. Aku wasiatkan kau,jangan kau jadi begini bila hanya kita sedang bersama. Kau jadilah begini selama-lamanya hingga kita bertemu semula. Aku janji, jika kita bertemu lagi dan kau masih begini, pertemuan itu pasti lebih indah dari ini. Jika benar cinta kau kepada aku,itu akan jadi buktinya.” Itu sahaja pesannya kepada engkau yang begitu menanti dan berharap.
“Itu sahaja?”
“Ya,cukup itu.” dia muktamadkan pesannya. “Maaflah, aku terpaksa pergi sekarang. Fajar sudah hampir menjelang.”
“Err…ya,tentu sekali,silakan. Moga kita berjumpa lagi.”
Dia perlahan-lahan berlalu pergi dari engkau. Dan kau lupa kau belum bertanya satu lagi perkara penting. Kau jeritkan dari jauh, “Nanti! Aku belum tahu namamu! Siapa namamu?”
Dia berhenti seketika. Menoleh ke belakang. Mengukir senyumnya.
“Namaku, Ramadhan.”
----------------------------------------------- ~
Uhuh,semalam mungkin lailatul-Qadar. Yelah,kalau ikutkan sms yang saya dapat. Itu tak penting. Yang penting, kalau sudah munculnya lailatul-Qadar,tentu malam yang terdekat akan menyusul ialah malam dalam cerita di atas ^ -tentunya. Saya sengaja tuliskan awal. Moga-moga kita bersedia lebih sebelum 'berpisah'.
Berkah Allah ke atas kita semua,InsyaAllah.
Asif jiddan!Ramadhan harus pergi tatkala kita harus merubah diri menjadi lebih baik bukan?(Mahu belajar dari akh)
ReplyDeleteelegi sepi pernah ditawar kepada raihan~ tetapi ditolak..
ReplyDeleteitu kata pengarang lagunya
~"sungguh ada kaitan"
burberry scarf
ReplyDeletechristian louboutin outlet
canada goose outlet
true religion outlet
tory burch handbags
louis vuitton outlet
louis vuitton outlet
coach factory outlet
christian louboutin uk
cheap ray ban sunglasses
201612.3wengdongdong