"It must be borne in mind that any reform should not ignore traditions, tenets, and fundamental principles" --Za'ba
August 15, 2008
Sekitar Pertemuan Besar-Besaran.
Letih saya pulang dari rehlah bersama sahabat-sahabat. Sepagi suntuk bermandi-mandian sambil bergelumang asap panggangan ayam dan sosej, sungguh, mustahil tidak hilang kudrat.
Pulang ke rumah sewa ter'cinta',pantas mandi sunat Jumaat,berwangi-wangian,sarung selipar, dan terus saja saya dan seorang rakan mengayuh tabah ke masjid. Khutbah lagi 5 minit akan bermula. Cuaca panas terik dan peluh mula memercik. Kalau begitu gayanya, tak mustahil khutbah didengar penuh khusyuk lagi tertunduk (baca:tersengguk).
Kaki kanan saya jejak dalam ruang masjid penuh selesa berhawa dingin. Azan khutbah baru usai. Saya tenung-tenungkan sebentar lagak si khatib. Tampil lebih berkaliber nampaknya kali ini. Entah ustaz dari mana saya tidak tahu. Mungkin sekali peserta pertemuan besar-besaran di Ipoh ini. Sangat mungkin. Pedulikan, saya sudah tersangat bersedia untuk khusyuk menunduk.
Si khatib memulakan khutbah dengan pembukaan yang bukan biasa. Bukan seruan taqwa biasa seperti seruan layu khatib-khatib lain. Seruan pembukanya penuh nada menyeru dan memberi inzar lebih dari nada Zahid Hamidi memarahi MB Selangor. Seruan kepada takutkan dengan azab Allah yang lebih berat di akhirat dari azab dunia yang lebih ringan dalam Hudud.
Wah wah wah. Petanda baik mungkin. Saya mula tergoda dengan khutbah yang tampak semakin menggugah. Batal niat untuk menunduk. Timbul niat untuk mendongak.
Dan selepas isi sarat penuh kritik kepada orang yang menolak hudud Allah, ini katanya :
"Tuan-tuan sidang jemaah sekalian,
Saya bukan apa, kita hari ini dah sibuk bercakap pasal Ketuanan Melayu. Tuan-tuan, izinkan saya beritahu pada tuan-tuan, Ketuanan Melayu inilah yang hari ini sebenarnya meruntuhkan umat melayu. Kerana apa tuan-tuan, kerana Ketuanan Melayu ini ialah Ketuanan Melayu yang Mengabaikan Ketuanan Islam!
Selamanya nabi kita ajar kita untuk hidup hanya atas satu dasar, iaitu Ugama kita. Nabi tidak pernah menyeru orang-orang di zamannya kepada Kesatuan Arab. Tuan-tuan, nabi kita seru kepada Islam dan segala kesyumulannya. Kepada Kesatuan Islam!
Tuan-tuan, segala seruan kepada nasionalisme takkan pernah berjaya menyelamatkan sesiapa,walau bangsanya sendiri.
Kalau Islam selamat, Melayu selamat, Cina selamat, India selamat, Negara selamat, seluruh dunia selamat. Tapi kalau Melayu selamat, belum tentu Islam selamat!"
Aduh, ini mesti penangan Pertemuan Besar-Besaran!
Hanya coretan deskriptif suasana semasa. Tiada pendapat sendiri disertakan.
Sekalian pembaca, mungkin elok melihat ini untuk tambahan gambaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terus mendongak?
ReplyDeleteatau kembali menunduk...?
taleh bla niat awal² nk tunduk.. cam kat skola.. haha..
ReplyDelete