February 01, 2009

Ni'mataan.

Subhanallah. 
Allah As-Samii'. Walau jauh di sudut hati terdalam.
Allah Al-Hakiim. Walau kita tak pernah faham.
Allah Al-Latiif. Walau pada yang sering bergeram.
Allah Al-Basiir. Walau kita menyangka segalanya sudah kelam.

Alhamdulillah.

Terkadang kita sering tidak yakin dengan apa yang Allah susunkan untuk hidup kita. Juga sering kita lupa sebenarnya banyak sekali perkara yang kita risaukan ternyata semuanya sudah Allah pelihara dan jamin pasti ada buat diri kita.
Apa saja. Ujian. Nikmat. Rahmat. Kebahagiaan jiwa. Apa saja.

Yang mungkin kita bijak ialah mengeluh dan berdukacita.

* * * * * * * ~ * * * * * * * * *

Saya terpaksa coretkan ini di tengah pelbagai perkara yang lain yang berenang dalam kolam fikiran saya saat ini. Saya coretkan agar saya tak lupa saat ini.

Satu nikmat yang agung dalam hubungan ibu bapa dan anaknya ialah sang anak mampu berbuat baik dan meraih redha serta mekarnya doa di hati sentiasa.

Satu nikmat yang agung dalam hubungan saudara sesama muslim ialah kelapangan hati dan dada menerima saudara muslimnya seadanya, jiwanya, perasaannya, juga fikirannya. Sedang dia tahu dia ada berbeza.

Kesemua itu mungkin kecil pada pandangan kita. Tapi di sisi Allah, inilah nikmat yang hanya Dia datangkan bila waktunya yang sungguh tepat tiba. Nikmat-nikmat inilah menjadi penyambung utuh mozek-mozek kehidupan kita yang ternyata sungguh pendek dan bermakna. Apalagi jika hidup kita itu hidup di atas jalan yang susah dan perlukan ketahanan demi-Nya.

Jiwa jadi melompat gembira bila nikmat-nikmat ini datang tanpa disangka.
Jiwa jadi berbunga bila kedua-duanya datang dalam satu masa.

Al-hamdu Lillah. Puji itu hanyalah bagi Allah.
Moga saya menghargai nikmat-nikmat ini dan mengembalikan penghargaan itu terus kepada Allah dan bukan pada usaha manusia walau diri saya sendiri.




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Sesekali bermonolog memang asyik. 
Serasa saya ada lagi selain saya yang membaca menanti-nantikan nikmat ini.
Saya kongsikan dulu syukur dan perasaan saya. Dan kita akan teruskan berdoa.
'Allahumma ihdiina, wahdii bina, wahdi 'asyiiratana, wahdi ikhwanina, wahdi ummatal Islam, wahdi an-naas jamii'aa, waj'alna sababan liman ihtada.'
Ya Allah beri kami hidayah, beri yang di sisi kami hidayah, beri keluarga dan kerabat kami hidayah, beri saudara-saudara kami hidayah, beri umat Islam ini hidayah, beri seluruh manusia ini hidayah, dan jadikan kamilah sebab hidayah ini diberi dari-Mu.

Amin.



2 comments:

  1. pengajaran dari setiap perkara yang berlaku dalam hidup diperoleh hanya oleh orang2 yang mahu berfikir..Subhanallah, Maha suci Allah yang mengatur kehidupan kita begitu sempurna..

    *jazakumullah atas doa yg dikongsi- mencari-cari doa tersebut

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails