Ayuh dengar,
Apa yang ada dalam cerita hidup
Satu Kembara
Satu Musafir
CERITA I
Keretapi ini berjalan
Dengan kafilah gerabak
Yang baru dan muda belaka
Kuat
Kencang
Gegar enjinnya, putaran rodanya
Sentiasa sahaja ingin menderu
Masakan ia berjalan betul
Kalau tidak wujud landasannya?
CERITA II
Landasan itu sudah lama
Sudah lebih kenal erti ‘kembara’
Yang pastinya tahu destinasi utama
Kerana yang akan membawa ia-lah juga
Gerabak baru lagi bertenaga ini
Juga landasan lama penuh pengalaman itu
Yang satu dengan yang lain
Harus serasi perlu sinergi
Baru mungkin tuju destinasi
Hai gerabak,pintalah landasan itu
Terus memberimu laluan
Bukan hanya ke stesen-stesen sementara
Tetapi terus! Hingga ke destinasi utama
Hai landasan, tahniah dan syukur
Sudah sampai di sini
Gerabak itu kau pandu
Jangan dihentikan gerabak itu
Hanya di stesen-stesen sementara
Tetapi terus! Hingga ke destinasi utama
Ini musafir.
Belum hendak berakhir.
Brat Mikrajovic
16 Julai 2007
5 Ibnu Abbas
Di Sebalik Puisi
Diminta beri ucapan wakil pelajar SPM untuk solat hajat. Hah, inilah yang terjadi. Ambil masa fikir-fikir. Kalau bercakap tentu jadi berjela entah apa. Tak cakap rugi peluang ada depan mata. Ada mesej perlu disampaikan. Umum mendengar, tapi sengaja dikhususkan untuk dua golongan – macam dalam puisi – para murabbi, dan pelajar-pelajarnya.
Akhirnya jalan penyelasaian terbaik. Pasti menjaga masa dan hati semua orang. Puisi ini.
Nasihat diberi tanpa mengguris mana-mana pihak.Mabruk!Bila anta belajar buat ayat-ayat manis begini?Padat dan bertenaga.Pada kalimah dan susun aturnya.
ReplyDelete