“Semenjak Mei 1969, jurang perbezaan antara kaum di Malaysia, terutama Melayu dan Cina, sebenarnya semakin membesar. Walaupun kerajaan tidak kering idea membawa usaha perpaduan kebangsaan, hakikatnya, begitulah.
Kesannya besar, dan banyak. Antara yang mungkin dapat dilihat, dari segi kerjasama dalam melakukan sesuatu. Masing-masing lebih cenderung untuk bekerjasama dengan kaum masing-masing. Jarang dapat kita lihat orang Cina yang membantu orang Melayu seperti mereka membantu kaum mereka sendiri.
Inilah akibatnya jika segalanya berasaskan kaum dan bangsa.
Inikah akibatnya jika bukan Islam yang menjadi kerangka pemikiran.”
Baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti kelas tuisyen matematik tambahan, khas untuk pelajar asrama. Yang menyertai kelas khas tersebut hanya 2 orang, saya dan seorang lagi rakan berbangsa melayu, Aleef.
Guru saya seorang pemuda Cina sekitar lewat 20-an.
Kelas tuisyen tersebut dapat saya hadiri selama 3 hari sahaja. Tetapi 3 hari ini banyak mengajar saya, bukan setakat pelajaran matematik tambahan, tetapi juga pelajaran kehidupan.
Berurusan dan menuntut ilmu dari guru berbangsa lain memang belum pernah saya alami secara serius. Mengikuti sistem pendidikan yang saya lalui dari kecil hingga sekarang, tidak memberi laluan saya merasai pengalaman berguru dengan guru yang berlainan bangsa, khususnya Cina. Walaupun dalam kehidupan seharian saya sebelum ini, saya punyai ramai kawan yang berlainan bangsa. Korea, Cina, Afrika, dan beberapa lagi yang sudah saya lupa.
Mengenai guru tadi, mengapa Cina khususnya? Kerana menurut ‘mitos-mitos’ yang biasa saya dengar dari mulut orang bukan Cina, guru-guru Cina betul-betul tegas dalam masalah pelajaran, lebih-lebih lagi matematik. Tidak hairan ekonomi dimonopoli mereka di Malaysia ini.
Alhamdulillah, saya berpeluang merasai sendiri ‘mitos’ tersebut dengan kelima-lima deria saya, bukan sekadar melalui telinga. Pastinya berbeza.
Juga ia mengingatkan saya kisah seorang ulama’ (lupa namanya, siapa ya?) yang pernah memeluk seorang Yahudi lantaran Yahudi tersebut mengajarnya ilmu pembezaan jantina anjing melalui cara ia membuang air kecil.
Hari pertama saya dikenalkan, saya masih ingat betapa dia menunggu saya di tempat tuisyennya dalam keadaan berpeluh-peluh. Rupanya dia sudah beberapa minit yang lalu sibuk mengurus pelbagai benda untuk kelas kami. Fotostat, telefon, dan sebagainya.
Dia perkenalkan namanya, Terry. Dan saya perkenalkan nama saya ringkas, Syed.
Sejurus Aleef datang, kami naik ke kelas tuisyen untuk bermula.
Awal-awal lagi, sebelum kami mulakan pelajaran, dia berkata :
“I’m really sorry that only 2 of you can come today. I think now it’s a bit unfair for me and you if we keep the charge like usual. I charge RM60 per hour, but since only two of you is here, we have to adjust a bit, because we cannot divide to many people like before. I’m so sorry, so now I’m asking both of you, we’ll have 1 hour class or two hour? If two hour than you both have to pay RM60, you don’t care? You know time is money and money is time, hehe,”
Saya saksikan sendiri bagaimana Terry benar-benar teliti dalam ‘business’nya. Dan kami memang benar-benar menggunakan 2 jam pada hari itu sepenuhnya. Terry tidak akan membazirkan walau seminit pun. Dia akan meminta kami bertanya soalan, atau dia sendiri akan memberi soalan. Sekiranya kami bermula lambat,atau dia berhenti minum atau berborak sebentar, minit-minit yang terpakai itu akan digantinya semula. Kerana itu biasanya kami bermula jam 10 dan berakhir jam 12.30.
Seperkara lagi, nama saya yang saya perkenalkan ringkas pada hari pertama, nama itulah yang diingatinya hingga hari ketiga, tanpa perlu bertanya semula. Dia malah bertanya mengenai sekolah saya, umur saya yang terlajak 2 tahun, cita-cita saya, dan bermacam-macam lagi perkara yang berkaitan. Cara yang digunakan dalam mengajar juga betul-betul berkesan. Mungkin pengalaman. Tetapi bagi saya, itu bukti dedikasinya kepada ‘pelanggan’nya. Saya sendiri yang melihatnya boleh merasai penatnya.
Saya pernah bertanya kepadanya tentang kerjanya. Dia menjawab:
“ I work from 2.30 pm to 10 pm. It’s a bit odd. People normally starts at 9 am right? I start after school. Monday to Friday. Saturday and Sunday, my class is from 9 am to 6 pm. Yeah, I’m working like mad, I wish I could work less, but I don’t think I can.”
Dan memang, ‘mitos’ yang saya dengar adalah benar. Kami sering di’drill’ oleh Terry, di kelas, dan di rumah (Kami diberi kompilasi percubaan SPM milik Terry). Kebanyakan soalan juga kami dilarang menggunakan kalkulator, walaupun banyak juga tips baru kalkulator yang diajar. Dan Terry sendiri memang cekap dalam matematik. Kiraannya laju dan tepat. Kami juga dilatih mengira laju dan cekap (walaupun memang saya sangat lemah untuk itu).
Pengalaman yang saya rasai ini, banyak memberi perspektif baru kepada bangsa lain dalam diri saya. Jika saya memandangnya dengan kacamata Malaysia, pasti yang saya lihat ialah kecermatan kaum Cina mengumpul harta dalam bekerja demi memonopoli ekonomi. Tetapi saya lebih suka memandangnya dengan kaca mata Islam. Bagi saya, Terry ialah orang yang ‘itqan’ dalam kerjanya, dan pengiraan untungnya berbaloi dengan kecermatannya melaksanakan kerjanya. Dia benar-benar menunjukkan dedikasinya kepada muridnya, dan benar-benar mahu memastikan muridnya mendapat ilmunya.
Yang baik jadi tauladan.
(In Memory Of Terry Tee. 29-31.5.2007)
imam shafei kalo x silap ana bitau pasal aning tu
ReplyDelete