"It feels so weird that in the 21st century. We are going backwards and have to buy candles for light," Rania lamented.
Terjemahan : "Rasanya pelik sungguh, macam bukan di kurun ke-21. Kita kembali ke zaman dulu-dulu. Nak lampu kena beli lilin," adu Rania.
Ini saya petik dari satu artikel yang mengisahkan apa yang terjadi kepada Rania, serta yang senasib dengannya di Gaza, Palestin. Kalau boleh saya maklumkan kepada yang mungkin tidak sempat tahu, atau juga mungkin tidak pernah teringat untuk ambil tahu :
Gaza, kawasan yang menjadi satu-satunya kubu dan kawasan yang diuruskan oleh HAMAS, baru sahaja menderitai minggu-minggu yang gelap, sejuk, serta menghauskan. Apa tidaknya, air dan bekalan elektrik telah dipotong tanpa pertimbangan waras rejim Zionis Laknatullah.
HAMAS cuba berunding dengan pelbagai badan dan pemerintah Arab yang boleh membantu (perhatian: HAMAS perlu berunding terlebih dahulu.), dan memang ada yang sudi membantu, namun seperti biasa, tersekat begitu mudah oleh Hegemoni Amerika dan Zionis.
Sedang saya menulis ini, rakyat Gaza di bawah tarbiyyah HAMAS sedang tekun bersabar, dan HAMAS sedang memerah keringat memujuk dan berunding dengan pemimpin2 Arab (Muslim?) yang lain.
Penting :
1. Rakyat di Gaza, sungguhpun mereka kuat dan bersabar, tetap manusia. Pernah kita cuba bersama mereka menghayati perasaan kesusahan mereka?
2. Di mana letaknya syaukah (taring) umat Islam sekarang? Memang jelas lagi nyata, kita sewenang-wenangnya diperlaku sesuka hati oleh musuh. Ini yang nyata, yang tidak nyata, yang berlaku ke atas diri kita?
3. Apa tanda yang datang bersama dengan kejadian ini? Ingat dua perkara penting bila bicara tentang Palestin : Janji Allah untuk menang dan Penguasaan Palestin sebelum Qiamat. Apa Qiamat semakin hampir? (soalan retorik).
Ambillah tahu. Tolonglah doa.
Siapa kita untuk duduk sahaja?
salam...
ReplyDeletecuba anta cari berita ttg mogadishu... mereka lebih menderita..