December 20, 2009

Perbandingan Pendapat.

Sedikit perkongsian.

Kata guru Fiqh Perbandingan saya, Dr Sa'd Ad-Din Mas'ad Hilali, kepada kami semua, pelajar tahun satu Kuliyyah Syariah Islamiah :

" Seorang ahli Fiqh tidak akan mempengaruhi ahli-ahli fiqh yang lain untuk menerima pandangan yang rajih di sisinya. Dia hanya berhak membentangkan dalil-dalil yang pada pandangannya kuat untuk dijadikan pendapat untuk menceritakan pendiriannya.

Kita semua hanya bertanggungjawab sebagai 'penerang fakta' dan 'pemberi penjelasan' dan bukannya 'penetap wasiat/hukum' di hadapan para ilmuan lain. "

" Seperti juga apa yang sepatutnya berlaku di antara seorang ayah dan seorang anak yang sudah baligh. Jika si anak tidak menerima pandangan yang rajih di sisi ayahnya (contohnya di dalam penentuan calon perkahwinan) bukanlah ia dianggap derhaka. Sekiranya si anak menjawab dengan cara yang kasar barulah ia dikira derhaka. Si anak berhak membentang pandangan yang rajih di sisinya. "

6 comments:

  1. jazakallah...post ni isinya cukup bermakna sbg sebuah peringatan...

    ReplyDelete
  2. Salam :)

    Bagaimana pula kalau anak dengan pandangannya yang tidak rajih menolak pandangan ayah yang rajih dengan cara yang tidak kasar? Ada perkaitan hukum derhaka?

    ReplyDelete
  3. sayang sekali bil tenggelam dalam emosi...*antara 2 perhentian*

    ReplyDelete
  4. Salam my dear nephew, your last paragraph reminded me of a not to distant experience......no need to elaborate.....Ahmad sendiri faham......
    ......lain macam bunyi......awak tu baru nak masuk 3 bulan......

    ReplyDelete
  5. abdurrahman : bukan isu derhaka sebenarnya. Isu dia kalau awak tu sendiri dah tau tak kuat hujah sedar-sedarla. hehe.

    ami harun : Takde apa lah. Doktor tu yang kasi contoh macam tu. No hidden meanings ye. :-)

    ReplyDelete
  6. saja ami harun ngusik....tapi sebenarnya menjelaskan yang contoh sebegitu bukanlah menderhaka....seperti fahaman sesetengah 'orang' yang begitu 'taksub'....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails