February 14, 2009

Semalam 'di Gaza'.


foto oleh : Brat Mikrajovic

Keterangan gambar (dari atas) : 
Dr Sami Abu Zuhri ( Jurucakap Rasmi HAMAS), Dr Ahmad Hussein Abu Husam (wakil HAMAS-menetap di Mesir)

Saya sempat hadir dalam satu majlis baru-baru ini sekitar Petaling Jaya. Penerangan tentang situasi dan kondisi Gaza semasa dan selepas peperangan. Disampaikan oleh dua orang tokoh HAMAS (dalam gambar). Majlis itu turut dihadiri sekumpulan pemuda-pemudi Palestin yang berada di Malaysia, majoritinya pelajar di UIA. Juga beberapa kalangan dan wakil NGO tempatan yang lain.

Tertarik pada awalnya dengan ucapan pengerusi majlis, bila dia memetik hadis Rasulullah yang dijadikan lagu hits oleh Muadz. Dan dia nyatakan, "Kita beruntung pada malam ini kita bersama dengan orang yang Rasulullah sendiri sebut dalam hadith baginda". Apa yang dikatakan memang benar.

Saya sendiri,walaupun hanya memahami 70% daripada penyampaian yang diberikan dalam Bahasa Arab, mampu merasai perbezaan ruh dan perasaan yang terkandung dalam ucapan-ucapan mereka. Tidaklah dengan nada semangat pun, tapi mungkin bila ia datang dari orang yang disebut Rasulullah dalam hadith, tambah pula masih segar keluar dari medan sebenar, tentu sekali ia datang dalam bentuk yang sangat unik lagi menggugah jiwa.

Kebanyakan yang dikongsikan pada malam tersebut memang sudah pun kita ketahui secara umum juga khusus. Mungkin tak perlu saya kongsikan pun di sini.

Cuma beberapa petikan dari ucapan mereka yang saya tertarik secara peribadi :

" Zionis menyangka dengan serangan ini mereka mampu membuat jiwa Gaza kendur dari penentangan (muqawamah), tapi kerana serangan inilah sebenarnya jiwa Gaza semakin kuat ikatannya dengan penentangan (muqawamah)  ini. Sesungguhnya Muqawamah ini pasti Mustamirrah (berterusan)! "

"Kami sangat yakin Allah akan membantu kami, kerana pada musim panas tahun lepas sahaja kami lahirkan 5000 huffaz di kalangan generasi baru kami,dan InsyaAllah, pada musim panas tahun hadapan, kami akan lahirkan 10000 huffaz lagi. Kerana itu kami sangat yakin dengan bantuan Allah "  

" Siri pertama peperangan, iaitu serangan yang datang dari udara, sebenarnya langsung tidak mengorbankan golongan mujahidin. Yang terkorban hanyalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak,serta orang-orang awam. Hanya pada siri serangan kedua, iaitu melalui darat, barulah syahidnya 150 orang mujahidin. Itupun sangat kecil berbanding apa yang dialami musuh. Hampir 50 kereta kebal mereka rosak dan tidak dapat digunakan untuk menyerang. Bahkan beberapa jet juga berjaya dijatuhkan oleh para mujahidin."

Dan malam itu juga saya dapat satu suntikan baru:
Suntikan mengejar ilmu dan usaha untuk pencapaian terbaik dalam pembelajaran saya.
Dr Sami Abu Zuhri - PhD dalam Sejarah Tamadun Islam
Dr Ahmad Hussien Abu Hussam - PhD dalam Matematik
dan seorang rakyat Palestin di Malaysia yang sempat saya berbual dengannya,dalam bahasa arab berkarat saya tentunya,namanya sama - Ahmad - sedang menyiapkan PhD di MMU Cyberjaya dalam bidang Multimedia. Dia baru berumur 30 tahun.

Moga-moga Allah memberi kita taufiq dan istiqamah untuk mencontohi saudara kita yang sudah jauh mengungguli medan perjuangan berbanding dengan kita semua.

InsyaAllah.

Baca lebih lagi di sini.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails