Masuk malam ini sudah 7 malam berturut-turut Essam pening.
7 hari 7 malam.
Sebelum 7 hari ini, Essam sibuk mengulit-ulit pelbagai biografi tokoh-tokoh terkenal dari zaman keemasan Islam. Sebut sahaja siapa, habis semuanya dibaca Essam : Al-Farabi, Al-Kindi, Ibn Sina, Ar-Razi, juga lain-lain, yang Pak Lah sendiri pun cari-cari dalam sajak masyhurnya.
Malam ini Essam nekad. Dia harus melakukan analisis komprehensif juga konklusi. Tidak pasti untuk apa, tapi mungkin hanya ini ubat kepeningannya.
Ada baiknya juga kalau kita cuba memahami apa yang berjaya memeningkan Essam.
Kata Essam tadi, “ Haha, kesian kita semua, memang kesian. Diperbodoh dalam pada kita ingat kita semua semakin bijak. Haha,”
Uh, semakin bodoh. Kenapa pula?
“Pahit tak pahit, ini jugalah yang kita ada. Sistem pendidikan kita di Malaysia. Dan mungkin juga di mana-mana dalam dunia. Haha. Punyalah tersusun kononnya, dengan falsafah menyeluruh, jasmani, emosi, rohani, intelek, haha, kononnya!” seloroh Essam.
Teguk air segelas, dan sebutir aspirin. Lega sedikit kepala Essam. Essam sambung cerita.
“Tapi nak buat macam mana lagi? Lepas 1924 susah lah nak ubah lagi. Sekular dah berakar umbi melangit tinggi. Menyerap pekat dalam semua sudut hidup. Sebut saja apa, semuanya bersadur sekular pekat! Apa sahaja, dari buku-buku teks sekolah sampailah falsafah pendidikannya. Hah, itu baru pendidikan, malas je nak sentuh benda-benda lain!
Buah fikiran Essam ada juga betulnya. Logik, rasional, dan realistik. Memang pun tepat analisis dia. Tapi belum habis lagi.
“Bukan di Malaysia je lah masalah ni. Ni masalah satu dunia. Lepas 1924. Tak percaya baca sendiri buku Syeikh Abul Hassan Ali An-Nadwi, Apa Kerugian Dunia sebab Mundurnya Muslimin. Kalau tak, takkan lah dulu Sheikh Hassan Al-Banna pun fikir sepuluh kali nak masuk universiti ke tidak. Dia sendiri dah nampak sangat kelam-kabutnya objektif sistem pendidikan formal. Dia kata, kalau belajar nak ilmu, tak payah masuk universiti pun boleh. Di Mesir memang banyak halaqah-halaqah ilmu tak formal zaman dia. Masuk Universiti ni belajar jadi macam nak kejar sijil dia. Tapi ada guru dia nasihat, masuk juga university untuk mudahkan urusan-urusan lain akan datang. Huh,nampak? Akhir-akhir pun, dia ada sijil pendidikan je, padahal satu dunia iktiraf kemampuan dia dalam bermacam-macam disiplin ilmu dan bidang. Tak payah cerita panjanglah, sendiri baca lah. Kan tu satu contoh mudah nak tengok sekular atau tak sistem sekarang?”
Memang dalam Mudzakkirat (memoir) Al Banna, dia ada tulis. Essam tak bohong.
“Ok, tadi kita tau dah kesan sistem sekarang ni. Satu, belajar ilmu yang beku dan terpisah, atau ada juga yang menyembunyikan benda yang betul. Dua, belajar untuk jadi terbaik dalam peperiksaan, semata-mata. Apa lagi? Hah, sijil-sijil masa belajar tu, dikejar, sebab, nak kerja! Nak ada profesion! Jadi, belajar apa yang ada kepentingan untuk dapat profesion yang grand dan ada kelas! Supaya duit cukup banyak, makan boleh mewah, rumah boleh besar, kereta boleh banyak, dan lagi macam-macamlah untuk hidup dunia. Senang cerita, belajar pandai-pandai supaya boleh hidup enak-enak!”Essam sudah separuh bertempik. Tarik nafas dulu, tenang.
“Bukan takde yang benci dengan semua ni. Yang dah tahu, dah nampak, memang mesti benci. Kalau nampak tu sebab hidayah Allah. Yang dibenci tu kesesatan, dan kita inginkan kebenaran. Siapa tak nak yang terbaik? Siapa tak nak jadi power macam semua tokoh-tokoh besar ni?”
Essam belek satu-satu buku biografi tadi. Sambil mengeluh.
“Tapi kita sekarang lemah. Kita sekarang hina. Yang menentukan sistem bukan kita. Sistem yang tersusun formal yang kononnya canggih kata barat, memang buat cita-cita kita ni mustahil! Percayalah. Pahit memang pahit. Tapi ini realiti dan masalah kita. Mahu tak mahu kena berdepan.

Tak percaya cubalah periksa sendiri. Semua pelajaran pisahkan agenda hidup sebenar seorang muslim dengan ilmu tu sendiri. Belajar biologi takde langsung nak faham ayat-ayat Qur’an yang lebih canggih dan mendidik. Belajar sejarah, habis lenyap semua semangat perjuangan umat Islam, tinggal lah white man’s burden tu! Lagi pulak, kalau pun belajar Pendidikan Qur’an Sunnah, langsung tak sentuh realiti dan masalah umat, padahal itu sebab adanya Qur’an!” Air liur Essam tempias-tempias sikit, semangat membara.
“Sudah tu, belajar jadi apa? Jadilah ilmu-ilmu terperam langsung tak berguna. Berguna ke? Ada lah sikit, masa periksa. Itu je. Masa PMR, atau SPM, atau STAM, atau STPM, atau apa-apalah lagi periksa yang Lembaga Peperiksaan Malaysia uruskan. Hah, memang masa tu nampak sangatlah berguna semua ilmu-ilmu dalam Kurikulum Bersepadu tu. Apa lagi boleh buat?
Itu yang jadinya orientasi belajar, untuk skor periksa! Padahal skor periksa tu satu per sepuluh je daripada sebab belajar yang sepatutnya. Kalau letak dalam senarai pun, mungkin yang kesembilan atau yang kesebelas. Ops, kesepuluh. Hah!”
“Sudah tu, belajar jadi apa? Jadilah ilmu-ilmu terperam langsung tak berguna. Berguna ke? Ada lah sikit, masa periksa. Itu je. Masa PMR, atau SPM, atau STAM, atau STPM, atau apa-apalah lagi periksa yang Lembaga Peperiksaan Malaysia uruskan. Hah, memang masa tu nampak sangatlah berguna semua ilmu-ilmu dalam Kurikulum Bersepadu tu. Apa lagi boleh buat?
Itu yang jadinya orientasi belajar, untuk skor periksa! Padahal skor periksa tu satu per sepuluh je daripada sebab belajar yang sepatutnya. Kalau letak dalam senarai pun, mungkin yang kesembilan atau yang kesebelas. Ops, kesepuluh. Hah!”
Buah fikiran Essam ada juga betulnya. Logik, rasional, dan realistik. Memang pun tepat analisis dia. Tapi belum habis lagi.
“Bukan di Malaysia je lah masalah ni. Ni masalah satu dunia. Lepas 1924. Tak percaya baca sendiri buku Syeikh Abul Hassan Ali An-Nadwi, Apa Kerugian Dunia sebab Mundurnya Muslimin. Kalau tak, takkan lah dulu Sheikh Hassan Al-Banna pun fikir sepuluh kali nak masuk universiti ke tidak. Dia sendiri dah nampak sangat kelam-kabutnya objektif sistem pendidikan formal. Dia kata, kalau belajar nak ilmu, tak payah masuk universiti pun boleh. Di Mesir memang banyak halaqah-halaqah ilmu tak formal zaman dia. Masuk Universiti ni belajar jadi macam nak kejar sijil dia. Tapi ada guru dia nasihat, masuk juga university untuk mudahkan urusan-urusan lain akan datang. Huh,nampak? Akhir-akhir pun, dia ada sijil pendidikan je, padahal satu dunia iktiraf kemampuan dia dalam bermacam-macam disiplin ilmu dan bidang. Tak payah cerita panjanglah, sendiri baca lah. Kan tu satu contoh mudah nak tengok sekular atau tak sistem sekarang?”
Memang dalam Mudzakkirat (memoir) Al Banna, dia ada tulis. Essam tak bohong.
“Ok, tadi kita tau dah kesan sistem sekarang ni. Satu, belajar ilmu yang beku dan terpisah, atau ada juga yang menyembunyikan benda yang betul. Dua, belajar untuk jadi terbaik dalam peperiksaan, semata-mata. Apa lagi? Hah, sijil-sijil masa belajar tu, dikejar, sebab, nak kerja! Nak ada profesion! Jadi, belajar apa yang ada kepentingan untuk dapat profesion yang grand dan ada kelas! Supaya duit cukup banyak, makan boleh mewah, rumah boleh besar, kereta boleh banyak, dan lagi macam-macamlah untuk hidup dunia. Senang cerita, belajar pandai-pandai supaya boleh hidup enak-enak!”Essam sudah separuh bertempik. Tarik nafas dulu, tenang.
“Bukan takde yang benci dengan semua ni. Yang dah tahu, dah nampak, memang mesti benci. Kalau nampak tu sebab hidayah Allah. Yang dibenci tu kesesatan, dan kita inginkan kebenaran. Siapa tak nak yang terbaik? Siapa tak nak jadi power macam semua tokoh-tokoh besar ni?”
Essam belek satu-satu buku biografi tadi. Sambil mengeluh.
“Tapi kita sekarang lemah. Kita sekarang hina. Yang menentukan sistem bukan kita. Sistem yang tersusun formal yang kononnya canggih kata barat, memang buat cita-cita kita ni mustahil! Percayalah. Pahit memang pahit. Tapi ini realiti dan masalah kita. Mahu tak mahu kena berdepan.
Tak percaya? Ok, kalau sekarang ada pelajar lepasan SPM ambil bidang medic, boleh ke dia mendalami falsafah, syariah, Ulum Qur’an, Ulum Hadith, bahasa-bahasa, dalam masa yang sama? Haha. Bolehlah kalau dia ada masa sehari 48 jam. Jadual belajar saja dah penuh seminggu. Sempatlah sikit-sikit curi masa nak belajar benda lain, tapi itupun kalau dah habis revise semua subjek, untuk ujian yang ada hampir setiap minggu.
Kalau yang ambil bidang agama pulak, ada lagi ke peluang dia nak masuk lab dan asah kemahiran saintifik, atau buat kajian tentang angkasa atau hidupan-hidupan di muka bumi ni? Ada lagi ke peluang dia untuk memahami rumus-rumus matematik dan mendalami logik di sebalik kira-kira matematik? Haha. Bolehla kalau dia sanggup bahagi masa dia ambil tuisyen, itupun kalau dia 48 jam jugak.
Susah sangat nak cerita, tengoklah sendiri pattern pelajar di Malaysia ni. Kalau yang hafal Quran, pandai membaca kitab-kitab turath, menguasai bahasa Arab, satu dari seribu saja yang faham betul-betul fungsi-fungsi organ dalam badan kita, atau cara mengira isipadu KLCC. Kalau yang ambil aliran sains di Sekolah-sekolah berasrama penuh, satu dari seribu juga yang mendalami tafsir Al-Quran, boleh memahami Kitab Sahih Bukhari, atau tahu hukum-hukum syariah. Ini waqi’, ini realiti!”
Essam memang benar-benar kecewa. Ada urat halus timbul di sisi dahinya.
“Dulu, Ar-Razi, Al-Ghazali, Ibnu Sina, tak jumpa realiti macam ni. Kecil-kecil lagi Al-Quran dah hafal, Usuluddin dah faham, dan bahasa dah kuasai. Semakin membesar, makin bermacam-macam kemajuan ilmu terbuka satu demi satu. Asas kuat, cabang pun banyak. Sistem zaman tu memang membolehkan macam tu.”
Sedu Essam makin jelas. Biarkan Essam melepaskan kecewa, kalau tidak pening tak hilang.
Tapi kasihan, Essam semacam sudah hilang harapan. Semacam cita-citanya yang melangit sudah jatuh tersembam ke bumi.
Ini masalah juga Essam, takkan begini kesudahannya?
Sesiapa sudi membantu?

[Imam Syafie] - menghasilkan mazhab sekitar ilmu fiqh utk maslahah ummah.. mengupas.. mengorek..dgn terperinci..
ReplyDelete[Al-Khawarizmi] - pencetus,perintis, pelopor,juga seorang tokoh ilmu matematik & algebra..
[Imam As-Syahid Hasan Al-Banna] - lahir dengan metod2 dakwah utk para daei...
bukankah gabungan org2 hebat ini telah pn melahirkan dinasti Islam yg gilang gemilang??
tidak menjadi keperluan ke utk org2yg memahami & ada fikrah pergi ke bhg2 selain drp agama??
mungkin ana perlu membaca lagi kisah2 org terdahulu..
syukran bagi kami ruang berfikir!!
wassalamun 'alaa man ittaba' el-huda,
ReplyDelete1.post yg menarik.teruskan kehebatan anda dlm menulis.
2.setiap zaman,ada amal terbaiknya.zaman sahabat,tabi'an,salafussaleh...muslimin zaman umawi,abbasi,uthmani...
3.kini,kita muslimin di zaman...?
tentukan pilihan yg terbaik(usah pening2,jika pening juga,ubat bnyk kt mesir:P
-salman alfarisi-
tanta,mesir
kelemahan klon adalah klon x mampu duplikasi apa2 yang ada pada dirinya.. mungkin sebab tu kita panggil "streotype" bagi para klon
ReplyDeletesaya bukan klon
::InTheNameOfALLAH::
ReplyDeleteUsia makin menginjak tua ~ untuk kembali ke zaman kanak2 & meneladani pendidikan yang diamalkan oleh ar-Razi , Ibn Sina dll semasa mrk kecil .. mustahil la..
tapi .. mesti ada SOLUTION/S ( buat diri ni yang dh makin tua )..??
Masa makin berlalu ~ SPM pon tak lama lagi & melihat kpd kawan-kawan yang begitu struggle ( kdg2 mcm taqlid ) buat revision .. huhu buat diri yang kecetekan nie makin kabur dalam medan jihad TA'LIM
mesti ada jln utk keluar dr keKABURan ni ... di MANA .. ??
Pening-pening Essam pening yang sarat dgn ILMIAH ..
Pening-pening saya pening yang cetek sekali ilmunya ......
**Essam TOLONG tunjukkan jalan buat insan yang kecetekan ilmu ni
wallahu'alam
Hmm... Apa yg essam peningkan ya?? Suatu yg besar?? Harap2 begitulah...
ReplyDeleteEssam pening tu..
ReplyDeletekene selesaikan ni..