November 04, 2008

Wasilah Balighah (Cara yang Sampai).

Sekadar satu perkongsian. Mungkin tak ramai dari kita yang sanggup membaca dalam bahasa arab tentangnya. Kalau mahu, boleh cuba baca ini - Kempen Akhlak Mulia Mahasiswa Ikhwan


Satu lagi buah fikiran dan usaha kreatif Mahasiswa Ikhwan di Mesir.
Tanpa sebarang percampur-bauran sentimen kepolitikan dan kepartian.
- "Kempen Tinggikan Nilai Akhlak Kita" -
Di hampir 13 buah universiti di Mesir,dalam tempoh yang serentak,kempen ini dijalankan.
" Dengan Akhlak kita, kita terangi unversiti kita. Kerana kita mengimpikan kehidupan kampus (campus life) yang terjelma di dalamnya kesejahteraan dan keindahan dari segenap aspek-aspek kehidupan, ketinggian nilai, dan kemajuan.
Dan kerana kita teramat mencintai tanah air kita, Mesir, dan kita sedaya-upaya bersegera berusaha demi kemajuannya dan kebangkitannya di tengah masyarakat dan negara di dunia.
Dan kita sangat prihatin akan perlunya peranan kita dalam kebangkitan ini. Dengan itu, kita melibatkan diri kita untuk usaha itu dengan penuh sukacita, dengan menggunakan rahsia kekuatan kita dan senjata kebangkitan kita....AKHLAK kita.
Akhlaklah yang mengangkat martabat bangsa dan membina ketamadunan. Berapa banyak bangsa yang kita lihat tamadun materialnya di kemuncak dan tamadun budaya dan akhlaknya di tempat terendah, tidak mampu untuk meneruskan perjalanan kebangkitan bangsanya."

Nota :
1. Ini hanya satu contoh. Mungkin banyak lagi contoh lain, dan dari negara-negara lain. Saya hanya sempat membaca tentang ini,dan yakin ini salah satu contoh yang baik,terpandu,dan bermatlamat jelas.

2. Tujuan saya berkongsi tidak untuk mengagumi semata. Sebenarnya kan elok kalau kita mampu, jelas, dan bersedia untuk usaha yang sama?

6 comments:

  1. Black Ops Zombies… [...]some people still have not played this game. It’s hard to imagine or believe, but yes, some people are missing out on all of the fun.[...]… salvatorians

    ReplyDelete
  2. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. a88ad49813cfe122d5a78f83681191d6
    website kurma
    website kurma
    numara onay

    ReplyDelete
  3. Thank you for your explanation, very good content. 0774f4d95142a93d8b9dd896c836e41b
    define dedektörü

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails