Ada bulan penuh mengambang di langit, tanda 14 atau 15 hari dalam bulan Islam sudah melabuh.
Essam baru selesai berbuka puasa sunat. Kurma Mariami segar dari Iran dan air zam-zam sejuk kiriman sahabat dari Tanah Suci. Essam capai kunci kereta dan terus melangkah keluar dari rumah. Cadang Essam untuk segera ke masjid, solat maghrib, dan terus ke Utara.
Rumah salah seorang guru lamanya. Essam ada janji temu malam ini. Sengaja dipilih malam itu. Ambil berkah 'hari-hari putih' kononnya.
Dalam kereta, sepanjang perjalanan, lalulintas amat menyenangkan. Kereta kurang, dan lampu trafik juga tampak bersepakat untuk menyalakan lampu hijau sentiasa. Alhamdulillah, Essam harap ini tanda.
Tidak susah mengenalpasti rumah guru Essam,walau sudah lama tidak berkunjung ke situ. Kereta Essam letakkan bersetentang dengan rumah gurunya. Dan yang pertama menyambut Essam ialah senyuman lama si guru. Essam sudah kenal benar senyum itu. Senyum yang sama ketika Essam dulu memberitahu keputusan periksanya, dan kini senyum yang sama menyambut saat Essam berjanji bertemu berbincang kepeningan Essam.
"Betullah anta ni Essam,kalau takde sebab tak terkunjung pun ke rumah ana!" seloroh gurunya, sambil berpelukan dengan Essam. Pelukan hangat dengan ukhuwwah.
"Maaflah ustaz, di rumah pun ana jarang ada. Cuba juga cari masa ke sini, tak jumpa-jumpa!" sahut Essam ceria.
Malam itu kedua-duanya jadi kembali seperti dulu. Saat Essam selalu bersama-sama dengan gurunya. Rumah jadi mesra dan hangat dengan khabar-khabar masing-masing. Air sirap sejuk dan sepinggan onde-onde menjadi teman bicara kedua-duanya.
"Ustaz dah maklum apa yang ana nak tanya, yang ana beritahu kelmarin, masa ana telefon ustaz?" Essam mulakan ringan.
"Hmm. Ana faham. Macam nilah Essam, tak payah pening-pening banyak sangat. Pening ok, tapi kalau lebih-lebih jadi beku nanti. Terus tak nak buat apa-apa. Kalau anta tanya ana, ana jawab, tak perlu cari Al-Ghazali, tak perlu cari Al-Syafie." guru Essam menjawab,sambil tersenyum memandang Essam.
"Ok, ustaz explain. Ana bagi telinga ana kat ustaz," Essam bersedia untuk memahami.
"Ana kata macam tu sebab dia mudah je. Sebab dia ialah kita orang Islam ada Fiqh Awlawiyyat. Seni dan kefahaman yang mendalam tentang prioriti. Benda apa yang kena letak nombor satu, dan benda apa kena letak nombor sepuluh. Tak juga mudah,sebab kita perlu faham beberapa benda penting lain, sebelum kita letak proriti tu. Kalau anta minat nak faham, cari buku Fiqh Awlawiyyat tulisan Al-Qardhawy. Bacalah puas-puas teori dalam tu.
Essam soal, "Jadi kaitan dengan persoalan ana?"
"Kejap, pukul berapa sekarang?" tanya guru Essam.
"Err..lagi 10 minit pukul 10.00 malam. Kenapa?"
"Essam, ana tak boleh lama sangatlah. Ana ada temujanji lain pukul 10.45 nanti. Ana ringkaskan je boleh?"
"Asalkan ana faham ustaz. Ana tak kisah je."
"Baik. Ana cuba. Bagi anta faham, dan ana pun boleh tepat masa temujanji ana. Ok, ana minta anta faham 2 point ni je Essam :
- Berdasarkan fiqh awlawiyyat tadi (pembaca semua, ada baik rujuk komen dari sifu Salman AlFarisi pada cerita 1), Syed Qutb keluarkan pendapat. Untuk tegakkan alhaq dan makruf, perlu dimulakan dengan yang paling besar dan utama. Dan untuk cegah mungkar, pun sama. Kecelaruan sistem pendidikan, sistem kewangan, sistem sosial, dan macam-macam lagi, sebab takde satu panduan atau manual yang betul-betul faham manusia. Mudah kata, bila Al-Quran bukan manual sistem manusia. Dan ni sebab dia ialah, Islam tak memegang ketuanan dunia ni.
Jadi, kecelaruan sistem ialah satu kemungkaran, tapi kita perlu buat sesuatu untuk cegah kemungkaran yang lebih besar dan utama, yang tak lain tak bukan ialah tiadanya manhaj Islam yang memimpin dunia manusia ni.
Apa yang Al-Ghazali dan Al-Syafie buat tak mampu menyelesaikan masalah tu hari ini. Yang mampu menyelesaikan masalah tu ialah wujudnya orang-orang kuat (baca : rijal) yang boleh jadi pendokong Islam, mencetak generasi baru, dan kembalikan manhaj Islam, macam para Sahabat nabi radhiAllah 'anhum.
Kita harap, dengan kita kembalikan alhaq dan cegah mungkar yang UTAMA, iaitu ketiadaan manhaj Islam yang mengatur dunia, sistem-sistem yang bercelaru dan karut belaka tu boleh kembali kepada sempurna ikut acuan Islam, dan Al-Ghazali dan Al-Syafie boleh lahir semula.
Oleh itu, ana kata, kita tak perlu mencapai tahap Cendekiawan Islam tu sekarang. Tapi berusahalah untuk capai tahap para mujahid dari kalangan Sahabat Rasul yang sanggup korban bermacam-macam untuk kemuliaan Islam dan generasi akan datang. Itulah prioriti zaman kita yang kelam ni.
- Tapi jangan salah faham! Jangan kata ana halang anta membina pemikiran dan mengejar ilmu! Itu respons yang sempit dan pendek akal. Haha,hati-hati. Ana kata, kita perlu cari ilmu. Dan kita perlu jadi orang yang luas pemikirannya. Cumanya, kesemuanya itu mesti, mesti, dan mesti menolong kita melaksanakan perkara prioriti kita tadi.
In fact ,memang kita kena baca banyak buku dan faham pelbagai perkara untuk menjadikan tugas priority kita tadi berjaya. Orang ramai sebut buku-buku fikrah. Kadang-kadang ada orang takut dengan istilah tu, tapi sebenarnya kalau kata kita nak pemikiran yang luas dan banyak ilmu, dari buku-buku itulah perlu kita cedok ilmu-ilmunya.
Satu lagi, apa yang kita belajar dalam sistem pendidikan kita memang tak cukup. Di mana boleh kita dapatkan pendidikan yang betul dan jelas, serta betul-betul mendidik? Carilah dalam madrasah tarbiyyah. Sebab itu ramai yang berjaya dalam tarbiyyah, juga orang yang berjaya dalam pelajaran. Macam di Palestin, antara Negara paling ramai pemegang Ph.D. Carilah dalam usrah kita, dalam daurah kita, dalam buku-buku fikrah kita, di samping menjadi orang yang paling berjaya dalam sistem pendidikan sekular kita ni. Beginilah tarbiyyah mengajar kita. Cemerlang dalam semua urusan, tapi masih kenal mana priority dan kewajipan yang paling utama.
Kalaulah anta betul-betul boleh buat dan amalkan 2 point ana ni, InsyaAllah, sumbangan anta kepada Islam dan diri anta sendiri, sama besar, atau mungkin lebih besar dari para Cendikiawan Islam. Percayalah."
Essam lepaskan tenungannya ke wajah gurunya perlahan-lahan. Serasa Essam seolah-olah satu pencerahan pemikiran telah dia alami. Entah kenapa, dia yang mungkin paling pandai di dalam kolejnya dulu gagal berfikir sebegini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Essam takkan berhenti sekadar di sini. Dia mahu terus mencerna segala butir mutiara yang ditadahnya tadi. Biar dia jadi seperti yang digambarkan gurunya.
"Macammana Essam? Boleh ana keluar dulu? Dah pukul 10.35 ni,"
"Eh, ok ustaz. Silalah ustaz."
"Haha, kita keluar sekalilah, inikan rumah ana, takkan anta tinggal kot. Tengah berfikir lagila ni, Essam,Essam."
"Mesti fikir ustaz, ni awlawiyyat!" mereka sama-sama tertawa mesra.
Seloroh mereka berdua menutup tirai malam yang penuh bermakna.
No comments:
Post a Comment