May 31, 2010

Flotilla : Respon Yang Mengubah.




Tanggal 31 Mei 2010, perhatian dunia tertumpu pada peristiwa yang berlaku ke atas rombongan kemanusiaan Flotilla dari Turki. Kesan gempur dari tentera Israel, beberapa orang mati syahid, dan agak ramai yang tercedera.

Lalu bertimbun-timbun respon datang dari berbagai pihak. Rata-ratanya menzahirkan rasa benci dengan kekejaman Israel. Ada yang memberi gelar lanun, dan ada yang mengisytihar 'perang'. Dan di kebanyakan negara, demonstrasi dirancang untuk diadakan bagi menunjukkan komitmen dan bantahan terhadap penyerangan ini.

Hakikat di sebalik rombongan kemanusiaan ini, dan peristiwa penyerangan ke atas mereka, ialah satu lagi bukti nyata buat beberapa perkara.




  1. Ternyata Israel sedaya-upaya mahu melumpuhkan Gaza yang diduduki oleh saudara-saudara kita yang menyokong perjuangan HAMAS untuk mengembalikan hak umat Islam.
  2. Zahirnya sifat sombong dan angkuh Israel dengan kesanggupan untuk menyerang sesiapa sahaja yang ingkar tanpa mengira golongan manusia, walau tanpa sebarang bukti.
  3. Yang paling jelas dan utama, pertembungan ini ialah satu siri kecil dari pertembungan yang sudah lama berlaku dalam garis masa pendudukan Palestin, dan merupakan pertembungan yang bukan sekadar menghadapi beberapa orang komando Israel, malah seluruh kekuatan dan institusi dunia (termasuk media seperti Twitter) yang berada di bawah pengaruh dan cengkaman Israel.
Menyedari semua ini, adalah tidak cukup rasional, jika kita merasakan cukup dengan membantah sedikit sebanyak di media-media sosial, dan melakukan demonstrasi sehari dua. Pertembungan ini jauh lebih besar dan kritikal, serta lebih ganas, dari apa yang mungkin kita bayangkan.

Makanya, supaya situasi dan kondisi ini diubah, kita hanya ada satu jalan. Ia adalah satu-satunya jalan yang dinyatakan oleh Kuasa Maha Besar yang mampu mengubah semua ini.

Dalam surah Ar-Ra'd, ayat 11, ada firman Allah berbunyi :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka sendiri "

Sesungguhnya, hanya ini jalannya. Kesedaran akan bahaya yang menimpa umat Islam, dan menyebarkan kesedaran ini, dikuatkan oleh doa yang ikhlas, semuanya secara konsisten dan berterusan, adalah kunci utama penyelesaian yang berimpak besar dan efektif.

Jangan hanya berkocak bila diusik. Jangan hanya berteriak bila dicucuk.

Semoga Allah merahmati roh mereka yang terkorban. Selamat beramal.

8 comments:

  1. Hakikatnya, Gaza telah disekat sejak tiga tahun. Benar, misi kali ini bukan sekadar menghantar bantuan. Tetapi lebih kepada membuka mata dunia bahawa sekatan ini perlu dihentikan.

    Doa. Derma. Boikot.

    ReplyDelete
  2. Ada orang kata perlu usaha-usaha yang lebih menonjol dari peringkat atasan/pemerintah. Contoh : Memorandum, isytihar hari berkabung, dan perutusan bantahan.

    Saya setuju dan sokong usaha sebegini. Tapi dengan kesedaran bahawa semata-mata itu tidak mampu merungkai masalah utama.

    Walau di peringkat pemerintah sekalipun, saya kira, amat ter'kena' dengan ayat surah Ar-Ra'd tersebut. Malah lebih utama lagi,kerana pimpinan/pemerintah adalah contoh ikutan untuk masyarakat. Jika pemimpin menunjukkan contoh baik dengan sentiasa sedar,bersuara,dan berdoa dalam usaha menentang pendudukan Palestin masyarakat turut sama terikut,secara umum.

    ReplyDelete
  3. Ada pula yang komen yang bantahan dan tunjuk perasaan ini semua sekadar "hangat2 tahi ayam".Bahkan ada yang yang berkata "seminggu dua lagi senyaplah tu".

    ReplyDelete
  4. kenapa ISMA tidak terlibat dalam konvoi tersebut?

    ReplyDelete
  5. Jzkk akhi atas artikel yang menyedarkan.... apa2 pun kita perlu ada sikap dan tunjukkan respon dari selemah-lemah iman dengan menolak kekejaman tu di dalam hati hinggalah ke tahap maksima yang kita mampu. apa saja tindakan selagi memberi kesan kepada Israel boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  6. berhubung dengan peristiwa di gaza sekarang,untuk maklumat semua-ISMA terlibat dalam MAPIM.Kami telah berbincang hal ini.MAPIM = gabungan 40 NGO .MAPIM telah bersetuju menghantar seorang wakil-Mustafa Mansur bersama-sama rombongan tersebut

    ReplyDelete
  7. Pada saya, semangat sementara sebagaimana yang berlaku ketika serangan Gaza Disember 2008 dan mungkin juga ketika tragedi 31 Mei ini masih dikira baik.

    Ini bukti rakyat Malaysia masih mempunyai perasaan.Cuma tak ada pemahaman yang dalam tentang isu ini.

    Tanda bahawa ruang memahamkan orang yang kurang faham masih luas terbuka.

    Tak semua orang perlu lakukan apa yang semua orang lakukan sekarang. Tapi sepatutnya setiap orang lakukan apa yang dia rasa dia patut lakukan.

    Doa. Derma. Boikot.

    ReplyDelete
  8. krim pusat share ye...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails